Samsung Galaxy Note9 Akan Dilancarkan Pada 9 Ogos 2018

Samsung Galaxy Note9

Samsung Galaxy Note9 Akan Dilancarkan Pada 9 Ogos 2018 |  Ia bukan lagi rahsia tapi menjadi suatu penantian untuk melihat apa yang akan Samsung sampaikan dalam Samsung Note 9 yang akan dilancarkan pada 9 Ogos ini. Beberapa teaser telah dikeluarkan sebelum ini dan banyak kemaskini yang bakal didatangkan bersama peranti Galaxy Note9 ini.

Legasi Samsung Galaxy Note

Samsung Note ini dikonseptualisasikan berdasarkan maklum balas dari pengguna dan inovasi, direka untuk memberi inspirasi kepada penghasilan lebih banyak output kreativiti dan penggunaan digital lebih daripada apa yang pernah dibayangkan. Peranti Samsung Note memulakan trend skrin besar dan pen pengkomputeran; dengan matlamat untuk menggabungkan kecanggihan kuasa dan reka bentuk menjadi satu. Mari kita mengimbau secara ringkas dan meneroka evolusi peranti mudah alih yang mencipta kelasnya sendiri semasa era telefon bimbit bersaiz kecil.

[ kredit video: Samsung Malaysia IG ]

Dilancarkan pada September 2011, Samsung melancarkan Galaxy Note yang pertama dilengkapi dengan skrin Super AMOLED HD (800p) 5.3 inci. Ia diperkenalkan ketika semua orang menginginkan telefon nipis, ringan dan lebih kecil dan merupakan trend semasa industri ketika itu. Selain skrin besar, ia memperkenalkan kembali pen stylus dan memberi signature S Pen yang diperbaiki dari segala sudut.

[ kredit video: Samsung Malaysia IG ]

Selepas kejayaan Galaxy Note asal, Galaxy Note2 perlu lebih besar dan lebih baik dalam hampir setiap aspek. Ia memperkenalkan ciri-ciri terbaru seperti ciri multi-window yang meningkatkan produktiviti on-the-go, Air View yang mempratonton kandungan dengan menuding pen di atas skrin dan butang pada S-Pen yang membolehkan fungsi arahan cepat.

Untuk Galaxy Note3, Samsung terus membatasi had untuk peningkatan dalam perkakasan dan reka bentuknya, sekali lagi mencipta banyak perkara pertama dalam siri ini. Saiz skrin melonjak sehingga 5.7 inci dengan resolusi HD penuh 1080p. Dari kamera 8-megapixel pendahulunya, Note3 mempunyai kamera 13 megapiksel di belakangnya yang boleh merakam video 4K, satu ciptaan baru untuk siri ini. Lebih-lebih lagi, reka bentuknya ditingkatkan kepada penampilan premium dengan sokongan kulit beserta jahitan pada sisi.

View this post on Instagram

Time for a change of pace. August 9th 2018. #Unpacked

A post shared by Samsung Malaysia (@samsungmalaysia) on

[ kredit video: Samsung Malaysia IG ]

Galaxy Note4 menjadi kuasa besar sejajar pada zamannya kerana spesifikasi dan ciri-cirinya yang lebih baik. Bukan sahaja ia mempunyai resolusi Quad-HD, sensor cap jari yang tertanam ke dalam butang Home menjadikannya lebih unik lagi. Menampilkan reka bentuk bingkai logam yang memberikan pandangan premium kepadanya, prestasi yang ketara oleh Note 4 pada perkakasannya iaitu kebolehan pelbagai tugas ke tahap yang baru.

Memandangkan semua peningkatan yang tinggi telah ditunjukkan oleh peranti-perantu yang terdahulu, ia sememangnya akan menjadi satu cabaran untuk Galaxy Note5 menjadi yang terbaik. Apabila Galaxy Note5 diperkenalkan ke pasaran, ia menampilkan rupa premium dengan reka bentuk yang menarik melalui bingkai logam dan sokongan kaca, nisbah saiz skrin ke badan yang seimbang, dan kuasa untuk produktiviti melalui perisian yang dipertingkatkan dan S Pen yang dinaik taraf. S Pen mengambil pakai mekanisme pelepas automatik, yang meniru klik pada pen; dan ia juga mempunyai aplikasi Screen Off Memo.

Samsung Galaxy Note8

Selepas itu, Galaxy Note8 datang dengan misi ‘Do Big Things‘. Ia terus menawarkan pengalaman pengguna yang optimum melalui paparan, reka bentuk, dan teknologi inovatifnya. Sehingga kini, 6.3 inci Quad HD + Super AMOLED Infinity Display Galaxy Note8 adalah skrin terbesar Samsung, membolehkan anda melihat lebih banyak dan tidak perlu banyak scroll ke bawah. S Pen membuka ciri Live Messaging yang membolehkan pengguna untuk berekspresi dan berkomunikasi dengan cara yang unik. Ia juga merupakan telefon pintar pertama dengan dwi-kamera belakang 12 megapiksel yang mempunyai ciri penstabilan imej dwi-optik.

Samsung Galaxy Note sudah pasti menjadi tajuk perbualan sejak ia dilancarkannya, sentiasa berada di bahagian atas persaingan. Ia terus menjadi peranti Samsung yang paling berkuasa dan padat dengan ciri yang pertama diperkenalkan berbanding umurnya. Diilhamkan dari konsep apa yang paling penting kepada pengguna, Samsung terus melonjak batas-batas teknologi yang boleh ditawarkan untuk membantu orang mencapai apa yang mereka hajati. Hadir dengan pemikiran masa depan, penciptaan dan kejuruteraan yang paling maju, Samsung Galaxy Note9 akan menentukan apa yang “cukup berkuasa untuk bersaing dengan anda”.

Samsung Galaxy Note9 Akan Dilancarkan 9 Ogos 2018

Nantikan 9 Ogos ini Samsung Galaxy Note9 yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi dan “Banyak yang boleh berubah dalam masa sehari”. Banyak persoalan yang bakal terjawab tentang Samsung Galaxy Note9 – kemaskini terkini, fungsi-fungsi baru, teknologi masa depan dan adakah harga mampu milik…

#SamsungGalaxyNote9 #GalaxyNote9 #Note9 #legasi


About Samsung Electronics Co., Ltd.Samsung inspires the world and shapes the future with transformative ideas and technologies. The company is redefining the worlds of TVs, smartphones, wearable devices, tablets, digital appliances, network systems, and memory, system LSI, foundry and LED solutions. For the latest news, please visit the Samsung Newsroom at http://news.samsung.com.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *