ASUS Zenfone AR Dengan Keupayaan Tango dan Daydream │ ASUS semalam telah mengumumkan ZenFone AR, telefon pintar generasi akan datang dengan kemajuan yang ketara dalam realiti maya mudah alih (Virtual Reality “VR”) dan teknologi realiti (Augmented Realiti “AR”). ZenFone AR adalah telefon pintar yang pertama mempunyai fungsi Tango dan Daydream.

Tango adalah satu set sensor dan perisian penglihatan komputer oleh Google yang membolehkan realiti telefon pintar ditambah. Teknologi Tango menambah tiga keupayaan utama – Penjejakan pergerakan Tango, persepsi kedalaman Tango, dan pembelajaran kawasan Tango – untuk membolehkan realiti dipanjangkan ke telefon pintar bagi mewujudkan pengalaman pengguna AR yang unik, seperti permainan AR, utiliti AR, dan navigasi dalaman.

Daydream pula adalah platform Google untuk realiti maya berkualiti tinggi dan menyokong aplikasi Daydream VR. Dipasangkan dengan alat dengar dan pengawal Daydream View, ZenFone AR akan dapat memberikan pengalaman kepada pengguna meneroka dunia baru, kembali ke pawagam VR peribadi mereka, dan bermain permainan yang meletakkan mereka ditengah-tengah aksi. ZenFone AR dibangun dengan kerjasama yang erat dengan Google untuk memberikan pengalaman terbaik AR dan VR.

Pelancaran ZenFone AR telah diadakan di Metal Bees Studio, Sunway Damansara dan telah dihadiri oleh Dr. Eric Leong dan Pekin Ibrahim selaku duta kepada produk ini. Kedua-dua mereka telah menggunakan telefon pintar ini bagi melaksanakan kerja harian mereka dan ini telah memberikan kemudahan teknologi dalam bidang mereka serta menjimatkan masa.



Spesifikasi ASUS ZenFone AR

ZenFone AR adalah peranti aktif Tango yang paling nipis dan ringan telah dijayakan oleh sistem ASUS TriCam™ inovatif, sistem tiga kamera yang terdiri daripada kamera utama 23 PixelMaster 3.0, kamera pengesan gerakan, dan kamera kesan kedalaman yang memenuhi spesifikasi Tango. Tidak seperti sistem tiga kamera di peranti lain, reka bentuk sistem ASUS TriCam menyusun pelbagai kamera untuk mengurangkan penggunaan ruang di dalam telefon, membolehkan keseluruhan telefon menjadi lebih nipis dan lebih ringan.

ZenFone AR mempunyai pemproses Qualcomm® Snapdragon™ 821 yang hebat dioptimumkan untuk Tango, dan merupakan telefon pintar pertama di dunia dengan 8GB RAM. Prestasi kamera berkuasa serta inovatif ZenFone AR berfungsi dengan teknologi Tango membolehkan pengalaman AR telefon pintar yang lancar dan menarik. Paparan skrin WQHD Super AMOLED 5.7-inci dan speakers lima-magnet yang baru menjadikan aplikasi, permainan dan video realiti maya Daydream lebih mendalam dan menghiburkan. Android™ 7.0 ‘Nougat’ membolehkan pengguna memanfaatkan sepenuhnya ZenFone AR dengan ciri-ciri multitasking baru dan tambahan lain yang memberikan pengalaman mudah alih yang hebat.

ASUS ZenFone AR adalah:
- Telefon pintar pertama di dunia dengan realiti tambahan (AR) dan keupayaan realiti maya (VR) yang menawarkan fungsi Tango dan Daydream.
- Sistem ASUS TriCam mempunyai tiga jenis kamera yang memberi input kepada Tango bagi membolehkan pengalaman AR telefon pintar.
- Dibina dengan komponen yang berkuasa, termasuk Qualcomm Snapdragon 821 CPU yang dioptimumkan untuk Tango, 8GB RAM, dan storan/penyimpanan 256GB.
- Paparan skrin WQHD Super AMOLED 5.7 inci menyampaikan pengalaman melihat AR dan VR yang mendalam.

ZenFone AR ini dilancarkan pada harga RM3,799 dan akan berada di pengedar-pengedar dan Lazada bermula 7 Julai 2017. Didatangkan hanya dalam satu warna iaitu hitam.
Dalam blog post akan datang Naz akan mengulas lebih lanjut tentang spesifikasi Zenfone AR ini.
#ASUS #GoBeyongReality #ZenFoneARmy