D’amra Chicken Rice | Nasi Ayam Sedap Di Kota Bahru

D’amra Chicken Rice | Nasi Ayam Sedap Di Kota Bahru Baru-baru ini NaZ telah ke Kota Bahru menemani rakan yang hendak berjumpa rakan lamanya. Walaupun penat tapi digagahkan juga sebab rakan tu pun tak familiar dengan jalan ke Kota Bahru.

D'amra Chicken Rice Owner

Rupa-rupanya rakan yang hendak dilawati merupakan tokeh D’amra Chicken Rice iaitu Khairul Fadhli. Apabila menelefon beliau, kami di minta ke Jalan Pekeliling Kota Bahru yang menempatkan cawangan ke-2 D’amra Chicken Rice.

Apa yang mengagumkan NaZ ialah pada usia 30-an dah ada 2 cawangan di Kelantan yang mana beliau merupakan anak kelahiran negeri Perak. Beliau berhijrah ke Kelantan bersama isteri beliau yang merupakan anak Kelantan jati.

D'amra Chicken Rice Kota

Cawangan yang ke-2 ini baru beroperasi selama 6 bulan manakala cawangan yang pertama D’amra Chicken Chop di Nilam Puri (Batu 8) sudah pun menjangkau 6 tahun (kalau tak silap NaZ).

D'amra Ruang yang bersih dan selesa

Terdapat pelbagai menu di D’amra Chicken Rice ini… jadi memang sesuai untuk seisi keluarga yang mempunyai citarasa yang berbeza-beza.

D'amra Menu

Kami disajikan dengan Nasi Ayam mereka dan rakan NaZ, Awe minta double ayam sebab nak makan puas-puas. Selepas itu Fadhli bawa pula Mix Grill dan Kebab untuk kami… apa lagi operasi menghabiskan makanan pun diteruskan.

D'amra Chicken Rice Set

D'amra Mix Grill

D'amra Kebab

Jika ada yang sampai ke Kelantan dan mencari di mana nak makan, NaZ meme rekemen ke D’amra Chicken Rice yang terletak di Jalan Pekeliling, Kota Bahru. Untuk maklumat lanjut tentang D’amra Chicken Rice sila:-

Telefon: 014 – 900 8001 | 0112 – 690 5304

Facebook: damrachickenrice

Instagram: damrachickenrice

Alamat: Lot 2216, Tingkat Bawah, Jalan Pekeliling, 15200 Kota Bahru, Kelantan

Tak sah kalau tak selfie dengan owner D’amra Chicken Rice….

Selfie dengan Owner D'Amra Chicken Rice

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *