Berseronok Bersama Keluarga di Sunway Lagoon | Waktu cuti sekolah ini memang best bawa keluarga bercuti tapi yang tak laratnya bila nak mengadap jam sana sini. So tempat terbaik adalah destinasi di sekitar Kuala Lumpur atau Petaling Jaya. Naz dan keluarga bersama rakan-rakan blogger yang lain telah berkunjung ke Sunway Lagoon untuk beriadah sempena cuti sekolah ini. Diam tak diam, Sunway Lagoon yang mempunyai 6 taman tema dalam kawasan seluas 88 ekar ni sudah pun berusia 25 tahun. Ia sentiasa penuh dengan pengunjung yang datang dari dalam dan luar negara, dan menawarkan 90 tarikan dalam 6 taman tema yang berbeza. Ia sememangnya salah satu tarikan pelancongan yang menarik di Malaysia!
Info Sunway Lagoon
Taman Tema Sunway Lagoon terletak di Petaling Jaya, kira-kira 15 km dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Dengan pelbagai aktiviti air yang ditawarkan dan aktiviti kering juga, terdapat bermacam acara yang menyeronokkan untuk dilakukan Sunway Lagoon. Slaid air yang berputar dan berpusing, menyusuri sungai buatan manusia, pantai luncur, kolam gelombang, kapal lanun berputar 360° serta bermacam lagi senarai tarikan yang menyeronokkan di taman seluas 88 ekar. Kini ia merangkumi enam zon berbeza – Water Park, Scream Park, Amusement Park, Extreme Park, Wildlife Park dan terbaru Nickelodeon Lost Lagoon.
Lihat sahaja betapa meriahnya keluarga besar ini dapat menghabiskan waktu bersama keluarga masing-masing di Sunway Lagoon. Diharap kami sentiasa dapat berkumpul begini di aktiviti lain di masa hadapan dan ramai lagi yang dapat join….baru la malatop!


Kami mulakan dengan melawat Wildlife Park di mana terdapat lebih daripada 150 spesies binatang dari seluruh dunia yang menghuni taman hidupan liar ini. Ia merupakan sebuah zoo yang interaktif sepenuhnya, anda dapat melihat hidupan liar dari dekat dan dapat mempelajari lebih mendalam lagi tentang hidupan liar ini.
Tempat persinggahan pertama kami merupakan Wildlife Theatre di mana persembahan hidupan liar ini diadakan. Memang menarik dan menghiburkan. Kebetulan 17 Disember adalah harijadi Abam Shakiddo, maka kami berpakat untuk sambut harijadi beliau dengan menjadikan dia volunteer untuk memegang sang ular. Seronok sangat kan!

Kemudian kami menuju ke Nickelodeon Lost Lagoon di mana karakter seperti SpongeBob Square Pant dan Teenage Mutant Ninja Turtle membuat penampilan. Anak-anak begitu excited untuk bergambar dengan karakter tersebut. Ada juga nampak emak dan ayah yang excited juga untuk bergambar….hehehehehe


Matahari pun dah semakin memacak di atas kepala, maka masa untuk berendam di dalam air. Itu pun yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak Naz sejak masuk di pintu utama lagi. Kami menghabiskan 3 jam di Nickelodeon Lost Lagoon dengan mencuba beberapa aktiviti di sini seperti Primeval, Monsoon 360, Jungle Fury dan SpongeBob Splash Adventure. Disebabkan kena beratur panjang, jadi tak dapat nak mencuba segala aktiviti yang ada disini.

Jam dah menunjukkan pukul 3.00 petang, jadi kami beransur ke Surf Beach untuk bermain dengan ombak buatan.


Sebaik tiba di pantai buatan manusia yang terbesar di dunia, yang luasnya 13,000 segi persegi, kami terus terjun kolam ini. Sempat la kami untuk menyaksikan pertunjukkan Tale of Mount Berapi yang mengisahkan seorang Raja dan Ratu yang inginkan seorang anak setelah bertahun-tahun berkahwin dan dalam keadaan terdesak, meminta bantuan Dewi Api yang diasingkan di Gunung Berapi. Setahun kemudian, Ratu mengandung seorang bayi perempuan, dan menamakannya “Rawna“, yang bermaksud ‘lembut percakapan dan penyayang’. Tanpa diketahui oleh bapa dan ibunya, Rawna mempunyai kuasa ajaib yang diberikan kepadanya oleh Dewi Api. Takut akan dibuang, Rawna menyimpan rahsia ini kepada dirinya sendiri. Nak tahu kisah selanjutnya, kena lah datang ke Water Park ini.
Masa yang dinantikan kini tiba, ombak buatan dilepaskan…. anak-anak Naz cukup suka bermain ombak ini dan siap suruh rakam lagi. Seronok melihat keriangan anak-anak menikmati kemudahan yang ada di Sunway Lagoon ini.
Masa sungguh mencemburui kami dan waktu sudah hampir jam 6 petang. Tak sempat nak merasai 4 lagi taman tema yang ada. Kena lah datang lagi untuk #ExperienceIt di Sunway Lagoon.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang promosi dan aktiviti-aktiviti menarik di Sunway Lagoon bolehlah melayari info mereka di….
Laman Web: https://sunwaylagoon.com
Instagram: https://www.instagram.com/SunwayLagoonMalaysia
Facebook: https://www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/channel/SunwayLagoonMalaysia