Kungfu Bake Rice | Sajian Fusion Yang Menyelerakan Paradise F&B Malaysia Sdn Bhd kini mengorak langkah dengan membuka cawangan ke-2 Kungfu Bake Rice di AEON Big Subang Jaya (dahulunya Carrefour) selepas mendapat sambutan yang menggalakkan bagi cawangan pertama mereka di Signature Food Court KLCC. Terletak di aras G, berhadapan dengan kaunter pembayaran AEON Big menepatkan outlet Kungfu Bake Rice dengan keluasan 1,000 kaki persegi. Di hiasi dengan deko warna oren yang menyinar, outlet ini pasti tidak akan terlepas pandang.

NaZ telah dijemput untuk satu sesi food review pada 20 Januari yang lalu dan merupakan food review yang pertama bagi tahun 2015. Kungfu Bake Rice adalah jenama di bawah Paradise F&B Malaysia yang membawakan kebebasan kepada pengunjung untuk memadankan hidangan mereka mengikut citarasa mereka terutama hidangan utama mereka iaitu Cheese Bake Rice.


Pada sesi tersebut kami telah di hidangkan dengan Garlic Mashed Potato, Tom Yum Soup with Bee Hoon, Kungfu Burger, Japanese Black Pepper Curry Chicken dan Kungfu French Toast. Mari baca komen NaZ tentang hidangan-hidangan ini.
Garlic Mashed Potato (RM3.60)

Ini menjadi sajian pembuka selera kami dan sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya yang lembut dan segar. Tidak seperti mashed potato (kentang lenyek) yang pernah NaZ rasa, kebanyakkannya adalah dari serbuk yang di bancuh dan juga yang telah diproses. Di sini kentang lenyek dibuat setiap hari dari kentang yang segar dan bancuhannya tidak mengandungi bahan pengawet. Sangat enak dan harganya hanya RM3.60 semnagkuk. Siap bungkus lagi tu….

Tom Yum Soup (RM15.90)

Hidangan kedua kami ala-ala Thai… Tom Yum Soup dengan beehun. Kalau yang minat makanan pedas, ini adalah hidangan yang patut anda cuba. Memang menyengat pada hirupan sup yang pertama, hampir tersedak dibuatnya. Tetapi jangan risau, buat yang tak tahan pedas, boleh minta untuk kurangkan pedas semasa membuat pesanan. Ini kerana congankata di Kungfu Bake Rice.. “Bake The Way You Like” maka anda berhak untuk meminta hidangan mengikut citarasa anda.
Kungfu Burger (RM7.90)

Burger ini merupakan pilihan NaZ kerana keenakan daging ayam yang di grill serta dibaluti dengan sos Kung Pao yang manis. Sesuai dimakan begitu sahaja tanpa sebarang cili sos. Kalau NaZ mungkin dua biji kot sebab satu tak cukup. Cadangan NaZ: Harus dibuat set hidangan tengahari Kungfu Burger + Mashed Potato dan Jus atau Minuman Panas.
Japanese Black Pepper Curry Chicken (RM15.90)

Ini merupakan set hidangan lengkap dengan nasi, kari ayam, telur dan salad. Bagi yang perlukan makanan berat, hidangan ini memang cukup sesuai sekali dan merupakan set yang laris di outlet KLCC. Ini merupakan hidangan fusion dan jangan terkejut jika kari nya tidak seperti kari yang anda biasa makan. Kari ini ada sentuhan ala-ala Jepun dan juga barat, jadi kena cuba kari ini di Kungfu Bake Rice.
The Duo Master (RM16.90)

Ini merupakan signature dish yang harus di cuba jika berkunjung ke Kungfu Bake Rice. Terdapat 3 jenis sos untuk dimakan dengan Cheese Bake Rice iaitu sos tomato, sos krim dan sos kari Jepun (yang asli dari Jepun). Selain dari itu, anda juga boleh memilih 2 jenis daging samada daging lembu, cutlet ayam, fish fillet, cendawan dan banyak lagi dan ditimbuni dengan mozzarella cheese. Hidangan ini boleh dipesan sepanjang hari di Kungfu Bake Rice.
Kungfu French Toast with Peanut Butter (RM5.90)

Hidangan terakhir sebagai pencuci mulut kami adalah Kungfu French Toast. Roti yang ditempah khas ini memang lembut dan sedap dibuat french toast serta di lapisi dengan peanut butter ditengah. Sesuai untuk sarapan pagi atau pun untuk minum petang bersama dengan Iced Stylo Coffee atau Stylo Coffee panas.

Terdapat banyak lagi hidangan di Kungfu Bake Rice yang patut anda cuba. Lihat sahaja menu ini…


Kungfu Bake Rice ini beroperasi dari 10 pagi hingga 10 malam. Untuk keterangan lanjut boleh layari www.paradisefnb.com.my dan juga facebook/paradisegroupmsia. Mereka juga menerima tempahan pesanan untuk majlis-majlis.
Terima kasih kepada Shirley dan Leon atas jemputan ini.