Keriangan Berganda bersama Domino’s Pizza & Wonda Coffee Sempena Hari Merdeka dan Sambutan Hari Kopi Wonda Sedunia

Domino's Pizza & Wonda Coffee

Keriangan Berganda bersama Domino’s Pizza & Wonda Coffee Sempena Hari Merdeka dan Sambutan Hari Kopi Wonda Sedunia │  Bersempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-60 dan Hari Kopi Wonda Sedunia, Domino’s Pizza dengan kerjasama Wonda Coffee kali ini akan membawakan keriangan berganda kepada seluruh warga Malaysia, dengan hidangan lazat daripada mereka.

Promosi Domino's Pizza "2 Pizza Deal with Extra Cheese"
Promosi “2 Pizza Deal with Extra Cheese”

Kempen Domino’s Pizza Bersama Wonda Coffee

Baru-baru ini, kempen tersebut telah dimulakan dengan pengagihan sebanyak 60 hidangan pizza panas dan minuman tin kopi Wonda Extra Presso sepanjang waktu makan tengahari di cawangan Domino’s Pizza Uptown Damansara.

Orang ramai disajikan dengan kepingan piza panas dari Domino's Pizza
Orang ramai disajikan dengan kepingan piza panas dari Domino’s Pizza

Pizza dan minuman Wonda Coffee akan diagihkan kepada orang ramai setiap hari sepanjang kempen ini berlangsung, iaitu bermula dari Ogos 28 sehingga September 10.

Orang ramai mencuba pelbagai pizza yang disajikan oleh Domino's Pizza
Orang ramai mencuba pelbagai pizza yang disajikan oleh Domino’s Pizza

Shamsul Amree, Pengurus Besar Kanan, Operasi, Domino’s Pizza, berkata, “Sambutan Hari Kemerdekaan adalah satu sambutan yang sangat istimewa dan ia adalah satu perkara yang menakjubkan untuk melihat bagaimana makanan dapat menyatukan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat. Domino’s sangat berbesar hati kerana dapat menyebarkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia dengan pizza kami yang digemari ramai ini.”

Salah seorang bersemangat merasai kepingan piza.
Salah seorang bersemangat merasai kepingan piza yang diedarkan oleh pekerja Domino’s Pizza.

Bersempena dengan Hari Kopi Wonda Sedunia juga, bagi kempen yang berlangsung selama dua minggu ini, mendapatkan 2 tin kopi Wonda Extra Presso secara percuma dengan pembelian 2 Pizza Deal with Extra Cheese daripada Domino’s Pizza, sementara stok masih ada. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Seorang pelanggan dengan gembira menerima 2 tin Wonda Coffee Extra Presso secara percuma sebagai sebahagian dari promosi Domino's Pizza.
Seorang pelanggan dengan gembira menerima 2 tin Wonda Coffee Extra Presso secara percuma sebagai sebahagian dari promosi 2 Piza Domino.

Untuk tempahan atas talian, sila layari http://bit.ly/DomWonda atau www.dominos.com.my atau hubungi 1300-888-333 untuk maklumat lanjut.

 

Mengenai Domino’s Pizza

Domino’s merupakan syarikat penghantaran piza paling pantas berkembang yang terkenal di dunia dengan komitmen untuk mempelopori industri dari segi kualiti produk dan kecemerlangan operasi. Domino’s Pizza, Inc. mengendalikan rangkaian global lebih dari 14,000 cawangan miliknya dan francais di seluruh Amerika Syarikat dan lebih 85 pasaran. Di peringkat antarabangsa, Domino’s disenaraikan dalam kumpulan lima syarikat teratas dari segi transaksi dalam talian.

Setakat Suku Pertama 2017, Domino’s Pizza Malaysia adalah pasaran Domino’s yang mencapai pertumbuhan paling pesat di Asia Tenggara dan kelima di Asia Pasifik. Ditubuhkan pada 1997, Domino’s Malaysia diuruskan oleh pemegang francais utama, Dommal Food Services Sdn Bhd. Sehingga ini, terdapat lebih dari 200 cawangan Domino’s Pizza di negara ini.

Melangkah maju sebagai syarikat e-dagang, Domino’s Pizza telah mencipta banyak pencapaian pertama dalam platform digital. Domino’s Pizza Malaysia telah menggunakan dunia digital dengan sebaik mungkin dan ini bermula apabila diiktiraf sebagai syarikat QSR pertama yang menyediakan platform pesanan dalam talian oleh Buku Rekod Malaysia dengan pelancaran laman webnya pada 2003. Sejak itu, platform pesanan dalam taliannya telah diperluas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada pengguna. Platform pesanan dalam talian Domino’s Pizza Malaysia’s juga diiktiraf sebagai #1 dari segi kepantasan perkhidmatan dalam talian dalam industri QSR.

Domino’s Pizza Malaysia merupakan pemenang Anugerah Gold Franny 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2016, iaitu Anugerah Pencapaian yang disanjung tinggi daripada Persatuan Francais Antarabangsa di Perhimpunan Sedunia Domino’s Pizza. Berbekalkan keyakinan yang ditunjukkan oleh pengguna Malaysia, Domino’s Pizza telah memenangi Anugerah Gangsa dalam kategori “Restoran & Makanan Segera” di Anugerah Jenama Putra 2014, Perak pada 2015 dan Gangsa pada 2016.

Pelanggan boleh menghubungi Domino’s melalui telefon 1-300-888-333 atau kunjungi laman webnya di www.dominos.com.my untuk membuat pesanan mereka. Untuk maklumat terkini, sila ikuti laman Facebook Domino’s Pizza Malaysia di www.facebook.com/DominosMY/ atau Instagram di www.instagram.com/dominosmy/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *