honor 9 Lite Dengan Dwi-Kamera Depan Belakang | honor 9 Lite telah dilancarkan penjualannya di Malaysia pada 9 Mac yang lalu secara eksklusif di Shopee Malaysia . Pelbagai tawaran harga yang menarik termasuklah pemberian telefon percuma melalui aktiviti-aktiviti yang diadakan. Telefon honor 9 Lite ini dijual pada harga RM749 dan dikategorikan di bawah telefon bajet. Naz berpeluang untuk menggunakan telefon terbaru ini dan jom kita tengok apa kelebihannya.

Spesifikasi honor 9 Lite
Sebagai telefon bajet ni didatangkan dengan pemprosesan Huawei Kirin 659 2.36GHz teras Octa. Manakala RAM pada 3GB dan storan dalaman sebanyak 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB melalui kad SDmicro).
| Versi Android | : Android Oreo + EMUI 8.0 |
| Pemproses | : Huawei Kirin 659, 2.36 GHz Octa |
| Paparan | : Skrin 5.65 inci dengan paparan : Resolusi 2160 x 1080 dengan 16.7 M colors, 428 PPI |
| Memori | : 3GB RAM dan 32GB ROM memori dalaman |
| Saiz & Berat | : 151 mm x 71.9 mm x 7.6 mm | 149g |
| Bateri | : 3000 mAh |
| Warna | : Sapphire Blue dan Glacier Grey |
Antara ciri ketara yang boleh dilihat pada telefon ini adalah pantulan pada belakang telefon ini. Ia diperlengkapkan dengan kaca yang berkilau dan boleh dibuat seperti cermin muka. Warna Sapphire Blue dan Glacier Grey memang menjadikan pantulan pada kaca tersebut menarik dan mungkin ini salah satu fungsi yang disukai oleh setiap wanita.


Telefon ini agak ringan [ada 149 gram sahaja dan disebabkan belakang dan depannya adalah kaca maka ia menjadikan peranti ini mudah menggelongsor dan jatuh. Jadi sila lah pasangkan dengan cover yang boleh menyelamatkan telefon ini.
Disebabkan Naz dapat unit demo dan dikunci dengan aplikasi “Retail Demo” maka Naz tidak dapat menggunakan peranti ini semaksimumnya. Ini adalah kerana, setiap kali peranti ini di off kan, iklan demo unit akan dimainkan lebih kurang seperti di bawah:
Dwi-Kamera Depan dan Belakang
Untuk bahagian kamera telefon ini agak mewah. Terdapat dwi-kamera depan dan belakang menggunakan 13MP untuk tangkapan normal dan kamera 2MP kedua untuk kedalaman kesan medan.

Naz hanya sempat menguji zoom fokusnya dan juga membuat video untuk salah satu aktiviti blogging Naz di Jalan Jalan Japan.
Untuk fungsi zoom, ketika Naz berada di atas bumbung Sime Darby Convention Centre untuk membuat review restoran D’Atap Gazebo, kelihatan pemain golf sedang menghampiri green di TPC Kuala Lumpur. Naz rasa jarak antara 500 – 700 meter, dan mencuba 4 peringkat fungsi zoom dan inilah hasilnya….



Kemudian Naz menggunakan kamera peranti ini untuk mengambil foto dan video. Untuk video ada dalam dua versi iaitu video biasa dan time-lapse.
Versi Normal
Versi Time Lapse
Kemudian Naz gabungkan dengan menggunakan sostware video maker untuk menghasilkan video ini.
Setakat ini Naz dapat menguji telefon honor 9 Lite ini dan seperti Naz kata tadi tidak dapat menguji sepenuhnya dari segi ketahan bateri dan fungsi lain disebabkan aplikasi “Retail Demo” itu.
Walau bagaimana pun, jika anda inginkan telefon bajet dan mempunyai fungsi kamera yang baik serta fungsi keselamatan seperti imbasan cap jari dan imbasan muka, honor 9 Lite adalah jawapannya.