Antabax Penaja Bersama Kejuaraan Golf Gua Caya Lu SportsUnite 2017

3rd SportsUnite Gua Caya Lu Golf 2017

Antabax Penaja Bersama Kejuaraan Golf Gua Caya Lu SportsUnite 2017 │  Antabax, jenama nombor 1 penjagaan anti-bakteria Malaysia[1] hari ini dengan bangganya mengumumkan penglibatannya sebagai penaja bersama Kejuaraan Golf Gua Caya Lu Sportsunite 2017 di Templer Park Country Club.

Dato’ Dina Rizal, Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite bersama dengan para peserta di Templer Park Country Club.
Dato’ Dina Rizal, Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite bersama dengan para peserta di Templer Park Country Club.

Penglibatan Antabax dalam Kejuaraan Golf Gua Caya Lu Sportsunite ini bermula sejak tahun lepas apabila syarikat berkenaan telah dijemput menjadi salah satu penaja acara tersebut. Sejak itu, penglibatannya telah berkembang menjadi salah satu penaja bersama kejohanan golf perpaduan tahunan yang sememangnya selari dengan sokongannya terhadap gaya hidup aktif dan sihat.

SportsUniteSportsUnite ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaanyang didaftarkan di bawah Pesuruhjaya Sukan Malaysia yang mana sasaran penubuhannya ialah untuk menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan bagi mempromosikan semangat perpaduan, persaudaraan dan kesatuan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sebagai penaja bersama, facebook.com/NewAntabax telah menyumbangkan lebih RM6,000 dalam bentuk tiket penerbangan; hamper-hamper barangan dan produk-produk untuk para hadirin.Antabax

Edisi ketiga kejuaraan ini mencatat rekod sebagai penganjuran yang telah berjaya menarik minat 140 pemain golf daripada berbagai bangsa untuk bersaing atas semangat persaudaraan dan yang paling utama semangat perpaduan.

SportsUnite FB
Edisi ketiga kejuaraan ini mencatat rekod sebagai penganjuran yang telah berjaya menarik minat 140 pemain golf daripada berbagai bangsa untuk bersaing atas semangat persaudaraan dan yang paling utama semangat perpaduan (foto kredit SportsUnite FB Page)

Format mata stableforth yang terdiri daripada pasangan berlainan bangsa yang digunapakai dalam kejuaraan ini adalah yang pertama seumpanya dalam arena golf negara.

Mankala tema Gua Caya Lu yang dikarang khusus untuk acara ini pula telah disusun selaras dengan kepelbagaian latar belakang pemain golf yang memberi sokongan kepada acara ini.

Hadiah-hadiah bagi kejohanan berkenaan disampaikan secara berpasangan. Acara ini tidak memperuntukan hadiah untuk pemenang tunggal dan bagi mempromosikan semangat persaudaraan, para peserta telah ditetapkan untuk hadir bersama regu mereka untuk menerima hadiah cabutan bertuah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan hadiah tersebut diberikan kepada pemenang cabutan bertuah yag berikutnya.

SportsUnite FB3
Mr Allan Khong (kanan) Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Jualan, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, memberikan hamper barangan Antabax kepada pemenang bernasib baik (foto kredit SportsUnite FB Page)

Pengarah Eksekutif Bahagian Pemasaran dan Jualan Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd., Allan Khong berkata, “Sokongan Antabax terhadap acara golf perpaduan Gua Caya Lu ini telah menjadi satu keterujaan. Kami amat bersemangat untuk membawa penajaan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Dengan syarat regu berlainan bangsa yang ditetapkan, acara ini turut menjadi pentas bagi para peserta memahami dan membina persaudaraan antara satu sama lain. “

Mr Allan Khong (kanan) Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Jualan, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, memberikan hamper barangan Antabax kepada pemenang bernasib baik semasa sesi cabutan bertuah semasa Kejuaraan Golf Gua Caya Lu Sportsunite 2017.
Mr Allan Khong (kanan) Pengarah Eksekutif Pemasaran dan Jualan, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, memberikan hamper barangan Antabax kepada pemenang bernasib baik semasa sesi cabutan bertuah semasa Kejuaraan Golf Gua Caya Lu Sportsunite 2017.

“Kesemua mereka akan beradu kemahiran dalam kejohanan yang sasarannya ialah untuk memberi semangat dan menyatu padukan  mereka. Antabax amat berbangga untuk terlibat dalam acara yang unik dan menyatu padukan ini.”

Semangat perpaduan dan persaudaraan berkenaan dapat dilihat dengan jelas dalam kalangan peserta melalui semangat kesatuan yang kukuh dan jalinan persahatan baharu yang terhasil sepanjang pengajurannya.

Pengerusi Kelab Sukan SportsUnite, Datuk Rina Rizal berkata, “Setiap peserta adalah pemenang  kerana mereka dapat bersaing dengan hebat di atas  semangat perpaduan dan kerjasama. Kami amat bersyukur terhadap penajaan Antabax yang juga memberikan manfaat kesihatan kepada mereka yang menjalankan gaya hidup aktif.”

[1]Nielsen MAT April ’16, Medicated Liquid segment

 

Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd
Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) merupakan sebuah syarikat pengeluar bahan makanan; penjagaan rumah dan peribadi yang ditubuhkan pada 1950-an.  Dalam kategori penjagaan rumah dan peribadi, Lam Soon menawarkan pilihan variasi yang menyeluruh termasuk rangkaian penjagaan feminin Orchid, penjagaan peribadi May, penjagaan peribadi Fruitale FairWhite UV, penjagaan peribadi antibanteria Antabax, produk-produk penjagaan rumah ZIP (cecair pencuci pinggan, pembersih lantai, pembersih tandas, serbuk dan krim pembersih), dan cecair dan pes pembersih pingan; cecair pembersih pinggan dan kediaman bio dan pembersih pelbagai guna Labour.

Sebagai jenama yang dikenali ramai dan dipercayai, Lam Soon mendedikasikan diri untuk menghasilkan produk-produk berkualiti bagi kehidupan yang sihat dan rumah yang bersih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *