Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship Meriah | Bila sebut aje ada pertandingan Hot Wheels, melompat terus anak bujang Naz. Ya Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship kini berlangsung di aras lobi pusat membeli belah tersebut dari 17 – 26 November 2017. Para penggemar Hot Wheels jangan lepaskan peluang ini.

Kepada pengumpul permainan Hot Wheels, samada yang muda mahupun dewasa, anda berpeluang mendapatkan pelbagai hadiah percuma untuk setiap pembelian seperti berikut…


Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship
Untuk syarat penyertaan acara Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship ini, hanya pasukan ibu dan anak lelaki (berumur antara 5-12 tahun) yang layak menyertai, dan membuat pembelian minimum produk Hot Wheels bernilai RM50 sahaja.
Selepas itu setiap pasukan ibu dan anak perlu melengkapkan 3 pusingan saringan:
- Challenger Zone
- Setiap pasukan perlu melancarkan kereta mereka ke Challenger Zone.
- 3 cubaan atau 60 saat diberikan.

- Track Builder Zone
- Setiap pasukan perlu membina litar dalam masa 10 minit menggunakan Hot Wheels Track Builder Stunt Kit dan Loop Launcher. Kemudian mereka perlu mensasarkan kereta mereka untuk mendapatkan markah di papan dart.
- 3 cubaan atau 60 saat diberikan.

- Epic Loop
- Setiap pasukan perlu melancarkan kereta Hot Wheels mereka di Litar Epic Loop yang disediakan dari tingkat 1 sehingga ke tingkat Bawah.
- 3 cubaan atau 60 saat diberikan.
- Masa terpantas akan direkodkan

Permarkahan akan dikira untuk ketiga-tiga pusingan di atas dan kedudukan akan ditentunkan berdasarkan 3 percubaan yang dibuat. Pemenang akan ke peringkat akhir pada 26 November bagi merebut gelaran Hot Wheels Sunway Putra Mall Epic Championship 2017.


Nazrin Daris dah cuba sebaik mungkin tapi rezeki tak berpihak pada dia kali ini. Namun anak Naz tetap happy sebab dapat set Hot Wheels Track Builder Stunt Kit dan kereta Hot Wheels pilihan dia.
Yang penting, permainan Hot Wheels ini mencabar minda anak-anak untuk berfikir dan menggunakan elemen fizik dalam memastikan mereka berjaya dalam cabaran ini.
Terima kasih Sunway Putra Mall atas aktiviti yang menarik ini. Untuk mengetahui aktiviti menarik di Sunway Putra Mall, boleh ikuti mereka di:
Laman Web
www.sunwayputramall.com
Facebook
www.facebook.com/SunwayPutraMall
Instagram
www.instagram.com/SunwayPutraMall
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hot Wheels, boleh ikuti mereka di:
Laman Web
www.hotwheels.mattel.com
Facebook
www.facebook.com/HotWheels
YouTube
www.youtube.com/user/HotWheels