Aiman Tino Lancarkan Koleksi Qurta UniverCity by Aiman Tino │ Selepas kejayaan rangkaian produk kosmetik Sweet Aiman, kini Aiman Tino meneruskan pula langkahnya di dalam perniagaan fesyen pula. Sempena menyambut Ramadan tak lama lagi dan Hari Raya Aidilfitri, maka Aiman Tino melancarkan Qurta UniverCity by Sweet Aiman di Busana@Menara Mara, Kuala Lumpur.

Qurta berkonsep ‘hipster’ ini dipilih kerana sesuai dengan gaya Aiman Tino. Ianya menampilkan elemen keselesaan, kasual dan warna yang menarik. Selain daripada itu, Qurta ini sesuai untuk semua peringkat umur dan juga bercirikan ‘unisex’ di mana ia boleh digayakan oleh wanita jga. Terdapat 10 pilihan warna yang dipilih sendiri oleh Aiman Tino untuk koleksi ini. Dari segi pemilihan rekaan dan corak, ia dibuat oleh Aiman Tino bersama Dato’ Ryzal Jamaludin, pengasas produk Wonder Glow.





Koleksi Qurta UniverCity by Aiman Tino ini boleh dibeli di rangkaian Mydin Hyper Market di seluruh Malaysia dan juga di semua kaunter Wonder Glow bermula awal Ramadan ini. Harga jualan Qurta ini di Mydin ialah RM79.90 sehelai.

Ramadan akan bermula, jadi tak sah kalau tak de lagu untuk Raya nanti. Sempena menyambut Syawal yang bakal menjelma, Aiman Tino telah merakamkan lagu “Lara Dalam Kerinduaan” dan dah siap klip video, saksikan lah..
Sekarang berita baik pulak, bagi memeriahkan lagi suasana bulan Ramadan dan Aidilfitri kali ini, satu kontes atau peraduan dilancarkan oleh pihak Sweet Aiman yang diberi nama “Sweet Aiman Soul to Seoul”. Bagi setiap pembelian produk kosmetik Sweet Aiman dan juga Qurta UniverCity by Sweet Aiman, ada berpeluang menyertai peraduan ini. Hadiah sungguh lumayan antaranya sebuah Toyota Vios sebagai hadiah utama, percutian ke Seoul Korea beserta RM10,000 wang tunia bersama Aiman Tino, Motorsikal, LED TV, Telefon Pintar Samsung, Sony PS4 dan banyak lagi bernilai keseluruhan RM500,000!



Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi pihak Sweet Aiman di:
| Telefon | : | +6 016 709 4042 |
| Emel | : | sweetaiman360@gmail.com |
| Website | : | www.sweetaiman360.com |
| : | www.facebook.com/AimanTinoClub | |
| : | www.instagram.com/sweetaiman360deg |