PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN”

JKKN

PEMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” Buat julung kali diadakan JKKN dengan kerjasama Istana Budaya akan mementaskan teater tradisional Mek Mulung “Putera Cahaya Bulan” ke pentas  berprestij Istana Budaya sebagai satu pengiktirafan kepada teater tradisional Mek Mulung yang terkenal di Negeri Kedah. Pementasan Mek Mulung ini akan dipentaskan oleh Kumpulan Seri Mahawangsa JKKN dan Kumpulan Teater Akrab, Negeri Kedah.

EMENTASAN MEK MULUNG “PUTERA CAHAYA BULAN” PROMO

Pementasan kali ini juga akan melibatkan pelakon tempatan iaitu Arja Lee yang memegang watak utama Putera Cahaya Bulan, Izreen Azminda sebagai gadis desa, Hairi Safwan sebagai Wak Nujum dan ramai lagi.

Pementasan ini akan diadakan pada 28 Februari dan 1 Mac bertempat di Istana Budaya, Kuala Lumpur. Untuk maklumat lanjut hubungi Cawangan Komunikasi Korporat di talian 03-26148200 / 013-545 9602 (En Roy) / 019-7082421 (As).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *