Laksa Utara Dan Cendol Pulut Jitra Mai di Subang Perdana

Cendol Biasa

Laksa Utara Dan Cendol Pulut Jitra Mai di Subang Perdana Semalam waktu lunch tiba-tiba NaZ di ajak makan bersama Big Boss yang mengidamkan laksa dan cendol. Disebabkan sudah dipelawa, ikut saja sebab nak tahu jugak di mana laksa dan cendol yang sedap di sekitar Ara Damansara ni. Kami telah di bawa ke Jalan Dinar E U3/E Subang Perdana.

Subang Perdana Jln Dinar E U3/E
Jalan Dinar E U3/E Subang Perdana

Ia merupakan sebuah gerai sementara yang mana makanan tersebut diletakkan di atas motor roda 3 berserta khemah dan kerusi sahaja. Hanya dua menu sahaja iaitu Laksa Utara dan Cendol Pulut.

Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai
Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai
Membungkus Laksa Utara
Membungkus Laksa Utara

Yang seronok NaZ perhatikan ialah pelanggan yang tak putus-putus dari pukul 1.20 tengahari kami sampai di situ sehingga lah jam 1.55 tengahari apabila kami balik. Yang duduk makan di situ silih berganti, manakala yang datang untuk tapau tak kurang 2 bungkus seorang.

ukup ramuan untuk laksa
Cukup ramuan untuk laksa
Laksa Utara dengan kuah yang pekat
Laksa Utara dengan kuah yang pekat

Dari segi rasa memang terbaek… kuah laksa memang pekat dan rasa memang cukup enak. Portion Laksa nya pula memang just nice untuk santapan tengahari dan cukup dengan ramuan lain seperti telur rebus sebelah, salad, timun, bawang, cili api dan limau kasturi. Kalau ikutkan hati nak tambah 2 mangkuk tapi sebab kena makan dengan cendol so takut full nanti (lagipun malu la sebab Boss Boss pun makan semangkuk je).

Cendol Biasa
Cendol Biasa

Cendol nya pula ok sahaja, mungkin sebab dah habis semangkuk laksa so deria rasa dah kebas untuk merasakan kesedapan cendol tersebut. Kami tak pilih dengan pulut takut overloaded plak nanti perut. Dari segi rasa cukup syarat cendol…. ais parut, cendol, santan, gula merah dan pulut. So untuk 4 orang makan (4 cendol biasa dan 4 laksa utara) hanya RM24 sahaja.

So siapa yang bekerja di sekitar kawasan ini atau terlalu di kawasan ini boleh lah singgah menikmati rasa Laksa Utara dan Cendol Pulut Jitra Mai ini. Kebiasaannya bermula sekitar jam 12.00 tengahari dan berakhir dalam linkungan jam 4.00 petang.

2 thoughts on “Laksa Utara Dan Cendol Pulut Jitra Mai di Subang Perdana

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *