U Mobile “Giler Unlimited” Postpaid dan Prepaid Terbaik | Pelan-pelan terbaru U Mobile bergelar Giler Unlimited menawarkan data tanpa had bagi semua aplikasi telefon pintar anda pada harga yang tiada bandingannya, iaitu RM50 untuk pelan pascabayar GX50 dan hanya RM30 untuk pelan prabayar GX30.

Ditawarkan padaharga yang sangat berpatutan, Giler Unlimited juga tidak mempunyai batasan masa atau penggunaan, tidak seperti pelan-pelan lain yang terdapat di pasaran hari ini. Dengan itu, para pelanggan boleh strim muzik dan video, menghantar mesej sosial dan melayari media sosial, bermain permainan mudah alih dan strim secara langsung setiap hari pada bila-bila masa tanpa risau.

“U Mobile sentiasa mementingkan penciptaan idea tanpa batasan supaya para pelanggan dapat memaksimumkan pengalaman gaya hidup digital mereka. Kami percaya bahawa Giler Unlimited akan menjadi tanda aras yang baru bagi industri ini kerana anda boleh menikmati data tanpa had bagi semua aplikasi telefon pintar anda setiap hari pada bila-bila masa, bermula dengan harga serendah RM30. Sekali lagi, tiada batasan — hanya pengalaman yang tidak terhad, tanpa risau. Giler Unlimited terbukti tawaran yang terbaik di pasaran,” kongsi Jasmine Lee, Ketua Pegawai Pemasaran U Mobile, mengenai pelan yang unik ini.

Pelan pascabayar GX50, selain mempunyai data tanpa had bagi semua aplikasi, juga mempunyai panggilan tanpa had dan kuota kawasan khas yang PERCUMA sebanyak 5GB. Bagi pelan prabayar GX30 pula, para pelanggan dapat menikmati data tanpa had dengan kuota kawasan khas yang PERCUMA sebanyak 3GB pada harga RM30 sahaja. Ini bersamaan dengan RM1 sehari, tawaran nilai yang terbaik bagi para pelanggan.

Untuk menandakan pelancaran Giler Unlimited, U Mobile telah membina sebuah alam Giler Raya yang penuh dengan karakter-karakter magikal dan luar biasa bagi para tetamunya. Para tetamu juga berpeluang menaiki Karusel U Mobile yang unik.


Pelan-pelan Giler Unlimited ini boleh didapati dari semua kedai U Mobile di seluruh negara mulai hari ini. Untuk maklumat lanjut tentang pelan-pelan Giler Unlimited, sila layari https://www.u.com.my/
Mengenai U Mobile
Di U Mobile, keterujaan pelanggan adalah sumber ilham kami untuk menghasilkan idea tanpa batasan. Kami sentiasa berpaksikan inovasi bagi menghasilkan produk dan perkhidmatan yang dihargai oleh pelanggan. Berbekalkan spektrum tambahan 2x15MHz pada jalur 1800MHz dan 2x5MHz pada jalur 900MHz, serta komitmen untuk mengembangkan jaringan kami, U Mobile berada di kedudukan yang baik untuk menyediakan jaringan yang lebih luas, demi memberi keseronokan dan kebebasan yang tidak terhad kepada pelanggan kami. Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan U Mobile, sila layari www.u.com.my atau hubungi talian perkhidmatan pelanggan U Mobile di 018-388 1318.