Neffos C7 Akan Tiba Tak Lama Lagi

Neffos C7 Akan Tiba Tak Lama Lagi |  Paling terakhir Naz dengar cerita tentang Neffos adalah pada Ogos tahun lepas di mana mereka mengadakan promosi merdeka untuk siri Neffos X dan C. Ada plak terdengar-dengar berita Neffos akan memperkenalkan telefon pintar selfie terbaru Neffos C7. Pengemar selfie sila ambil perhatian!

Neffos C7

Direka dengan memfokuskan kepada kamera, C7 akan dilengkapi dengan keupayaan kamera selfie yang berkualiti. Menawarkan kombinasi reka bentuk anggun sempurna luar biasa dengan ciri-ciri yang berkualiti. Kini Neffos mahu membuktikan bahawa telefon pintar premium boleh dimiliki pada harga yang berpatutan.

Dengar cerita, C7 mempunyai skrin 5.5 “IPS HD ultra besar untuk paparan yang lebih baik dan jelas, dikuasakan oleh pemproses Octa-core 64-bit yang membolehkan prestasi yang lebih pantas dan lancar. Bukan itu sahaja, C7 juga dilengkapi dengan imbasan cap jari superfast 0.2 saat, memastikan keselamatan pada kemudahan yang pantas. Walau bagaimanapun, ciri terbaik C7 adalah kamera belakang 13 megapiksel dan kamera hadapan 8-megapiksel yang mempunyai keupayaan menangkap foto yang sesuai untuk sebarang acara, samada siang atau malam.

Sumber-sumber yang boleh dipercayai mengatakan C7 akan dijual pada harga RM599 sahaja dan dijangka tiba di kedai-kedai seluruh Malaysia pada awal bulan Februari 2018. Bagi mereka yang tidak suka tertunggu-tunggu, C7 boleh dibeli dengan mudah dalam talian di Lazada Malaysia mulai 5 Februari dan 50 pelanggan pertama akan menerima premium promosi yang eksklusif bernilai sehingga RM149. Sebagai tambahan kepada C7, Neffos juga akan memperkenalkan C5A, penambahan terbaru kepada siri C5.

Neffos C5A

Neffos berusaha untuk menyediakan jaminan kepada pelanggan dengan jaminan bebas kerana setiap produk dilengkapi dengan program jaminan dua tahun. Neffos menawarkan perkhidmatan untuk isu mekanikal dan teknikal terpilih (tidak termasuk kerosakan tidak sengaja atau skrin pecah) untuk semua rangkaian produk Neffos. Ada lagi, Neffos juga menyediakan pertukaran peranti satu-dengan-satu kepada pelanggan yang mengalami kerosakan peranti Neffos yang tidak dapat diperbaiki dalam tempoh tiga bulan pertama pembelian. Jaminan terbaek nie!

Untuk maklumat lanjut, boleh layari www.lazada.com.my/neffos-official-store atau ikuti di Facebook Neffos, Instagram Neffos dan Twitter Neffos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *