Sunway Pyramid Ice Menganjurkan Skate Malaysia 2017 Yang Ke-11

Skate Malaysia 2017

Sunway Pyramid Ice Menganjurkan Skate Malaysia 2017 Yang Ke-11 │  Apa yang bermula hanya sebuah impian kini telah membuahkan hasil yang boleh dibanggakan. Semuanya tercipta di “Arena of Dream” Sunway Pyramid Ice….

Foto berkumpulan
Para VIP berfoto bersama peserta Skate Malaysia 2017 selepas acara perasmian…

Buat kali yang ke-11, Sunway Pyramid Ice menjadi selaku tuan rumah dalam penganjuran Skate Malaysia 2017 dan disokong oleh Ice-Skating Association of Malaysia (ISAM) serta Kementerian Belia dan Sukan. Skate Malaysia adalah acara figure skating antarabangsa yang disahkan oleh Institut Gelombang Ais Asia (ISI ASIA) untuk membangunkan sukan musim sejuk di wilayah Asia Tenggara, China, UAE, dan kawasan sekitarnya.

Perarakan kontijen yang mengambil bahagian dalam Skate Malaysia 2017
Perarakan kontijen yang mengambil bahagian dalam Skate Malaysia 2017

Hari ini, Skate Malaysia telah berkembang menjadi acara figure skating besar-besaran yang dihadiri oleh peluncur dari negara seluruh Asia, dan telah menampakkan hasil yang signifikan ke arah mencapai matlamat ISI Asia untuk membangunkan sukan musim sejuk di Asia.

En. Kevin Tan, COO Sunway Malls mengalukan kedatangan para kontijen Skate Malaysia 2017
En. Kevin Tan, COO Sunway Malls mengalukan kedatangan para kontijen Skate Malaysia 2017

Skate Malaysia 2017 sedang berlansung dari 29 Jun sehingga 2 Julai 2017 di Sunway Pyramid Ice bermula jam 10.00 pagi. Kejohanan 4 hari ini telah dimulakan pada petang 29 Jun 2017 dengan perarakan bendera dari negara-negara yang mengambil bahagian seperti Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Cambodia, Taiwan dan Macau. Kemudian dihiburkan dengan persembahan anak-anak comel dari Akedemi Skating Sunway Pyramid Ice dan persembahan solo dari bakat yang lahir di Sunway pyramid Ice iaitu Chia Cheng Wei.

Turut hadir pada upacara perasmian tersebut ialah En. Kevin Tan, Ketua Pegawai Operasi Sunway Malls, En. Harry Janto, President ISI Asia, En. Alex yeung, Pengarah Eksekutif ISI Asia dan En. Billy Johan, Presiden Ice Skating Association of Malaysia (ISAM).

Sidang media bersama En. Kevin Tan dan En. Alex Yeung
Sidang media bersama En. Kevin Tan dan En. Alex Yeung

“Sebagai pelopor sukan luncur ais di negara ini, ia merupakan satu penghormatan bagi kami untuk menganjurkan acara bertaraf antarabangsa ini dan satu penghargaan buat kami dalam memainkan peranan penting mendidik ribuan orang tentang keseronokan meluncur ais. Meluncur ais di gelanggang ais seolah-olah seperti impian yang mustahil kerana ia hanya boleh ditemui di negara-negara yang beriklim sejuk. Oleh itu, kita berbangga menjadi antara yang terdahulu membawakan sukan luncur ais ke negara ini”, ujar En. Kevin.

National figure skater Julian Yee Zhi Jie
Peluncur figure skate negara Julian Yee Zhi Jie [kredit foto thestar.com.my]
Maka tak hairan lah Sunway Pyramid Ice kini menjadi tumpuan peluncur ais samada yang baru bermula, peringkat pertengahan mahupun yang sudah maju dalam sukan ini. Antara nama besar Malaysia yang telah dilahirkan dalam sukan ini adalah Julian Yee Zhi Jie , seorang figure skaters yang kini semakin hampir untuk melayakkan dirinya untuk kejohanan Olimpik Musim Sejuk 2018 (2018 Winter Olympics) yang akan berlansung di Pyeongchang, Korea Selatan.

Akademi Sunway Pyramid Ice telah melatih lebih daripada 6,000 pelajar, ada juga yang telah meneruskan impian mereka menjadi jurulatih professional dan bergerak aktif dalam kejohanan antarabangsa.

 

Tentang Sunway Pyramid Ice
Sunway Pyramid Ice adalah taman hiburan sukan ais pertama bertaraf dunia di Malaysia. Ia terletak pada kedudukan strategic di dalam pusat membeli-belah Sunway Pyramid, pusat peranginan bersepadu Sunway Resort Hotel & Spa, Taman Tema Sunway Lagoon, Pusat Konvensyen, universiti, kolej, sekolah antarabangsa, syarikat korporat dan komuniti kediaman.

Sunway Pyramid Ice adalah destinasi rekreasi yang popular di Malaysia yang menarik lebih kurang 15,000 skaters setiap bulan. Merangkumi saiz berukuran 39m x 22.5m, pemandangan yang menakjubkan serta reka bentuk gelanggang moden yang menarik dan memberikan pandangan terbuka bagi para pengunjung di setiap lima tingkat menonton aksi-aksi skaters.

Sunway Pyramid Ice telah menjadi tuan rumah bagi banyak kejohanan berprestij.

  • Skate Asia – 1999, 2000, 2008, 2012 & 2016
  • World Ice Hockey 5’s – 2001, 2005 & 2005
  • Skate Malaysia – 1999 – 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *