IPC Shopping Centre Kini Berwajah Baru

Foodland IPC Shopping Centre Banner

IPC Shopping Centre Kini Berwajah Baru │  IPC Shopping Centre merupakan antara pusat membeli belah terawal di kawasan Damansara Utama dan setelah 14 tahun, ia telah diberi wajah dan nafas baru untuk memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggannya. Sejak March 2017, IPC Shopping Centre telah ditutup berperingkat-peringkat bagi memberi laluan kepada usaha pengubahsuaian dan menaik taraf pusat membeli belah tersebut.

IPC Shopping Centre - Customer Service Counter

Baru-baru ini Naz telah mendapat peluang untuk meninjau pengubahsuaian yang sedang dijalankan melalui program “Hard Hat Hot Food – a peep behind the scene”. Ok sebelum Naz teruskan, nak kongsi sedikit konsep baru IPC Shopping Centre ini. Pembangunan semula pusat membeli belah ini akan memaparkan wajah baru dengan kembali kepada akar umbi Sweden, yang berteraskan nilai-nilai keluargaan, gaya hidup yang mudah, keutamaan kepada kemudahan, keselamatan dan pengalaman membeli-belah keseluruhan. Dengan sentuhan Skandinavia, yang sederhana tetapi berani. Mengadunkan minimalis dengan fungsi, menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan ketika membeli belah.

Ruang duduk dan menunggu yang lebih banyak

Setibanya di pusat membeli belah tersebut, hujan telah turun dengan selebatnya dan Naz bersama rakan-rakan media lain tidak dapat meninjau ke kawasan pengubahsuaian fasa 2 dan fasa 3 tersebut oleh sebab-sebab keselamatan. Namun kami terus dibawa ke fasa 1 (LG1 & LG2) yang sudah siap dan beroperasi.

Penyewa LG2

Bermula di LG2, di mana terdapat beberapa penambahan unit kedai yang menempatkan Thule, i-alter, Mister Minit, dan beberapa kedai baru lagi. Kemudian kami ke LG1, di mana Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) telah dinaiktarafkan. RBBC telah dipindahkan ke lokasi yang lebih mudah dan strategik untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan. IPC Shopping Centre adalah pusat membeli-belah pertama di Malaysia yang menyokong projek kitar semula dalam memelihara alam  sekitar dan menempatkan RBBC dalam usaha membuka jalan untuk masa depan yang lebih baik dan lebih hijau.

Recycling & Buy Back Centre (RBBC)

Berdekatan dengan RBBC ini adalah lot pakir khas wanita yang berwarna merah jambu. Ini juga merupakan salah satu kemudahan bagi wanita yang datang ke pusat membeli beli ini memandu bersendirian.

Pakir Khas Untuk Wanita

Naz sempat juga ke ruang solat lelaki yang telah dinaiktaraf, bersih, lebih luas, ruang mengambil wuduk yang selesa dan mempunyai kemudahan yang cukup. Ruang menunggu juga ada disediakan di luar.

Surau

Setelah selesai melihat kemudahan pada fasa 1 ini, kami telah dibawa ke LG1 iaitu Foodland yang berwajah baru untuk menikmati juadah yang ada di sini. Penyewa sebelum ini yang kembali menyajikan hidangan mereka di Foodland ini adalah seperti Uncle Lim, De Irrfan’s Café, dan Noodle Shack. Antara penyewa baru Penang Road Teochew Chendul, Ah Cheng Laksa, I Love Yoo, Sister’s Crispy Popiah, Laksaamana, Simply Chicken, Eat Drink Thai Express, Shihlin Taiwan Street Snacks, Empire Sushi dan MyeongDong Toppoki.

Foodland - Antara hidangan kami
Antara hidangan kami pada petang itu…
Foodland - Empire Sushi
Empire Sushi dengan aneka pilihan…
Foodland - I Love Yoo
I Love Yoo menyajikan bubur nasi dan chakoi…
Foodland - MyeongDong Toppoki
MyeongDong Toppoki mengadaptasikan dengan Nasi Lemak Toppoki…
Foodland - Noodle Shack
Noodle Shack yang sajikan makanan yang organik dan tanpa MSG…
Foodland - Penang Road Famous Teochew Cendul
Penang Road Famous Teochew Cendul kini di Foodland…
Foodland - Simply Chicken
Simply Chicken set yang mudah dan sedap

Pusat Beli Belah IPC juga teruja untuk menjadi hos kepada penyewa baru seperti AEON Wellness dan Ben’s Independent Grocer yang akan dibuka pada bulan Oktober 2017.

AEON Wellness

Ben's Independent Grocer

IPC Shopping Centre mengutamakan ciri mesra keluarga dengan pembangunan semula dan akan mewujudkan kawasan permainan kanak-kanak yang baru dikenali sebagai Funland, di Tingkat 2. Ini juga akan menjadi rumah kepada Young Chefs Academy kedua di Malaysia – menawarkan kelas masakan yang kreatif lagi menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Penyewa yang akan kembali, seperti Harvey Norman, tidak sabar-sabar untuk melihat perubahan baru ini. “Usaha pembangunan semula telah memberi kita peluang untuk melancarkan konsep dupleks baru,” kata Eddy Ng, Pengurus Besar Utama Harvey Norman Malaysia. “Kami telah berkembang dengan IPC selama ini dan teruja untuk menjadi sebahagian daripada pembaharuan ini. Kami percaya bahawa peningkatan ini akan menjawab kepada keperluan pelanggan semasa dan memberikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan untuk semua.”

Untuk status terkini dan maklumat lanjut, sila lawati Facebook IPC Shopping Centre dan Instagram IPC Shopping Centre.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *