Philips SpeedPro Max Stick Pembersihan Tanpa Wayar Terpantas | Sekiranya anda mendapati kerja-kerja memvakum terlalu remeh dan mengambil masa yang lama, selain pening menguruskan wayar yang panjang, mungkin ini merupakan masa terbaik untuk untuk menaiktaraf kepada sebuah mesin vakum tanpa wayar yang pantas, berkuasa dan mudah digunakan. Jadikan kerja-kerja pembersihan lebih menyeronokkan pada bila-bila masa dan mana-mana tempat dengan pembersih vakum Philips SpeedPro Max Stick, alat pembersih tanpa wayar terpantas dari Philips. Pembersih vakum ini merupakan sebuah peranti sempurna untuk setiap kediaman, menyedut kekotoran dengan mudah menerusi setiap pergerakan ke hadapan dan belakang. Dengan sedutan berkuasanya, singkirkan habuk daripada celah-celah dan sudut; daripada lantai ke permaidani lembut dan kusyen, anda akan sentiasa mendapat hasil pembersihan yang terbaik.
“Kebanyakan pemilik kediaman mahukan pembersih vakum yang efisien, pantas, boleh diharapkan dan mudah dikendalikan serta benar-benar memberikan hasil. Dengan pengetahuan kami yang mendalam mengenai pilihan pengguna, Philips telah menginovasi pembersih vakum SpeedPro Max Stick, pembersih vakum tanpa wayar terpantas[1] kami setakat ini. Tiada lagi kelecehan menguruskan wayar berserabut ataupun terpaksa bersabar menggunakan pembersih vakum tanpa wayar yang tidak memberikan hasil optimum – anda boleh mendapatkan semua ciri yang diingini dengan Philips SpeedPro Max Stick. Di Philips, kami memastikan bahawa inovasi yang terhasil menawarkan penambahbaikan yang mendatangkan perbezaan ketara,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara Philips Malaysia.
Kuasa dan prestasi
Dengan nozel sedutan 360°, Philips SpeedPro Max Stick mampu menarik debu dan kekotoran dari setiap sudut dengan setiap pergerakan, termasuk ke belakang dan pada setiap tepi, supaya setiap pergerakan bermanfaat dalam pembersihan, menggunakan kuasa motor digital PowerBlade yang direka untuk menghasilkan aliran udara yang tinggi dan tidak dapat disaingi (>1000 L/min). Sistem saringan tiga lapis juga memastikan aliran udara yang tinggi bagi tempoh lebih lama dengan mengembalikan hanya udara bersih ke motor pembersih itu. SpeedPro Max Stick juga merupakan vakum batang berkuasa tinggi, memaparkan teknologi PowerCyclone 8 Philips – teknologi pembersihan vakum tanpa beg terbaik kami dalam format batang tanpa wayar untuk memastikan sedutan berkuasa untuk jangka lebih lama. Dengan bateri ion litium 18V berprestasi tinggi, pengguna mendapat sehingga 45 minit masa penggunaan dalam mod Eco atau 20 minit dalam mod Normal serta 14 minit dalam mod Turbo sebelum perlu mengecas alat itu semula.
Fleksibiliti dan inovasi
Philips SpeedPro Max Stick merupakan sebuah vakum fleksibel sepenuhnya dengan sebuah unit Bimbit Bersepadu, Alat Celah dan Aksesori Berus yang boleh dipasangkan dengan hanya satu klik. Unit bimbit yang boleh dicabut juga menjadikan SpeedPro Max Stick dua perkakas dalam satu. Untuk kemudahan berganda, pendakap berus disepadukan ke dalam bahagian tiub, memastikan ianya sentiasa tersedia untuk digunakan. Ingin memastikan anda dapat menyingkirkan kesemua habuk yang tersembunyi di sudut-sudut gelap? Jangan gusar! Lampu yang terdapat di nozel LED akan membantu pengguna mengesan dan menyingkir kesemua habuk, bulu halus, rambut dan cebisan makanan dengan mudah. Memvakum bersih di bawah perabot yang rendah kini bukan lagi satu cabaran yang sukar. SpeedPro Max Stick adalah fleksible dan mudah untuk dikendalikan dengan rekaan istimewa yang meletakkan bekas habuk di bahagian atas, bersebelahan dengan pemegang yang memudahkan kerja. Ini membenarkan pengguna memvakum sudut-sudut rendah dengan lebih mudah, malah sehingga rata sepenuhnya di lantai untuk mencecah bawah perabot yang rendah.
Pembersihan bijak
Selepas memvakum, kebanyakan daripada kita tidak gemar mengosongkan bekas habuk kerana debu sering berterbangan. Dengan rekaan unik bekas habuk SpeedPro Max Stick, pengguna boleh mengeluarkannya dengan mudah dan mengosongkannya dengan bersih tanpa menghasilkan kepulan habuk. Pengguna juga diberi tanda amaran apabila tiba masa untuk membersihkan penapis melalui paparan digital pintar yang turut menunjukkan kelajuan alat dan kadar penggunaan bateri.
Harga dan ketersediaan
Mesin pembersih vakum Philips SpeedPro Max Stick (FC6812/01) ditawarkan pada harga runcit yang disyorkan RM2,059 di Philips Brand Store yang terletak di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur serta di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store dalam Menara Axis, Petaling Jaya; dan Philips Online Shop di https://www.shop.philips.com.my/. Ia juga ditawarkan oleh rakan runcit dalam talian Philips iaitu Lazada di https://www.lazada.com.my/philips-official-store/, Blip.my di http://www.blipmy.com/ serta pusat jualan pengedar lain di seluruh Malaysia.
[1]Philips SpeedPro Max Stick telah diuji pada Januari 2018 berbanding 10 vakum batang tanpa wayar terbaik di Jerman pada tahun 2017, menggunakan lantai keras tanah kasar yang dibangunkan oleh Philips, berdasarkan piawaian antarabangsa IEC60312-1.
[1]Philips SpeedPro Max Stick telah diuji pada Januari 2018 berbanding 10 vakum batang tanpa wayar terbaik di Jerman pada tahun 2017, menggunakan lantai keras tanah kasar yang dibangunkan oleh Philips, berdasarkan piawaian antarabangsa IEC60312-1.
Mengenai Royal Philips
Royal Philips (NYSE: PHG, AEX: PHIA) adalah syarikat teknologi kesihatan pendahulu yang fokus kepada memperbaiki kesihatan orang ramai dan membolehkan hasil yang lebih baik merentas kontinuum kesihatan daripada kehidupan sihat dan pencegahan, kepada diagnosis, rawatan dan penjagaan di rumah. Philips memanfaatkan teknologi terkini dan pemahaman klinikal serta pengguna yang mendalam bagi menyampaikan solusi bersepadu. Beribu pejabat di Belanda, syarikat ini adalah pendahulu dalam pengimejan diagnostik, terapi berpandukan imej, pemantauan pesakit dan informatik kesihatan, di samping kesihatan pengguna dan penjagaan di rumah. Portfolio teknologi kesihatan Philips menghasilkan jualan EUR 17.8 bilion pada tahun 2017 dan mempunyai kira-kira 74,000 kakitangan dengan jualan dan perkhidmatan di lebih 100 negara. Berita mengenai Philips boleh didapati di www.philips.com/newscenter.
salam singgah
https://messarah.blogspot.com/2018/06/keunikan-sabun-cake-organik-100-buatan.html