Menguji Tayar Michelin LTX Force di Off Road Days | Bila sebut Michelin mesti terbayangkan maskot dia yang comel berketul-ketul tu kan. Baru-baru ini Michelin, pemimpin pasaran dalam tayar berkualiti tinggi, telah menganjurkan acara julung kali MICHELIN OFF-ROAD DAYS dari 20 hingga 23 Mac untuk mempamerkan pelbagai jenis tayar SUV dan pacuan 4×4, termasuk inovasi terbaru MICHELIN LTX FORCE untuk tayar di atas jalanraya (on-road) dan di luar jalanraya (off-road).

Naz bersama rakan dan pengguna lain telah dijemput untuk merasai sendiri kehebatan tayar Michelin LTX Force ini. Untuk itu, kami telah diminta untuk membuat pandu uji di dua (2) trek yang disediakan menggunakan kenderaan pacuan 4×4 yang dipasangkan dengan tayar berteknologi tinggi ini. Trek-trek tersebut adalah:-
Trek Atas Jalan Raya (On-Road)
- Ujian laluan Slalom (Slalom course test)
- Ujian keselesaan (Comfort test)
- Ujian membrek (Braking test)
Trek Luar Jalan Raya (Off-Road)
- Mud Rut
- Moguls
- Logs
- 35% Descent
- Sand Pit
- 35% Climb
- Side Slope
- Big Hill
- Rocky Path

Sebelum melalui trek-trek tersebut, kami semua telah diberikan taklimat keselamatan oleh pihak Michelin. Antara nasihat yang harus kami patuhi adalah”
- Memberi fokus yang sepenuhnya kepada pemanduan.
- Mendengar arahan jurulatih yang mengendalikan aktiviti tersebut.
- Membrek jika berlaku kecemasan.
- Jangan memandu melebihi had kemampuan diri.
- Berada di bawah khemah bagi mengelakkan cuaca yang panas.

Ujian Pemanduan Bermula
Kami telah dibahagi kepada beberapa kumpulan dan Naz berada dalam kumpulan hijau. Aktiviti pertama kumpulan hijau adalah ke Trek Atas Jalan Raya. Kami menggunakan kenderaan pacuan 4×4 Toyota Hilux yang dipasangkan dengan tayar Michelin LTX Force dan tayar pesaing mereka.

Pada ujian laluan Slalom, Naz diarahkan memandu dalam linkungan 50 – 60 km/j menggunakan kedua-dua kenderaan. Memang Naz dapat rasakan perbezaan yang ketara dari segi pengawalan stereng yang lebih mudah dan belokan yang tidak membuang dengan tayar LTX Force ini. Tidak memerlukan kederat yang lebih apabila membuat belokan ke kiri dan ke kanan dengan pantas.


Tayar MICHELIN LTX FORCE
Keupayaan tayar MICHELIN LTX FORCE ini diaktifkan oleh teknologi CompacTread, di mana penguat dipasang antara blok tapak meningkatkan kawasan hubungan dengan permukaan jalan, untuk pembrekkan dan keselamatan yang lebih baik; teknologi BevelTread, di mana kelebihan sloping bulat memotong puncak bunyi bising pada frekuensi yang sensitif terhadap telinga manusia, dengan itu menyediakan perjalanan yang damai; dan teknologi CushionGuard, yang menyerap ketidaksempurnaan jalan untuk pemanduan yang lebih selesa. Kelasakkan di luar jalan diperhebatkan dengan Extended Sidewall Biting Edge, yang meningkatkan rintangan pada dinding tayar supaya tidak terhakis; ditambah dengan reka bentuk bahu dalam dan terbuka untuk daya tarikan di luar jalan. Seiring dengan tagline nya ” Whatever The Terrain, One Tyre Handles It“, MICHELIN LTX FORCE adalah pilihan terbaik untuk pemandu yang mencari pengalaman memandu terbaik di semua jenis jalan raya.

“Teknologi luar jalan (off-road) pada MICHELIN LTX FORCE berasal dari Kejohanan Rali Dunia (WRC), salah satu rali yang paling mencabar di dunia – dengan itu mempengaruhi falsafah MICHELIN “From Track to Street “. Pada masa yang sama, teknologi di jalan raya meningkatkan prestasi brek di kedua-dua jalan basah dan kering, serta meningkatkan ketahanan. Melalui satu siri ujian yang diadakan di acara itu, pengguna dapat menyaksikan brek MICHELIN LTX FORCE untuk jarak purata 2 meter lebih pendek berbanding pesaingnya di jalan raya, yang merupakan ciri keselamatan penting. Kajian pihak ketiga juga mendedahkan bahawa tayar itu memberikan jarak tempuh sebanyak 35% “tambah Encik Nouvellon.

Selepas itu, kumpulan hijau dibawa ke ujian Trek Luar Jalan Raya. Sekali lagi kami diberikan taklimat keselamatan dan juga sedikit penerangan tentang tayar yang akan kami gunakan selain dari dari LTX Force, iaitu tayar BF Goodrich KO2.

Pada ujian ini kami telah menggunakan Toyota Hilux (Michelin LTX Force) dan Toyota Fortuner (GFGoodrich KO2). Dalam pemanduan tersebut, Naz dapat rasakan perbezaan ketara apabila memakai kenderaan bertayar LTX Force dibanding dengan tayar pesaing.
Pada pandu ujian ini juga, Naz dapat tunjuk ajar cara pemegangan stereng yang betul – ibu jari mesti berada di luar stereng bagi mengelakkan dari ibu jari tersangkut (boleh menyebabkan patah) sekiranya berlaku pusingan mengejut pada tayar ketika melalui laluan tidak rata.

Pusingan pertama kami menggunakan Toyota Hilux yang dipasang dengan tayar LTX Force. Dari segi cengkaman dan juga penyerapan hentakan agak bagus pada tayar LTX Force. Pada pendakian 35 darjah, kami diminta untuk memberhentikan kenderaan seketika dan kemudian melepaskan brek sambil perlahan-lahan menekan pedal minyak. Tiada gelongsoran kebelakang berlaku ketika pedal brek dilepaskan kerana cengekaman tayar tersebut.
Apabila telah melengkapkan 1 pusingan di trek ini, kami bertukar pula ke Toyota Fortuner yang dipasangkan dengan tayar KO2. Ternyata lagi hebat dan lebih mudah pengawalan stereng. Setiap bunga tayar telah bertindak memberi cengkaman dari pelbagai sudut membolehkan kenderaan tersebut bergerak dengan mudah. Cengkaman yang lebih untuk trek di luar jalanraya.
Setelah selesai, kami telah dipandu keluar dari trek tersebut melalui laluan lebih 45 darjah…. bersahaja dengan tayar GFGoodrich KO2!
Kami kemudian kembali ke trek jalan raya bagi menghabiskan ujian trek untuk keselesaan dan pembrekkan. Untuk trek keselesaan Naz diarahkan memandu pada kelajuan 40 – 45 km/j pada rintangan garisan di jalan raya. Dengan tayar LTX Force serapan hentakan yang tinggi dan tidak ketara rasa lambungan serta lebih senyap berbanding tayar pesaing.
Kemudian terus ke ujian pembrekkan… Naz diarahkan menekan minyak sekuat yang boleh untuk mendapatkan kelajuan antara 80 – 85 km/j dan menekan brek sekuatnya untuk memberhentikan kenderaan sepenuhnya. Ibarat seperti pemberhentian kenderaan secara mengejut dan cuba mengelakkan dari melanggar kenderaan di depan. Sungguh mengujakan! Dari ujian ini, dengan menggunakan tayar pesaing Naz telah membrek pada 28.0 meter manakala dengan tayar Michelin pada 26.5 meter. Perbezaan 1.5 meter yang ketara.

Secara purata untuk kesemua peserta pada hari tersebut adalah 1.70 meter.

Ternyata tayar Michelin LTX Force ini sangat sesuai bagi di atas jalan raya (on-road) dan di luar jalan raya (off-road) untuk cengkaman yang serata ketika membrek bagi pemberhentian yang cepat, pengaliran air melalui aluran bunga ketika hujan membuatkan tayar tidak licin, serapan hentakan yang baik menjadikan pengalaman dalam kabin kenderaan selesa dan ketahanan tayar lebih lama dengan teknologi Rally Force.
Saksikan apa yang kami perkatakan selepas mengharungi kesemua trek On-Road and Off-Road…

Harga tayar ini mungkin pada kadar premium, tetapi dengan ketahanan penggunaannya yang lebih lama dan ciri-ciri keselematan yang diberikan, Michelin LTX Force patut dimiliki oleh setiap pengguna SUV dan pacuan 4×4.
MICHELIN LTX FORCE boleh didapati dalam pelbagai jenis saiz- dari 15 inci hingga 18 inci – di cawangan servis kereta TYREPLUS, MICHELIN EXPERT CENTER dan peniaga sah di seluruh negara.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web MICHELIN di www.michelin.com atau laman media sosial facebook MICHELIN dan Instagram MICHELIN.
About MICHELIN
Michelin, the leading tyre company, is dedicated to enhancing its clients’ mobility, sustainably; designing and distributing the most suitable tyres, services and solutions for its clients’ needs; providing digital services, maps and guides to help enrich trips and travels and make them unique experiences; and developing high-technology materials that serve the mobility industry. Headquartered in Clermont-Ferrand, France, Michelin is present in 170 countries, has 111,700 employees and operates 68 production facilities in 17 countries which together produced 187 million tyres in 2016. (www.michelin.com)