Lawak Ke Der 2018 Kembali | Ramai peminat ternanti-nanti siri Lawak Ke Der setelah setahun menyepi dan kini Tall Order Sdn Bhd mempersembahkan persembahan lawak LIVE terbaik Malaysia yang akan dipentaskan di Istana Budaya pada 29 – 31 Mac 2018. Seperti biasa, orang kuat dibelakang produksi ini adalah Dato’ Hans Isaac yang bakat menerbit dan mengarahkan Lawak Ke Der 2018!

Lawak Ke Der pertama pada 2012 dan kini memasuki siri yang ke-6 akan diberikan nafas baru dan akan diwarnai nama-nama besar industry seni Malaysia dan Singapura. Dato’ Hans membawa kelainan sedikit dengan menampilkan sesuatu yang agak menarik dalam persembahan kali ini.

Macam biasa persembahan Lawak Ke Der 2018 mesti ada pengacara kan. Jadi Dato’ Hans masih mengekalkan lagi wanita Melayu terakhir, Sherry Al-Hadad untuk mengacarakan persembahan. Tak cukup Sherry, digandingkan pula dengan Shuk yang memang terkenal dengan aksi-aksi parodinya. Pasti menggamatkan Istana Budaya nanti.

Antara barisan pelawak yang akan menjayakan persembahan lawak LIVE kali ini adalah kumpulan Shiro. Seperti yang kita tahu Ajak dah Sharul sememangnya mempunyai bakat lawak dan juga boleh menyelitkan unsur-unsur kemanusiaan dalam persembahan mereka. Ini merupakan kali pertama mereka diberi peluang untuk bersama persembahan Lawak Ke Der dan kini masanya mereka untuk terus menghasilkan sesuatu yang baru untuk peminat-peminat mereka.

Nama besar dalam komedi lawak tempatan, Dato’ Afdlin Shauki turut bersama dalam persembahan kali ini. Inilah sifu dan otai di persembahan Lawak Ke Der dan telah berjanji akan mengupaskan kisah-kisah hidup Dato’ Hans sebagai bahannya nanti. Bak kata Dato’ Afdlin, selagi Dato’ Hans tidak berkahwin selagi itulah dia mempunyai bahan-bahan untuk lawaknya. Yang pasti isu-isu panas terkini akan diselitkan dalam persembahannya.

Siapa yang tak kenal karakter Phua Chu Kang yang sangat popular dilakonkan oleh Gurmit Singh. Naz memang mengikuti karya-karya beliau sebelum ini antara yang terbaru adalah Hero Singh dalam pementasan Laugh You Die – Road To Putrajaya. Ini agak menarik bagaimana Gurmit akan cuba menghiburkan penonton Istana Budaya yang rata-rata berbangsa Melayu. Awal-awal lagi dia dah kata “Saya tak tau cakap Melayu” dan sangat tertunggu karakter apa yang akan dibawakan untuk persembahan nanti.

Yang paling menarik sekali adalah penampilan Dato’ Zainal Abidin yang terkenal dengan lagu Hijau nya. Dato’ Zainal ini memang seorang entertainer dan persembahannya sebelum ini di Dewan Filharmonik Petronas telah membuat Dato’ Hans memilih beliau untuk sertai barisan pelawak untuk Lawak Ke Der 2018. Menurut Dato’ Hans, persembahan 3 jam beliau memang sungguh menghiburkan dan diselangi dengan lawak beliau yang sangat melucukan. Jadi ini merupakan antara pembaharuan yang ditampilkan kali ini. Jadi kita boleh expect persembahan muzikal komedi dari Dato’ Zainal Abidin.

Naz kongsikan sidang media yang diadakan, dan ini pun dah kelakar dah…..
Hanya 3 hari sahaja bermula 29 – 31 Mac 2018 (Khamis – Sabtu) dan peminat tegar Lawak Ke Der pasti tidak mahu lepaskan peluang ini. Cepat dapatkan tiket anda di AirAsiaRedTix. Harga-harga tiket bermula RM58 sehingga RM208. Ada 15% diskaun diberikan untuk pelajar dan juga warga emas. Untuk sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi 03-42532241.
Jumpa nanti di Istana Budaya untuk menyaksikan Lawak Ke Der 2018!