eCurve Meraikan CNY Bersama Penghuni Rumah Orang Tua Seri Setia

Meraikan Warga Tua

eCurve Meraikan CNY Bersama Penghuni Rumah Orang Tua Seri Setia |  Pesta Musim Bunga semakin hampir dan suasana kemeriahan dapat dirasai tatkala kaum keluarga sibuk membuat persiapan untuk berkumpul beramai-ramai dan bersama-sama meraikan perayaan ini.

Bergambar Bersama Penghuni Rumah Orang Tua Seri Setia

Dalam meraikan semangat kekeluargaan dan keriangan bersama sempena musim perayaan ini, eCurve baru-baru ini telah meraikan CNY bersama penghuni dari Rumah Orang Tua Seri Setia.

Mereka yang terdiri daripada 20 orang warga emas dan penjaga disambut mesra oleh pihak pengurusan eCurve sebelum dibawa ke Centre Atrium untuk memulakan aktiviti pada hari berkenaan. Hiasan jalanan kontemporari yang ceria dan berwarna-warni mewujudkan suasana sempurna untuk acara utama petang itu iaitu Sizzling CNY Variety Show.

tarian trio hip-hop oleh kumpulan Straw-Hat

Tarian

Persembahan ini memaparkan pelbagai aksi jalanan yang mempersonakan termasuk tarian trio hip-hop oleh kumpulan Straw-Hat, persembahan akrobatik gimnas serta pertunjukan ahli Wushu yang dilihat sungguh lincah beraksi dengan menggunakan pedang dan lembing. Setiap persembahan menerima tepukan gemuruh daripada penonton, malah selingan elemen komedi yang dipertontonkan juga membuatkan tetamu pada hari itu tidak kering gusi.

Tarian Singa

Sesi persembahan disempurnakan dengan pertunjukan tarian singa akrobatik yang mengagumkan penonton menerusi aksi-aksi berani yang diperlihatkan dengan pergerakan, lompatan dan larian di atas tiang.

Lebih dekat lagi dengan Singa

Susulan daripada persembahan tersebut, warga emas yang hadir menerima sumbangan beg hadiah dan paket Ang Pow dari eCurve sebelum dijamu dengan hidangan makan tengah hari di restoran Pak John Steamboat & BBQ.

Azizul Hisham Ahmad, Pengurus Kompleks eCurve berkata, “Musim perayaan Tahun Baru Cina sentiasa mengingatkan kita tentang masa yang diluangkan bersama keluarga dan sahabat handai. Sebahagian daripada usaha kami untuk mendekati komuniti pada kali ini, eCurve amat berbesar hati menerima kehadiran warga Rumah Orang Tua Seri Setia pada hari ini. Diharapkan mereka gembira dengan sambutan bersama kami ini.”

Para pengunjung boleh menyaksikan persembahan CNY Variety Show  pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti umum sepanjang kempen Tahun Baru Cina di eCurve itu berlangsung dari 19 Januari sehingga 18 Februari 2018. Di samping itu, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan tarian singa akrobatik dan pengunjung juga boleh bertemu dengan God of Prosperity yang akan berada di sekitar kawasan eCurve.

Bagi meraikan musim perayaan ini, pengunjung yang membelanjakan RM150 ke atas dalam maksimum dua resit pada hari yang sama akan layak menebus paket Ang Pow serta set mangkuk dan penyepit Bountiful Abundance sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Setiap penebusan tertakluk pada terma dan syarat serta sementara stok masih ada.

Ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan kempen Tahun Baru Cina di eCurve? Hubungi Pegawai Khidmat Pelanggan eCurve di talian 03-7725 0277 atau layari www.ecurve.my. Boleh juga kunjungi laman Facebook www.facebook.com/eCurveMall.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *