AMAZING TITANMAN Taruhan Kedua Jaguar Lim

AMAZING TITANMAN Taruhan Kedua Jaguar Lim |  Jaguar Lim Production Sdn Bhd kini mempersembahkan filem AMAZING TITANMAN sempena Tahun Baru Cina bermula 22 Febuari 2018 di semua pawagam seluruh negara. Berikutan sambutan yang menggalakkan bagi filem pertama beliau iaitu Zombies vs The Lucky Exorcist pada tahun 2015, kini menyaksikan Jaguar Lim memegang peranan sebagai pengeluar serta produser eksekutif bersama Eddie Tiger sebagai pengarah, pengeluar dan penulis skrip.

Amazing Titanman Poster

Filem AMAZING TITANMAN ini dibarisi para pelakon yang hebat seperti Jaguar Lim (Jutawan Masa Hadapan), penampilan khas oleh artis sensasi Namewee, model dan artis kelahiran Iran Mehrdad Ravavi Mozart,  pelakon lelaki terbaik Golden Awards 2017 Jordan Voon, pelakon pentas wanita terbaik Rosa Chong, selebriti internet Edilson Lim, komposer terkenal Jovi Theng, pelakon lelaki terbaik Pertandingan Filem Pendek BMW Azman Hassan dan ramai lagi.

Filem ini lebih kepada filem cina fiksyen sains yang dihasilkan dengan kesan efek khas dan animasi. Terdapat unsur-unsur komedi slapstik seperti Mr. Bean tetapi dimuatkan dengan pelbagai realiti kehidupan masa kini serta nasihat.

Sinopsis AMAZING TITANMAN

Mengisahkan pihak NASA dari Amerika yang sedang menyiasat kedatangan  makhluk asing ke bumi. Pada tahun 2015, makhluk asing yang berbentuk aneh (lakonan Jaguar Lim) telah tiba dan telah menginap di bumi. Hasil siasatan ejen rahsia NASA (lakonan Mehrdad) mendapati rupa-rupanya ada segelintir penduduk bumi sudahpun mempunyai hubungan dan berinteraksi dengan makhluk asing tersebut. Dalam masa yang sama, siasatan juga mendapati rupa-rupanya makhluk asing ini berasaldari sebuah planet yang bernama Planet Titan. Pihak NASA berasa bimbang dengan kehadiran makhluk asing ini dan membuat keputusan untuk menangkapnya. Pada ketika ini seorang individu asing (lakonan Namewee) mulai mendedahkan maklumat rahsia mengenai makhluk asing tersebut…. nak tahu apa kisah selanjutnya, pergi la tonton di pawagam bermula 22 Febuari 2018 nanti.

Tak lama lagi, dialog PING PONG PING PONG PONG PONG mungkin kedengaran dan juga lagu PING PING PONG yang catchy!

Pada majlis preview ini juga, Jaguar Lim telah menandatangani memorandum persefahaman bagi mengedarkan filem ini di Taiwan dan juga Hong Kong. Filem ini juga akan bersiaran serentak di negara-negara tersebut.

Menandatangani Memorandum

Peraduan Wang Tunai RM500 Ribu

Selepas sambutan yang menggalakkan ekorang pertandingan ‘Tonton dan Menang’ sempena penanyangan filem pertamanya, kini Jaguar Lim tampil dan menawarkan hadiah wang tunai yang lebih tinggi buat anda! Dapatkan tiket wayang dan anda mungkin berpeluang memenangi hadiah wang tunai berjumlah RM500,000! Macam mana caranya, jom tengok….

Amazing Titanman PC

Jangan lupa rebut peluang anda mulai 22 Febuari 2018 di pawagam berhampiran anda!

Amzing Titanman menemui anda pada 22 Febuari 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *