Antabax & Hospital Sg Buloh Perkenal Kempen ‘Kembali Ke Sekolah, Kekal Sihat Semudah ABC’ Untuk Tabiat Kebersihan Lebih Baik di Kalangan Pelajar

Antabax Kembali Ke Sekolah

Sungai Buloh, 14 Jan 2015  – Satu kempen baru yang dilancarkan kerjasama Antabax dan Hospital Sg Buloh mengandungi mesej ringkas berkaitan dengan kebersihan, kesihatan dan kebahagiaan yang mudah difahami oleh semua iaitu ‘Amalkan Budaya Cuci Tangan”.

Antabax Kembali Ke Sekolah

Kempen ‘Kembali Ke Sekolah Kekal Sihat Semudah ABC’ dilancarkan di Hospital Sg Buloh di sini hari ini, bertujuan memupuk tabiat kebersihan yang lebih baik dalam kalangan pelajar Tahun Satu dengan mengajar mereka asas-asas kebersihan tangan yang baik dan memperkenalkan kepada mereka ‘role model’ iaitu pelajar-pelajar yang lebih senior dari Kelab Doktor Muda untuk menjadi contoh ikutan.

Antabax_HSB_001
(Dari Kiri ke Kanan) Director of Hospital Sungai Buloh, Dr. Khalid Ibrahim, Antabax Mascot GermBuster & Group Product Manager, Personal Care & Household, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Ms Angeline Sim with students from SK Bandar Baru Sg Buloh, SK Sg Buloh and SK Bkt Rahman Putra.

Kempen Kembali Ke Sekolah Kekal Sihat Semudah ABC bakal tiga buah sekolah di kawasan Sungai Buloh iaitu SK Bandar Baru Sg Buloh, SK Sg Buloh dan SK Bkt Rahman Putra. Lebih daripada 3,000 orang pelajar akan dididik mengenai asas-asas kebersihan yang merupakan cara paling efektif bagi mencegah penyebaran penyakit mudah berjangkit yang berjangkit melalui tangan yang tidak bersih.

Antabax_HSB_002
(Dari Kiri ke Kanan) Director Of Hospital Sg Buloh, Dr. Khalid Ibrahim, & Group Product Manager, Personal Care & Household, Marketing Division, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd Ms Angeline Sim, introducing Antabax care kit specially design for students and parents.

Hadir di majlis pelancaran kempen adalah Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid bin Ibrahim, Pengurus Produk Kumpulan, Bahagian Pemasaran Penjagaan Diri & Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim.

Lebih daripada 200 orang pelajar dan guru dari sekolah-sekolah yang menyertai, ibu bapa dan staf hospital menyertai pelancaran tersebut di mana mereka mempelajari kepentingan kebersihan dengan cara interaktif dan menyeronokkan yang berasaskan kajian tetapi mudah untuk difahami.

Sejak kejadian banjir di Pantai Timur, Perak dan Johor, penekanan amalan kebersihan yang baik dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa menjadi semakin penting sebagai langkah pencegahan bagi mengurangkan penyebaran penyakit mudah berjangkit bawaan udara dan air. Keadaan cuaca sekarang yang dingin disebabkan oleh udara sejuk dari arah timur laut juga mungkin menyumbang kepada peningkatan kes-kes selesema.

Antabax_HSB_003
(Dari Kiri ke Kanan) Ms Angeline Sim and Dr. Khalid Ibrahim with students showing the Antabax care kit.

Antabax, rangkaian penjagaan diri antibakteria dari Malaysia, telah lama aktif mempromosi kebersihan dan kesihatan menerusi program pendidikan, kesedaran dan latihan yang inovatif. Jenama tersebut bekerjasama rapat dengan Hospital Sungai Buloh, sebuah pusat kecemerlangan yang terkenal dalam pencegahan dan rawatan penyakit mudah berjangkit di Malaysia dalam merencana kempen yang tepat pada masanya dan relevan kepada isu kesihatan semasa yang dihadapi oleh negara.

Kempen ‘Kembali Ke Sekolah Kekal Sihat Semudah ABC’ dianjurkan sebagai respons kepada situasi di penempatan mangsa banjir, dan sebagai satu cara untuk membantu kanak-kanak tadika menjadi lebih berdikari apabila melangkah ke alam sekolah rendah.

Pengurus Produk Kumpulan, Bahagian Pemasaran Penjagaan Diri & Isi Rumah, Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd, Cik Angeline Sim, menjelaskan bahawa keperluan bagi memperkukuhkan tabiat membasuh tangan dalam mencegah penyebaran penyakit mudah berjangkit seperti demam selesema dan cirit-birit dapat dilihat pada situasi yang berlaku di penempatan mangsa banjir yang kebanyakannya di sekolah-sekolah.

“Tabiat kebersihan yang baik adalah penting sepanjang masa tetapi ia menjadi lebih penting apabila sekumpulan orang tinggal, belajar atau bekerja dalam keadaan sesak dan berkongsi kemudahan seperti bilik air. Bagi kanak-kanak yang akan meninggalkan alam tadika di mana nisbah pelajar kepada guru adalah rendah, mereka perlu lebih berdikari, tabiat membasuh tangan perlu ditanam di peringkat awal dan diulang-ulang bagi mengurangkan risiko menjangkiti atau dijangkiti penyakit yang disebarkan melalui tangan yang tidak bersih,” kata Cik Sim.

