HUAWEI Lancar nova 3 dan nova 3i Dengan Meriah | HUAWEI telah melancarkan HUAWEI nova 3 dan nova 3i, generasi ketiga siri HUAWEI nova. Kali ini pelancaran generasi ketiga nova ini sangat meriah dengan kehadiran ramai artis dan selebriti. Telefon pintar dalam kategori pertengahan ini bakal merevolusikan dunia fotografi AI dengan penawaran kamera 24MP dengan 4 kamera dalam satu telefon pintar.

Spesifikasi nova 3 dan nova 3i
|
nova 3 |
nova 3i |
|
| Paparan |
6.3” FHD+ 2340 x 1080, 409 PPI |
|
| Pemprosesan |
HUAWEI Kirin 970 Octa-core + i7 microprocessor |
HUAWEI Kirin 710 |
| Sistem Operasi |
Android 8.1 |
|
| Memori/Storan |
6 GB RAM + 128 GB ROM |
4GB RAM, 128GB ROM |
| Storan Tambahan |
Sehingga 256GB melalui kad MikroSD |
|
| Kamera Belakang |
24 mega-pixel (mono) + 16 mega-pixel (color), F/1.8 aperture, supports autofocus (deep focus, phase focus, contrast focus) |
16 mega-pixel (color) + 2 mega-pixel (color), F/2.2 aperture, supports autofocus (phase focus, contrast focus) |
| Kamera Depan |
24 mega-pixel (color) + 2 mega-pixel (color), F/2.0 aperture, supports fixed focal length |
24 mega-pixel (color) + 2 mega-pixel (color), F/2.0 aperture, supports fixed focal length |
| Bateri |
3,750 mAh |
3,340 mAh |
| Warna |
Red, Black, Iris Purple |
Black, Pearl White, Iris Purple |

Harga dan Ketersediaan
HUAWEI nova 3 dan nova 3i boleh didapati di Malaysia mulai 28 Julai 2018. Harga untuk nova 3 pada RM1,899 manakala nova 3i pada harga RM1,249. Kedua-dua peranti ini boleh dibeli di semua HUAWEI Experience Store, paparan zon, peniaga sah dan syarikat telekomunikasi utama.
Pada 28 Julai 2018 ini, HUAWEI akan memulakan jualan untuk HUAWEI nova 3i di IOI City Mall, Putrajaya. 1,000 pelanggan pertama yang berbaris di HUAWEI Experience Store IOI City Mall akan menerima fon telinga bluetooth HUAWEI Bluetooth, HUAWEI A2 Band dan Nerd Unit T-shirt, serta barangan jenama bersama yang lain juga ditawarkan bernilai sehingga RM1,000 untuk setiap pembelian HUAWEI nova 3i, sementara stok masih ada.

Sempena dengan roadshow, pembeli baru juga boleh memiliki HUAWEI nova 3i dengan bayaran mudah 12 bulan dengan harga ansuran RM104 sebulan. Ansuran boleh dilakukan dalam enam atau 12 bulan, dan digunakan untuk semua pengguna kad kredit Citibank, HSBC Bank, Public Bank, Maybank, CIMB Bank, Am Bank dan Hong Leong Bank.
Ada banyak lagi keistimewaan jika anda memberli telefon pintar HUAWEI ini. Dengan aplikasi HUAWEI AppGalery, pemilik nova 3 dan nova 3i akan dapat lebih banyak ganjaran seperti diskaun tiket masuk ke Sunway Lagoon, kadar eksklusif gym Celebrity Fitness, langganan premium Viu, kupon Grab RM10 dan banyak lagi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari https://consumer.huawei.com/my/ atau halaman Facebook rasmi HUAWEI www.facebook.com/HuaweiMobileMY.