Kehebatan Susu Fernleaf Kini Dalam Pek On-the-Go

Kehebatan Susu Fernleaf Kini Dalam Pek On-the-Go |  Apa yang dulu hanya dalam bentuk serbuk untuk dibancuh, kini Fernleaf telah melancarkan susu UHT sedia diminum yang terbaru. Dengan kebaikan susu 100% dari New Zealand, Fernleaf menggalakkan warga Malaysia untuk mencapai kehebatan masing-masing dan disokong dengan semangat Malaysia Boleh!

Go For Greatness with Fernleaf

Bertempat di Aras Bawah Oval, 1 Utama Shopping Centre telah diadakan majlis pelancaran susu UHT Fernleaf terbaru dalam pek mudah dibawa (on-the-go) oleh Fonterra Brands Malaysia. Menurut Pengarah Pemasarannya, Karen Ong, “Setiap individu memerlukan sedikit kehebatan dalam kehidupan masing-masing. Samada sampai ditempat kerja tepat pada masa, mendukung anak anda atau mengankat barangan yang dibeli, bersenam dan mengangkat beg sekolah…kita memerlukan daya mental dan fizikal dalam bentuk tenaga dan semangat untuk menjalankan kehidupan harian”.

Ms Karen Ong

“Dengan kebaikan susu 100% di mana-mana sahaja anda berada, kami berharap untuk menggalakkan warga Malaysia dalam mengejari kehebatan setiap hari, terutamanya sewaktu bekerja atau meluangkan masa bersama rakan-rakan dan keluarga,” kata Karen Ong.

100 percent milk goodness from New Zealand

Susu UHT ini bukan sahaja elok untuk kanak-kanak, bahkan orang dewasa pun boleh turut menikmatinya bagi menambah kalsium dalam tulang selain elok untuk sistem pencernaan badan. Susu UHT ini dilengkapkan dengan nutrien-nutrien penting seperti protein, vitamin A dan D, selain kalsium, susu ini meningkatkan pengambilan nutrisi dan tenaga bagi seseorang individu.

3 pilihan rasa

Diam tak diam, Fernleaf nie dah 30 tahun bertapak di Malaysia dan telah membawakan kebaikan tenusu dari ladang-ladang di New Zealand ke Malaysia, menyediakan susu yang berkhasiat bagi para keluarga agar mereka dapat mengekalkan diet yang sihat dan seimbang. Kesemua produk tenusu oleh Fonterra Brands Malaysia disahkan Halal oleh New Zealand Islamic Development Trust (NZIDT), yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Fernleaf Go For Greatness

Susu UHT ini boleh didapati di pasaraya hyper, pasar raya dan kedai-kedai diseluruh negara pada harga RM5.70 bagi satu set 4 pek (200ml setiap pek) dan RM6.60 bagi setiap pek 1 liter. Susu UHT ini didapati dalam tiga pilihan yang hebat – penuh krim, rendah lemak dan coklat, pasti memenuhi setiap citarasa yang berbeza dalam keluarga anda.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Fernleaf serta promosi mereka, anda boleh layari dan ‘likeFacebook Fernleaf ya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *