Pelan Postpaid Menarik Untuk HUAWEI nova 3i Dari Syarikat Telekomunikasi | Sebelum ini Naz ada berkongsi tentang pelancaran telefon pintar HUAWEI nova 3i dan 3 pada bulan lepas. Dan kini mari kita tengok tawaran pelan postpaid (pasca bayar) yang menarik untuk HUAWEI nova 3i dari 3 syarikat telekomunikasi di Malaysia ini…

Celcom – Miliki HUAWEI nova 3i PERCUMA

Pelanggan Celcom kini boleh memiliki HUAWEI nova 3i baru secara PERCUMA apabila mereka mendaftar untuk Celcom Mobile Platinum pada RM148 sebulan, di mana mereka boleh menikmati Panggilan Tanpa Had dengan Internet 60GB. Untuk menambah lagi keseronokan, pelanggan juga akan mendapat akses streaming VIP untuk iflix tanpa had. Ada lagi? Celcom juga menawarkan pengguna 100GB Super Video Walla™ percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, sila rujuk di SINI.
Digi – Miliki HUAWEI nova 3i hanya RM1 dan dapatkan data Internet tambahan 60GB secara PERCUMA

Pelanggan Digi boleh membeli HUAWEI nova 3i baru untuk hanya RM1 dengan Digi Postpaid Plan 190 dan 160. Pelan ini memberi hak kepada pengguna Digi untuk menikmati panggilan tanpa had, 100GB dan 70GB masing-masing untuk data internet rumah dan mereka masih boleh berhubung dengan keluarga dan rakan mereka apabila mereka berada di luar negara dengan Data Internet 5GB + panggilan 60 minit secara percuma.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ini, sila rujuk di SINI.
Lebih banyak hadiah untuk pengguna nova di mana HUAWEI bekerjasama dengan Digi untuk mengumumkan pelan data internet 60GB percuma untuk semua pengguna HUAWEI nova 3i baru. Secara eksklusif untuk ahli Digi, tawaran ini boleh digunakan untuk pendaftaran baru, port-in, dan pelanggan Digi Postpaid (mudah alih) sedia ada pada pelan Digi Postpaid 80 dan ke atas, tidak termasuk Pelan Keluarga Digi Postpaid.
Pengguna Digi perlu membeli HUAWEI nova 3i yang baru di mana-mana Experience Store HUAWEI, Zon Display atau peniaga sah, di mana pelanggan akan diberi Kad Keahlian Nova. Hanya dengan mengimbas kod QR yang disediakan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi VIP HUAWEI, menyemak imbas senarai ganjaran dalam aplikasi yang mana mereka berhak, dan klik pada jenama Digi untuk menebus kod promosi Internet 60GB percuma. Terakhir, mereka boleh ke digi.my/nova3 dan memasukkan kod promosi untuk mendaftarkan internet percuma mereka.
Tempoh promosi: 1 Ogos hingga 30 September 2018
Maxis – Miliki HUAWEI nova 3i hanya RM1

Pelanggan Maxis boleh membeli HUAWEI nova 3i baru hanya dengan RM1 apabila mereka mendaftar untuk MaxisONE Plan 158 dengan kontrak 24 bulan. Secara amnya, MOP 158 dilengkapi dengan data Internet 50GB tanpa sekatan hari minggu atau hujung minggu, serta panggilan tanpa had dan SMS. Promosi ini sah dari 28 Julai, 2018.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk DI SINI.
Apa tunggu lagi, miliki HUAWEi nova 3i idaman anda segera dengan pelan postpaid yang menarik ini.