Makanan DUA by Skohns Lazat dan Mantap | DUA boleh diertikan samada dalam bentuk nombor atau pun doa dalam sebutan arab. Tapi DUA by Skohns ialah sebuah restoran ala-ala hipster yang terletak di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI), Kuala Lumpur. Senang aje nak cari, sederet dengan Balai Bomba TTDI dan berada di tingkat atas bersebelahan Domino’s Pizza.

DUA by Skohns ini merupakan outlet ke-2 mereka selepas Skohns Canteen yang beroperasi di Damansara Perdana. Kenapa Naz kata outlet ini ala-ala hipster sebab susun atur kedai ini ada ruang sofa, terdapat ruang untuk bacaan dengan buku-buku novel dan majalah, ruang untuk anak-anak kecil bermain dan TV untuk tontonan. Dengan ruang yang agak selesa dan dingin memang best untuk menjamu selera atau menikmati secawan kopi bersama dessert.






Baru-baru ini selepas mengambil anak dara Naz yang selesai aktiviti Pandu Puteri di Pusat Kreatif Kanak-Kanak Tuanku Bainun di TTDI, kami terus singgah untuk early dinner di DUA by Skohns. Sebab Naz pilih kedai ini kerana selalu ternampak iklan mereka di Instagram memaparkan specialty mereka iaitu “Salted Egg Chicken Wings”. Since dah berada dalam kawasan, jadi ambil peluang ini untuk merasainya lah kan.

Sebagai permulaan, Naz memesan Salted Egg Chicken Wings (RM8.48 untuk 3 ketul) untuk Naz dan isteri. Untuk main dish kami mencuba Texan Hotdog and Chips (RM15.90). Untuk anak dara Naz, dia memesan Fettuccine Carbonara with Crispy Chicken (RM22.26) manakala untuk anak bujang Naz dia pilih Bihun Goreng (RM7.00). Semua hidangan ini memang memenuhi citarasa lidah Naz dari segi rasa dan juga portion nya. Harga pun kira setanding dengan rasa dia la.




Selain dari menu yang kami nikmati ada banyak lagi menu untuk pilihan anda.



Kalau malas nak keluar tapi nak makan makanan dari DUA by Skohns, anda boleh memesan melalui Foodpanda [klik sini] dan mereka akan hantar sehingga ke depan pintu rumah anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau promosi tentang DUA by Skohns anda boleh ikuti mereka di:
Facebook:
www.facebook.com/duabyskohns
Instagram:
www.instagram.com/duabyskohns
Alamat:
12A, Jalan Tun Mohd Fuad, Taman Tun Dr. Ismail, 60000 Kuala Lumpur.
Nak senang Waze: “D’Chengkih”.
Nombor Telefon:
+6 03 7731 6954
Waktu Operasi:
Dibuka setiap hari (kecuali Ahad), 11:00 pagi – 10:30 malam.
Wow best, boleh order dengan Panda Food.
silakan bro akubiomed