Siri Lenovo Thinkpad Peranti Kerja Mantap

Siri Lenovo Thinkpad Peranti Kerja Mantap |  Ringan, Berkuasa dan Inovatif adalah antara perkataan yang dapat digambarkan untuk siri Lenovo Thinkpad terbaru dari keluarga X1 dan Siri T! Ya peranti komputer riba terkini keluaran Lenovo untuk kegunaan mereka yang selalu bergerak untuk terus produktif. Lenovo Malaysia memperkenalkan Lenovo Thinkpad X1 Carbon, Lenovo Thinkpad X1 Yoga dan Lenovo Thinkpad T480s pada satu sesi pengenalan baru-baru ini.

Lenovo Thinkpad

Siri ThinkPad Lenovo adalah padanan yang sempurna untuk generasi pekerja alaf baru yang mengutamakan ketersambungan dalam dunia digital walaupun dalam keadaan bergerak. Sama ada mereka bekerja dari ruang kerja atau dalam perjalanan untuk bertemu dengan pelanggan, mereka ini memerlukan peranti yang menawarkan penggunaan teknologi terkini, berprestasi tinggi, dengan hayat bateri yang panjang dan cukup ringan untuk dibawa dengan mudah.

Steven Cheng, Customer Solution Architect of Lenovo Malaysia

Di samping itu, ThinkPad dengan reka bentuk hitam ikoniknya juga dibuat untuk tahan segala jenis keadaan yang melampau. Semua peranti ThinkPad diuji pada tahap 12 keperluan gred tentera bagi memastikan keselamatan dan kecekapan. Sebagai tindak balas terhadap ancaman virus, malware dan penggodam di dunia, siri ThinkPad baru dipertingkatkan dengan ciri keselamatan dan pengesahan seperti privasi kamera ThinkShutter, teknologi cap jari anti-spoofing dan pengiktirafan muka (facial recognition).

Spesifikasi Lenovo Thinkpad Keluarga X1 & Siri T

X1 Carbon

X1 Yoga

T480s

PRESTASI
Pemprosesan Generasi ke-8 Intel® Core™ i7 dengan vPro i7-8650U vPro
i5-8350U vPro
i5-7300U vPro
i7-8550U i5-8250U
Generasi ke-8 Intel® Core™ i7 dengan vPro Generasi ke-8 Intel® Core™ i7 dengan vPro i7-8650U vPro
i5-8350U vPro
i5-7300U vPro
i7-8550U i5-8250U
Sistem Operasi Windows® 10 Pro 64-bit Windows 10 Pro 64-bit Windows® 10 Pro 64-bit
Grafik Intel® UHD 620 Intel® UHD 620 Intel® UHD 620
Kamera 720p HD Kamera dengan ThinkShutter

atau IR Kamera tanpa ThinkShutter,

Kedua-duanya beserta dwi-pelbagai mikrofon.

720p HD Kamera dengan ThinkShutter

atau IR Kamera tanpa ThinkShutter,

Kedua-duanya beserta dwi-pelbagai mikrofon.

720p HD Kamera dengan ThinkShutter

atau IR Kamera tanpa ThinkShutter,

Kedua-duanya beserta dwi-pelbagai mikrofon.

Memori sehingga 24GB DDR4 2133 Mhz*

*bersama Intel Generasi ke-8 CPU

sehingga 16GB LPDDR3 2133Mhz sehingga 16GB LPDDR3 2133Mhz*

*bersama Intel Generasi ke-8 CPU

Storan sehingga 1TB PCIe SSD
1TB Opal 2 PCIe SSD
512GB Opal 2 PCIe SSD
256GB Opal 2 PCIe SSD
128GB SATA3 SSD
sehingga 1TB PCIe SS sehingga 1TB PCIe SSD
1TB Opal 2 PCIe SSD
512GB Opal 2 PCIe SSD
256GB Opal 2 PCIe SSD
128GB SATA3 SSD
Bateri Sehingga 15.6 jam*, beserta 57 Wh RapidCharge

*Berdasarkan ujian MobileMark 2014. Hayat bateri bergantung kepada tetapan, penggunaan dan factor lain.

sehingga 15 jam* beserta 54Wh RapidCharge

*Berdasarkan ujian MobileMark 2014. Hayat bateri bergantung kepada tetapan, penggunaan dan factor lain.

Sehingga 15.6 jam*, beserta 57 Wh RapidCharge

*Berdasarkan ujian MobileMark 2014. Hayat bateri bergantung kepada tetapan, penggunaan dan factor lain.

Audio Dolby® Premium Audio™

Dolby Premium Audio™
REKA BENTUK
Paparan Display14” FHD IPS, FHD IPS touch, WQHD IPS, HDR WQHD IPS with Dolby VisionTM 14” FHD IPS touch, WQHD IPS, HDR WQHD IPS with Dolby Vision™ 14″ FHD IPS, FHD IPS touch, WQHD IPS
Dimensi (L x T x T) 323.5 x 217.1 x 15.95 (mm) 333 x 229 x 17.05 (mm) 331 x 226.8 x 18.45 (mm)
Berat 1.13 kg 1.4 kg 1.32 kg
Pen -tiada- ThinkPad Pen Pro -tiada-
Warna Hitam, Silver (hanya melalui laman e-dagang Lenovo) Hitam, Silver (hanya melalui laman e-dagang Lenovo) Hitam, Silver (hanya melalui laman e-dagang Lenovo)
KESELAMATAN · Match on Chip touch fingerprint reader
· Infrared (IR) Camera for facial recognition
· ThinkShutter,
· dTPM 2.0
· Kensington® lock slot
· Match on Chip touch fingerprint reader
· Infrared (IR) camera for facial recognition
· ThinkShutter
· dTPM 2.0
· Kensington® lock slot
· Fast Identity Online (FIDO) authentication
· Match-on-chip touch fingerprint reader
· IR camera (optional) for facial recognition
· ThinkShutter (with 720p HD camera
· dTPM 2.0
· Smart card reader
· Kensington™ lock slot
HARGA & KETERSEDIAAN

RM6,832

boleh didapati secara dalam talian dan di semua LES di seluruh negara

RM9,939

boleh didapati secara dalam talian dan di semua LES di seluruh negara

RM4,660

boleh didapati secara dalam talian dan di semua LES di seluruh negara

Antara fungsi / kelebihan yang didatangkan untuk Lenovo Thinkpad ini…

  1. Teknologi RapidCharge menyediakan kapasiti bateri sebanyak 80% (sehingga 12 jam) hanya dalam masa sejam pengecasan.
  2. X1 Carbon – komputer riba komersil 14 inci yang paling ringan di dunia, yang membolehkan pengguna membawa ia dengan mudah ke mana sahaja.
  3. X1 Yoga – sangat ringan fungsi 2-dalam-1 dengan 4 mod fungsi fleksibel untuk bekerja (work), persembahan (present), membuat (create) dan sambung (connect).
  4. X1 Yoga – papan kekunci bersaiz penuh dengan pantulan cahaya adalah tahan limpahan dan kekunci akan terbenam secara automatik apabila tidak digunakan sebagai komputer riba.
  5. X1 Yoga – pen stylus yang boleh disimpan di ruang khas (dockable) yang boleh dicas semula apabila disambungkan – hanya 15 saat pengecasan untuk 100 minit penggunaan.
  6. T480s – bateri tahan lama sehingga 15.6 jam dan ciri keselamatan membolehkan fikiran tenang bila mana meninggkalkan ruang kerja anda seketika.

Lenovo X1 Carbon

Lenovo X1 Yoga features

Untuk maklumat lanjut tentang Lenovo Thinkpad ini, anda boleh layari www.lenovo.com/my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *