Moto Z2 Play Diperkenalkan Bersama Moto C Dan Moto E4 │ Seperti post yang lalu, Motorola Malaysia memperkenalkan Moto Z2 Play ke pasaran Malaysia bersama-sama siri-siri Moto C dan Moto E4. Siri-siri telefon pintar Motorola ini ditawarkan pada harga antara RM399 sehingga RM1,999.


Motorola Z2 Play merupakan highlight pada majlis pelancaran ini kerana ini mampu bertukar menjadi sesuatu yang lain jika dipadankan dengan aksesori Moto Mods dengan serta merta. Dengan reka bentuk yang nipis, ringan dan dengan prestasi lebih pantas, Moto Z2 Play akan memberikan anda pengalaman baru penggunaan telefon pintar Dengan tagline #hellopossibilities dan Different is Better akan membolehkan pengguna melakukan perkara yang sebelum ini mustahil untuk dilakukan dengan sebuah telefon. Menerusi peranti yang menawarkan inovasi mudah alih yang tiada tandingan, anda boleh menerokai lebih banyak pengalaman dan cara untuk mengubah telefon pintar anda.

Moto Z2 Play

Moto Z2 Play merupakan generasi kedua Moto Z yang menampilkan bentuk unibody metal sepenuhnya yang direka dengan terperinci. Telefon ini mampu menahan kelasakkan penggunaan setiap hari. Dengan paparan skrin Super AMOLED definasi tinggi yang penuh bersaiz 5.5” akan memberikan paparan di atas skrin dengan warna yang jelas serta perincian yang cukup tajam. Ini pasti buat anda yang suka bermain permainan video mahupun yang suka mengambil foto atau video.

Telefon pintar Z2 Play ini dikuasakan dengan pemproses 2.2Ghz teras-octa (octa-core) dan dilengkapi dengan bateri berkapasiti 3,000 mAh mampu bertahan sepanjang hari tanpa sebarang masalah. Juga dilengkapi dengan pengecas pantas yang mampu mengecas bateri untuk kuasa sehingga 7 jam hanya dalam masa 15 minit.


Kini anda boleh merakam foto-foto dengan jelas samada pada waktu siang mahupun waktu malam dengan 12MP kamera utama telefon pintar ini yang menggabungkan ciri laser serta piksel autofocus berkembar. Manakala kamera hadapan 5MP pula dipadankan dengan suluhan dwiwarna berkolerasi suhu (CCT) yang membuatkan anda kelihatan menarik dalam rakaman selfie pada waktu siang atau malam. Bukan setakat itu sahaja, anda tak perlu lagi selfie stick untuk memuatkan semua rakan anda dalam satu selfie…hanya gunakan fungsi kanta sudut luas yang terdapat pada telefon Z2 Play ini. Satu lagi fungsi menarik, hanya goncang telefon Z2 Play ini, maka fungsi kamera akan terus diaktifkan…jika mahu selfie pula, hanya goncang kembali dan kamera hadapan bersedia untuk selfie.
Fungsi lain yang akan memberikan Moto Experiences yang unik adalah Moto Voice, di mana anda boleh membuat pertanyaan informasi seperti keadaan cuaca atau calendar anda. Fungsi ini juga membolehkan anda membuka telefon pintar dan aplikasi anda tanpa perlu menyentuhnya.

Melalui pengimbas cap jari yang telah dikemaskini dari siri Moto Z yang lalu, kini anda boleh mengaktifkan ciri navigasi satu butang untuk beralih di antara skrin dengan pantas. Alihkan ke kiri untuk kembali, ke kanan untuk mengakses aplikasi terkini, sentuh semula untuk ke laman utama dan tekan sesaat untuk mengunci telefon. Tanpa sebarang butang di skrin, anda kini mempunyai paparan yang lebih luas.

Moto Z2 Play kini sudah mula di jual di semua pengedar dan kedai Lenovo Mobile yang sah. Ia didatangkan dalam dua warna, iaitu Kelabu (Lunar Grey) dan Emas (Fine Gold) pada harga RM1,999.
Spesifikasi Teknikal Moto Z2 Play
| Moto Z2 Play (Harga: RM1,999) | |
| Dimensi | Tinggi: 156.2 mm, Lebar: 76.2 mm, Tebal: 5.99 mm, Berat: 145 gm |
| Pemprosesan | Qualcomm® Snapdragon™ 626 pemproses sehingga 2.2GHz octa-core CPU dengan Adreno 506 GPU. |
| Perisian | Android ™ 7.1.1, Nougat dengan Moto Experiences (Paparan Moto, Aksi Moto, Suara Moto). |
| Paparan | 13.97cm (5.5”) paparan FHD Super AMOLED (1080p [1920×1080]/401 ppi), Corning® Gorilla® Glass |
| Storan (ROM)* | 64GB dengan slot sokongan kad microSD (sehingga 2TB) |
| Memori (RAM) | 4GB |
| Kamera Utama | 12MP, dwi autofokus piksel dengan 1.4um pengesan, ƒ/1.7 aperture, autofokus laser, phase detection autofocus (PDAF) dan dwiwarna LED kolerasi suhu (CCT) flash |
| Kamera Hadapan | 5MP kamera dengan lens pandangan luas, ƒ/2.2 aperture dan dwiwarna LED kolerasi suhu (CCT) flash |
| Video | 480p (30fps) 720p (120fps) 1080 (30/60fps) 4K (30fps) |
| Bateri | 3,000mAh |
| Pengecaj Pantas | TurboPower™ mengecas kuasa bateri sehingga 7 jam dalam masa 15 minit |
| SIM | Nano SIM, Dwi-SIM |
| Audio | Speaker hadapan dan 3 mic sokongan |
| Teknologi Bluetooth® | Versi 4.2 LE + EDR |
| Wi-Fi | 802.11 a/b/g/n 2.4 GHz + 5 GHz |
| Kalis Air | Salutan nano untuk kalis air |
| NFC | Ada |
| Band Rangkaian | GSM/GPRS/EDGE (850, 900, 1800, 1900 MHz)
UMTS/HSPA+ (850, 900, 2100 MHz) 4G LTE (B1, 3, 5, 8, 40) |
| Kesambungan | Penyambung Moto Mods, USB-C™ port dengan sokongan USB 3.1, 3.5 headset port |
| Pengesahan | Pengimbas cap jari |
Siri-Siri Moto C

| Moto C (RM399) | Moto C Plus (RM539) | |
| Dimensi | Tinggi: 145.5 mm, Lebar: 73.6 mm, Tebal: 9 mm, Berat: 154 gm |
Tinggi: 144 mm, Lebar: 72.3 mm, Tebal: 10 mm, Berat: 162 gm |
| Pemprosesan | MediaTek MT6737m 64-bit quad-core 1.1 GHz pemproses | MediaTek MT6737m 64-bit quad-core 1.1 GHz pemproses |
| Perisian | Android™ 7.0 Nougat | Android™ 7.0 Nougat |
| Paparan | 5.0” FWVGA (854x48m) | 5.0” HD (1280×720), GFM |
| Storan (ROM)* | 16GB dalaman dengan slot sokongan kad microSD (sehingga 32GB) | 16GB dalaman dengan slot sokongan kad microSD (sehingga 32GB) |
| Memori (RAM) | 1GB | 2GB |
| Kamera Utama | 5MP, ƒ/2.4 aperture, 1.4 microns, lens sudut 74 darjah, Fokus tetap, Satu flesh LED, burst mode, HDR, Kecantikan | 8MP, ƒ/2.2 aperture, 1.12 microns, lens sudut 71 darjah, Fokus Auto, Satu flesh LED, Burst Mode, Panorama, HDR, Video: 720p (30fps), Kecantikan |
| Kamera Hadapan | 2MP, ƒ/2.8 aperture, 1.0 microns, lens sudut 63 darjah, Fokus tetap, Satu flesh LED, Burst Mode, HDR, Kecantikan | 2MP, ƒ/2.2 aperture, 1.0 microns, lens sudut 63 darjah, Fokus tetap, Satu flesh LED, Burst Mode, HDR, Kecantikan |
| Video | HD@30fps, VGA@30fps | HD@30fps, VGA@30fps |
| Bateri | 2,350mAh, Li-poly, 5W pengecaj | 4,000mAh, Min: 3780 mAh, Li-poly, 10W pengecaj |
| Pengecaj Pantas | Tiada | Tiada |
| SIM | Dwi-mikro SIM (Slot A: 2G,3G,4G/ Slot B: 2G) | Dwi-nano SIM (Slot A: 2G,3G,4G/ Slot B: 2G) |
| Audio | 1 x pembesar suara, 3.5 mm jack | 1 x pembesar suara, 3.5 mm jack |
| Teknologi Bluetooth® | Versi 4.2 | Versi 4.2 |
| Wi-Fi | 802,11 b/g/n, Wi-Fi hotspot | 802,11 b/g/n, Wi-Fi hotspot |
| Kalis Air | Tiada | Tiada |
| NFC | Tiada | Tiada |
| Band Rangkaian | GSM/WCDMA/FSS/TDD | GSM/WCDMA/FSS/TDD |
| Kesambungan | USB Mikro, 3.5 headset port | USB Mikro, 3.5 headset port |
| Pengesahan | Tiada | Tiada |
Siri-Siri Moto E4

