Baik Punya Concert 4D di Istana Budaya

Baik Punya Concert 4D Logo

Baik Punya Concert 4D di Istana Budaya |  Selepas Lawak Ke Der 2018 pada Mac lalu, kini Tall Order Sdn Bhd bersama Awie Entertainment Sdn Bhd, DNF Pictures Sdn Bhd dan Vision Works Sdn Bhd bergabung untuk menjayakan Baik Punya Concert 4D di Istana Budaya pada 26 – 28 Julai 2018.

4 Dato Akan Menghiburkan

Tiada unsur judi pada 4D ini kerana ia adalah singkatan kepada 4 Dato’ yang berbakat iaitu Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac yang kembali bergabung untuk konsert mereka iaitu Baik Punya Concert 4D.

Ini merupakan kesinambungan kepada usahasama mereka sebelum ini dalam filem Baik Punya Cilok, Cuci, Buli, serta pertunjukan teater Cuci The Musical, dan Teater Baik Punya Cilok. Ternyata chemistry empat sahabat berbakat ini menjadi dalam menghiburkan peminat mereka.

Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki, Dato’ AC Mizal dan Dato’ Hans Isaac

 

Baik Punya Concert 4D bukan sahaja akan menonjolkan nyanyian, malah konsert ini mempunyai naratifnya yang tersendiri tentang perjalanan hidup empat sahabat ini yang akan dipersembahkan dalam sketsa-sketsa pendek. Jadi siap sedia aje la pasti ada babak yang bakal membuatkan anda tak kering gusi dibuatnya.

Baik Punya Concert 4D di Istana Budaya

Seperti yang mana kita tahu, Dato’ Awie, Dato’ Afdlin Shauki dan Dato’ AC Mizal memang boleh menyanyi kan. Maka ini menjadi satu tugasan yang berat buat Dato’ Hans Isaac. Dengar cerita Dato’ Hans akan ambil kelas vocal dengan Vince lagi. Pada konsert itu nanti, mereka akan diiringi oleh sebuah kumpulan muzik yang diterajui pengarah muzikal terkemuka, Datuk Acis.

Penceritaan Baik Punya Concert 4D pula akan dibantu oleh seorang pelipur lara etnik yang tidak asing lagi iaitu Encik Kamrul Hussin (dari kumpulan muzik tradisional Geng Wak Long).

BPC4D poster

Senarai lagu yang akan dipersembahkan pasti akan membuat penonton turut menyanyi, menari dan bersama menggegarkan panggung Istana Budaya. Dari lagu original muzikal Cuci dan filem Baik Punya Cilok ke lagu-lagu evergreen sehinggalah ke lagu-lagu popular terkini. Baik Punya Concert 4D pasti akan membawa anda melangkaui jalan kenangan zaman-berzaman.

Baik Punya Concert 4D akan menemui penonton pada 26 Julai sehingga 28 Julai 2018 pada jam 8.30 malam di Istana Budaya, KL. Harga tiket bermula dari RM98! Untuk sebarang pertanyaan tentang pakej korporat atau pembelian secara pukal, sila hubungi Tall Order Sdn. Bhd. di talian 03-4253 2241 www.airasiaredtix.com !AirAsiaRedTix - Ticket Price

Istana Budaya

#BaikPunyaConcert4D #DatoAwie #DatoAfdlinShauki #DatoACMizal #DatoHansIsaac #IstanaBudaya #TallOrderSdnBhd #AirAsiaRedTix

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *