Rocketfuel Entertainment Dan Eastin Hotel Raikan Rumah Nur Sakinah

Rocketfuel Ent & Eastin Hotel Raikan Rumah Nur Sakinah

Rocketfuel Entertainment Dan Eastin Hotel Raikan Rumah Nur Sakinah |  Seramai 22 orang anak-anak yatim dari Rumah Nur Sakinah diraikan dengan penuh kegembiraan dan keberkatan dalam sebuah majlis berbuka puasa anjuran bersama oleh Rocketfuel Entertainment dan Eastin Hotel di Petaling Jaya. Majlis itu juga diserikan dengan kehadiran beberapa artis terkemuka negara seperti Zizan Razak, Lisa Surihani, Hael Husaini, Syamel, Ara Johari dan seorang pendatang baru, Alif Muhaimin.

Anak-anak Rumah Nur Sakinah

Majlis berbuka puasa Rocketfuel Entertainment ini diadakan dalam konsep penuh santai dan lebih mesra di mana anak-anak istimewa ini dilayan dengan penuh kasih sayang oleh artis-artis di bawah naungan Rocketfuel Entertainment.

Anak-anak Rumah Nur Sakinah2

Anak-anak Rumah Nur Sakinah3

Kata Zizan Razak,

“Selalunya bila ada majlis-majlis amal sebegini, saya tak akan lupa untuk meluangkan masa bersama mereka yang serba kekurangan, lebih-lebih lagi dalam bulan puasa yang penuh rahmat ini. Saya akan pastikan jadual saya tidak begitu padat agar dapat melakukan amalan yang sewajarnya.”

Kata Lisa Surihani pula,

“Bagi Lisa, bulan puasa merupakan masa bagi saya meluangkan waktu bersama keluarga tercinta kerana jadual saya dan suami yang agak padat. Pada hari ini terutamanya, saya rasa sangat seronok kerana dapat meluangkan masa bersama-sama anak-anak comel dari Rumah Nur Sakinah dan berkongsi kegembiraan di bulan mulia ini serta dapat melakukan kerja-kerja amal yang disarankan oleh agama Islam.”

Lisa bersama Anak-anak Rumah Nur Sakinah

Bagi Alif Muhaimin,

“Sebagai pendatang baru, ini merupakan pengalaman pertama melayan adik-adik dari Rumah Nur Sakinah, dan Alif rasa kita patut teruskan majlis sebegini pada masa-masa akan datang.”

Anak-anak Rumah Nur Sakinah dijamu dengan pelbagai juadah yang menyelerakan dan ini merupakan inisiatif Rocketfuel Entertainment bersama Hotel Eastin untuk berbakti kepada masyarakat yang memerlukan disamping dapat menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mereka.

Sumbangan Rocketfuel Ent & Eastin Hotel

Brian Rocketfuel

Menurut Brian Veeriah, selaku Ketua Rocketfuel Records,

“Setiap tahun di bulan Ramadan, saya cuba pastikan agar majlis sebegini dapat diadakan sebagai acara tahunan kerana waktu-waktu beginilah kita dapat giveback kepada masyarakat dan harapan saya In Shaa Allah agar majlis ini dapat mengeratkan hubungan Silaturrahim di antara para artis dengan masyarakat di luar sana.”

Joe Saiful

Hael Husaini

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *