Servis Photoshoot Raya CVS Production Best

Servis Photoshoot Raya CVS Production Best │  Sejak dari event Sepetang Bersama Blogger 2017, Naz dah dapat dah flyers tentang Photoshoot Raya dari CVS Production. Tapi sebab tah kemana hilangnya flyers tu terus terlupa. Nasib baik nampak Ayu Rafikah update status fb dia tentang gambar family, terus Naz call Feeq bertanya tentang promosi CSV Production.

Photoshoot Raya

Nasib baik peluang Photoshoot Raya tu masih available lagi. Antara pakej yang ditawarkan adalah seperti berikut:

Pakej Photoshoot Raya CVS Production

Nota: pakej ni mungkin sudah tamat, tapi boleh hubungi Feeq 016-6664034 untuk dapatkan pakej terbaru dari CVS Production.

So apalagi, terus set date dengan Feeq untuk buat photoshoot pada malam 30 Jun 2017 yang lalu. Yang paling excited anak Naz yang kecik sebab dia kata boleh jadi model… Yang kakak nya pula malu dan tak tau nak posing camne…

Photoshoot dibuat di White Studio Malaysia yang beralamat di No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, Cheras, Selangor berdekatan dengan AEON Cheras Selatan.

White Studio Malaysia lokasi

Servis Yang Ditawarkan oleh White Studio Malaysia

Studio ini lapang, berhawa dingin dan sememangnya berwarna putih…patut la panggil White Studio. Amat selesa dan tidak lah berpeluh sangat bila kena pancaran lampu spotlight masa pengambaran. Oh ya, servis yang ditawarkan bukan setakat photoshoot, tapi siap dengan…..

White Studio Malaysia servis

White Studio-Harga sewa

White Studio-Peralatan studio

Apa yang menarik, masa pengambaran walaupun kami gementar macam mana nak posing (takut gambar jadi tak cantik), Feeq selaku juru foto memberi arahan gaya yang perlu dibuat. Jadi kami tak lah kekok sangat dan anak-anak Naz pun rasa selesa dan tak tension.

feeq sedang sibuk mengambil foto

Semuanya diambil  dengan pantas dan tak terasa sangat dah ada lebih dari 100 gambar telah dirakam. Yang ambil masa lama sikit ialah bila nak bertukar ke baju Raya hahahaha. Antara foto-foto pilihan kami…

CVS - Foto Baju Raya KeluargaCVS - Foto Baju Raya Keluarga2CVS - Foto pakaian casualCVS - Foto pakaian casualPengalaman yang menarik bila dapat bergambar dengan yang tersayang dan dapat diabadikan dalam bentuk yang kita inginkan samada poster frame, photobook, portrait frame dan sebagainya. Terima kasih Feeq dan CVS Production!

Jadi kalau anda masih tercari-cari servis jurufoto ataupun berfoto di studio, boleh lah hubungi saudara Feeq di talian 016-6664034.

 

#CreativeVisualStudio #CVSproduction #PhotoshootRaya #Aidilfitri #Aidilfitri2017 #HariRaya2017 #WhiteStudio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *