Lenovo Perkenalkan Moto Z2 Play Julai Ini

Lenovo Perkenalkan Moto Z2 Play Julai Ini │  Dah heboh dah Lenovo Malaysia bakal melancarkan Moto Z2 Play, sebuah telefon pintar Motorola yang modular dan boleh dipasangkan dengan aksesori Moto Mods.

Moto Z2 Play Teaser

Dari pembacaan Naz, Moto Z2 Play ini telah dilancarkan pada awal bulan ini. Moto Z2 mengekalkan penggunaan logam untuk badannya yang nipis pada 5.9mm dan hanya keberatan 145gram sahaja berbanding dengan Moto Z Play sebelum ini. Ia dipacukan oleh cip pemproses Snapdragon 2.26 2.2GHz yang mempunyai dua variasi pilihan iaitu 3GB RAM + 32GB storan dalaman atau 4GB RAM + 64GB storan dalaman. Kita tunggu samada kedua-dua variasi ini akan ditawarkan kepada pasaran Malaysia. Telefon pintar ini juga disokong dengan storan luaran microSD sehingga 2TB.

Moto Z2 Play dengan bujur sisi

 

Walaupun nipis tapi Moto Z2 ini lebih padat dengan fungsi-fungsi menarik dan funky kerana anda boleh memadankannya dengan aksesori Moto Mods seperti Moto GamePad untuk bermain games, Moto TurboPower Pack untuk membekalkan bateri, Moto Style Shell membolehkan anda mengecas bateri tanpa wayar.

Moto GamePad

Moto TurboPower Pack-1

Moto Style Shells with Wireless Charging

 

Bagi pengemar music pula boleh menukarkan telefon pintar ini kepada pemain muzik dengan memasangkan JBL SoundBoost 2 speaker luaran.

JBL SoundBoost 2-1

 

https://youtu.be/LoiHLMgpmJ8

Nantikan pelancarannya pada 6 Julai nanti dan juga pengumuman harganya.

#hellomoto
#hellopossibilities

 

sumber: The Verge

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *