Rasai Galito’s Flamed-Grill Chicken Dari Afrika Selatan | Ayam yang diperap selama 24 jam dengan bahan-bahan semulajadi dengan campuran rahsia herba dan rempah-rempah, kemudian dibakar untuk hasilkan rasa yang sempurna dan mengekalkan kelembutan isinya. Itulah cara Galito’s menghasilkan ayam panggang yang padu pada rasa.

Galito’s Flamed-Grill Chicken ini berasal dari Afrika Selatan merupakan sebuah restoran makan yang kasual. Ia diasaskan oleh Louis Germishuys yang sangat suka berkongsi hidangan terbaik Afrika Selatan.

Galito memilih Malaysia sebagai negara pertama di Asia Tenggara untuk dipersembahkan dengan hidangan yang penuh dengan citarasa mereka. Tak sangkan Galito ini telah mempunyai 150 buah restoran, di 15 buah negara di empat benua. Di Malaysia, Ri-Yaz Global Food adalah pemegang francais utama untuk Galito begitu juga untuk pasaran Singapura dan Indonesia.


Apa yang menarik tentang Galito ini, ia menghidangkan masakan berasaskan daripada ayam termasuk hati ayam sebagai salah satu hidangan utama. Ia juga menghasilkan hidangan berasaskan sayuran dan kekacang yang kaya dengan serat (dietry fiber) sesuai untuk pelanggan yang sedang berdiet.

Jom Naz kongsikan hidangan yang Naz rasa semasa pelancaran Galito’s Flamed-Grill Chicken yang lalu.






Tiga jenis kacang disatukan dan memberikan citarasa yang menarik (RM5.00 / RM7.50)
Hidangan utama Galito merupakan ayam panggang, ditawarkan suku bahagian pada harga RM11.50, dengan satu side pada RM13.90 dan dua side pada RM15.90. Untuk separuh ayam bermula pada harga RM17.90 dengan pilihan untuk satu atau dua side pada harga RM20.90 dan RM23.90. Ia tidak terhenti di situ, ia juga menawarkan jalur ayam dengan nasi, burger dibuat dari dada ayam tanpa tulang yang dibakar, dan bungkus dengan roti pita. Untuk kanak-kanak pula boleh cuba meatball pasta dan sosej dengan kentang goreng.
Pengunjung boleh memilih ala carte atau memilih dari seleksi makanan kombo pelbagai hidangan untuk seisi keluarga.
Restoran Galito terletak di G02-G03 eCurve, (di sebelah pintu masuk utama eCurve) dan dibuka setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk maklumat lanjut dan promosi terkini, sila lawati www.facebook.com/GalitosMalaysia atau hubungi mereka di 03-6211 0503.
About Galito’s
Galito’s is a chain of international restaurants from South Africa, famous for its authentic flame-grilled succulent chicken. The first Galito’s restaurant opened its doors in 1996 in Nelspruit, Mpumalanga by Louis Germishuys, the founder of Galito’s. Galito’s quickly became a huge success and in 2003, Galito’s decided to venture into franchising and won huge acclaim across South Africa. After being in the South African market for 10 years, Galito’s spread its wings to other countries in the African continent in 2006. Galito’s penetrated 5 markets in Africa within less than 4 years and in 2010, opened its first off the African continent restaurant in Toronto, Canada. Today, Galito’s operates 150 restaurants, in 15 countries across four continents. Galito’s chickens are slowly marinated for 24-hours with all natural ingredients, infused with selected herbs and spices, flame grilled to perfection and served to order, making it the healthiest, tastiest flame grilled chicken in the world!