| Moto E4 (RM639) | Moto E4 Plus (RM799) | |
| Dimensi | Tinggi: 144.7 mm, Lebar: 72.3 mm, Tebal: 8.99 mm, Berat: 151 gm |
Tinggi: 155 mm, Lebar: 77.5 mm, Tebal: 9.55 mm, Berat: 198 gm |
| Pemprosesan | MT6737 Quad-core 1.3 GHz ARM Mali T720 MPI 650 MHz GPU | MT6737 Quad-core 1.3 GHz ARM Mali T720 MPI 650 MHz GPU |
| Perisian | Android™ 7.1.1, Nougat | Android™ 7.1.1, Nougat |
| Paparan | 5.0” HD 720p (1280×720), 294PPI 2.5D cover glass | 5. 5” HD 720p (1280×720), 267PPI 2.5D cover glass |
| Storan (ROM)* | 16GB, sokongan kad microSD (sehingga 128GB) | 32GB |
| Memori (RAM) | 2GB | 3GB |
| Kamera Utama | 8MP, ƒ/2.2 aperture, 1.12 microns, lens sudut 71 darjah, Fokus auto, Satu flesh LED, Burst Mode, Panorama, HDR, Video: 720p (30fps), Kecantikan | 13MP, ƒ/2.2 aperture, 1.12 microns, lens sudut 78 darjah, Fokus Auto, Satu flesh LED, Burst Mode, Panorama, HDR, Video: 720p (30fps), Kecantikan |
| Kamera Hadapan | 2MP, ƒ/2.0 aperture, 1.12 microns, lens sudut 68 darjah, Fokus tetap, Satu flesh LED, Burst Mode, HDR, Kecantikan | 5MP, ƒ/2.4 aperture, 1.12 microns, lens sudut 84 darjah, Fokus tetap, Satu flesh LED, Burst Mode, HDR, Kecantikan |
| Video | MPEG4 720p (30fps) H263 AVC VP8 | MPEG4 720p (30fps) H.263 VGA, MT6737 embedded |
| Bateri | 2,800mAh, 5W pengecaj | 5,000mAh, 10W pengecaj |
| Pengecaj Pantas | Tiada | Tiada |
| SIM | Dwi-nano SIM | Dwi-nano SIM |
| Audio | Pembesar suara 84dB, 2 mic | Pembesar suara Dolby Atmos, 2 mic |
| Teknologi Bluetooth® | Versi 4.2 LE | Versi 4.2 |
| Wi-Fi | 802,11 b/g/n, Wi-Fi hotspot | 802,11 b/g/n, Wi-Fi hotspot |
| Kalis Air | Tiada | Tiada |
| NFC | Tiada | Tiada |
| Band Rangkaian | GSM/WCDMA/FSS/TDD | GSM/WCDMA/FSS/TDD |
| Kesambungan | USB Mikro, 3.5 headset port | USB Mikro, 3.5 headset port |
| Pengesahan | Tiada | Tiada |