Menurut kajian, secara purata, tangan manusia mengandungi hampir 150 spesies bakteria berlainan[1], manakala 80 peratus[2] daripada kesemua jangkitan tersebar melalui tangan yang tidak bersih. Mencuci tangan merupakan satu-satunya cara paling efektif bagi mencegah penyebaran jangkitan-jangkitan ini. [3]

“Penyebaran penyakit mudah berjangkit boleh dikurangkan dengan mengajar kanak-kanak dan orang dewasa kaedah ABC di dalam kempen ini. A – Amalkan; B – Budaya ; C – Cuci Tangan. Mesej ini memang sengaja dibuat ringkas bagi memudahkan anak-anak kecil di sekolah rendah menghayati amalan kebersihan yang baik, dan bagi memudahkan ‘abang-abang dan kakak-kakak’ mereka dari Kelab Dr Muda membimbing mereka dalam hal ini,” kata Cik Sim. Tambah beliau, Antabax berhasrat melanjutkan kempen tersebut ke negeri-negeri yang kini dalam proses pembinaan semula selepas banjir.

Pengarah Hospital Sungai Buloh, Dr Khalid bin Ibrahim berkata walaupun hospital tersebut merupakan pusat kecemerlangan negara, ia juga ahli masyarakat setempat dan menitikberatkan program-program yang akan memperbaiki taraf kesihatan.

“Pendekatan kami adalah pencegahan penyakit mudah berjangkit sebagai langkah pertama. Pengetahuan, amalan dan pembentukan tabiat baik kebersihan tangan dan keseluruhan mampu menjadi senjata yang amat efektif dalam mengurangkan penyebaran penyakit mudah berjangkit. Kami ada staf yang terlatih dan sumber yang boleh membantu komuniti dan menerusi kerjasama kami dengan Antabax ini, kami menjadikannya suatu realiti,” kata Dr Khalid.

Antara aktiviti di majlis tersebut adalah ceramah informatif mengenai kebersihan tangan, bengkel dan demonstrasi amalan kebersihan tangan yang betul termasuk teknik tujuh langkah cuci tangan dan teknik empat langkah sanitasi tangan, peraduan mewarna, penampilan maskot Antabax, Germbuster, tarian kebersihan tangan oleh jururawat dari Hospital Sungai Buloh dan pengedaran hadiah produk Antabax untuk kanak-kanak dan ibu-ibu mereka.

“Penglibatan ibu bapa adalah wajib dalam memperkukuhkan tabiat kebersihan yang baik. Itulah sebabnya Antabax memberi hadiah produk kepada kanak-kanak untuk dihadiahkan kepada ibu-ibu mereka. Sekadar mempelajari tentang kebersihan di sekolah sahaja atau di majlis seperti ini tanpa sokongan ibu bapa adalah tidak mencukupi,” kata Cik Sim.

Dr. Khalid turut menasihati ibu bapa supaya memainkan peranan aktif dalam mendidik anak-anak tentang penjagaan kebersihan supaya ia menjadi tabiat yang berkekalan.

“Nasihat kami kepada ibu bapa dan anak-anak adalah ringkas: ‘Amalkan Budaya Cuci Tangan’. Jadikan penjagaan kebersihan satu amalan kerana ia mampu membantu anda terus sihat dan produktif apabila kembali bersekolah,” kata Dr Khalid.


Mengenai Lam Soon Edible Oils Sdn Bhd

Lam Soon Edible Oils Sdn. Bhd. (Lam Soon) telah menjadi pengeluar bahan makanan, produk penjagaan rumah dan sediaan jaga diri di Malaysia sejak 1950-an. Dalam kategori produk penjagaan rumah dan sediaan jaga diri, antara pilihan produknya yang berkualiti termasuk rangkaian sediaan jaga diri May, rangkaian sediaan jaga diri Fruitale FairWhite UV, rangkaian sabun dan dan pensanitasi tangan antibakteria Antabax, rangkaian produk penjagaan rumah ZIP yang terdiri daripada sabun pencuci, pencuci lantai serta cecair, serbuk dan krim pencuci mangkuk tandas, cecair dan pes pencuci pinggan Labour, dan cecair pencuci pinggan bio-home.

Sebagai jenama yang terkenal dan dipercayai oleh konsumer, Lam Soon komited dalam menghasilkan produk-produk berkualiti untuk gaya hidup yang lebih sihat dan rumah yang lebih bersih.

[1] Checkup: Hand Bacteria, Indiana University http://soundmedicine.iu.edu/segment/1867/Hand-Bacteria
[2] American Journal of Infection Control, http://childparenting.about.com/b/2011/01/09/why-schools-should-enforce-hand-washing.htm
[3] http://www.ccohs.ca/oshanswers/diseases/washing_hands.html

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *