Armada Hotel PJ Persembahkan Hidangan Ala Maharaja China Sempena Tahun Baru Cina

Armada Petaling Jaya Logo

Armada Hotel PJ Persembahkan Hidangan Ala Maharaja China Sempena Tahun Baru Cina Pada 26 Januari yang lalu, buat julung kalinya NaZ telah di jemput untuk sesi food review sempena ketibaan Tahun Baru Cina tak berapa lama lagi. Terima kasih Sharon di atas jemputan ini yang telah di adakan di Utara Coffee House, Armada Hotel Petaling Jaya. Chef Chew dan angkatannya telah menyediakan pelbagai jenis hidangan sempena menyambut Tahun Kambing pada tahun ini.

CNY in Armada Hotel
Sambutan Tahun Baru Cina di Armada Hotel PJ

Bermula 18 Febuari 2015 nanti akan tersedia barisan bufet hidangan ‘good luck’ sempena Tahun Baru Cina 2015 seperti Chee Pau Kai (Ayam Balut Kertas), Udang Goreng Mentega dengan Kelapa Parut, Itik Panggang Berherba dan bermacam-macam lagi. Bufet makan malam ini berharga RM78+ untuk dewasa, RM55+ untuk warga emas dan RM39+ untuk kana-kanak.

Brosur Chinese New Year Reunion Buffet 2015
Brosur Chinese New Year Reunion Buffet 2015

Acara tradisi mengaul dan melambung Yee Sang (Loh Hei) dengan chopstick beramai-ramai dipercayai dapat meningkatkan tuah dan juga kemakmuran. Tradisi turun temurun ini boleh dilakukan dengan seleksi Yee Sang seperti Frutti Veggie Yee Sang (berasaskan sayur-sayuran), Yee Sang Ikan Salmon, Yee Sang Ikan Ketang (Butterfish) atau dengan Kekapis Hokaido Yee Sang (Scallops). Harga bermula RM65+ untuk satu bahagian.

Yee Sang Ikan Salmon
Yee Sang Ikan Salmon

Pada malam tersebut kami disajikan dengan Yee Sang Ikan Salmon dan masing-masing bersungguh-sungguh menggaul dan melambung Yee Sang tersebut. Lawak pun ada sebab masing-masing memasang niat nak kaya raya… macam Mahamahu nak kahwin dengan anak tokey stesen penyiaran.

Sup Sirip Ikan Yu
Sup Sirip Ikan Yu

Selesai menikmati Yee Sang tersebut, kami di sajikan dengan sup sirip ikan Yu (Braised Shark Fin Soup). Memang sedap dan tidak ada bau hanyir. Lagi sedap dicampurkan sedikit dengan cuka baru ada ‘kick’. Chef kata ini sirip yang original tau.

Ayam Herba
Ayam Herba
Ikan Siakap Kukus dengan sos halia
Ikan Siakap Kukus dengan sos halia

Kemudian kami di sajikan pula dengan Ayam Herba Cina (Chinese Herbal Chicken) dan Ikan Siakap Kukus dengan Sos Halia (Steamed Seabass with Ginger Sauce). Dua sajian yang memberikan citarasa yang unik dan menyelerakan. Daging ayam yang lembut dibaluti dengan rasa herba dan rasa ikan siakap yang dibasahi dengan rasa halia yang masam cukup membuka selera.

Udang Goreng Mentega dengan Telur Masin
Udang Goreng Mentega dengan Telur Masin
Sayur Campur
Sayur Campur

Apabila kami dihidangankan dengan Udang Goreng Mentega dengan Telur Masin (Fried Prawn With Salted Eggs & Butter Flakes), NaZ tak tunggu dan terus aja mengadap dengan rakusnya. Rasa telur masin yang secukup rasa membaluti udang tersebut membuatkan NaZ berulang-ulang menjamah hidangan ini. Sehinggakan Sayur Campur (Fried Mixed Vegetables with Fatt Choy) disajikan pun NaZ tak perasan.

Nasi Goreng Daun Teratai
Nasi Goreng Daun Teratai

Kerana dah hampir full, NaZ hanya menjamah sedikit Nasi Goreng Daun Teratai (Chinese New Year Lotus Rice) kerana memberi ruang untuk 3  hidangan pencuci mulut yang menyusul kemudian.

Nien Koa Kukus dan Lempeng CNY
Nien Koa Kukus dan Lempeng CNY
Krim Kacang Merah
Krim Kacang Merah

Untuk pencuci mulut, kami disajikan dengan Krim Kacang Merah (Read Bean Cream), Lempeng Tahun Baru Cina (Chinese New Year Pancake) dan Nien Koa Kukus (Steam Nien Koa). Nien Koa ini seperti dodol atau kuih bakul yang dikukus dan disaluti dengan kelapa parut. Kombinasi yang baik sebagai penutup makan malam tersebut.

Set bufet Tahun Baru Cina ini sudah bermula dari 19 Januari sehingga 5 Mac 2015. Terdapat juga seleksi ‘Reunion Set Dinner’ seperti berikut:

  • The Blissful Longevity Set Menu berharga RM978+
  • The Everlasting Success Set Menu berharga RM1088+
  • The Bountiful Treasures Set Menu berharga RM1198+
  • The Prosperity of Luck Set Menu berharga RM1308+

Untuk keterangan lanjut mengenai set di atas atau untuk membuat tempahan boleh hubungi Utara Coffee House @ Armada Hotel Petaling Jaya di talian +603 7954 6888 ext 4557 atau email armada@armada.com.my.

CNY Year of Sheep

NaZ mengucapkan Selamat menyambut Tahun Baru Cina buat seluruh rakyat Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *