Festival Filem Vietnam di GSC Ogos Ini

Festival Filem Vietnam di GSC

Festival  Filem Vietnam di GSC Ogos Ini |  Selama hampir 20 tahun, Golden Screen Cinemas sentiasa menjadi penyokong tegar filem dan karya seni sebagai medium dalam memacu pemahaman budaya negara luar. Tahun ini, GSC berbangga dapat berkongsi aspirasi ini dengan penonton mereka di mana GSC akan menjadi tuan rumah pesta Festival Filem Vietnam yang pertama, sempena sambutan perayaan Hari Kemerdekaan Vietnam pada 2 September nanti.

Filem Festival Vietnam Pertama 2018

Ini merupakan acara pertama seumpamanya yang dilakukan oleh GSC di Malaysia, dalam menyiarkan filem bukan arus perdana, dalam bahasa asing atau pun dalam kandungan alternatif seperti konsert muzik, siaran langsung acara, sukan, anime dan sebagainya. Ini akan menjadi acara tahunan GSC dan tentunya bekerjasama dengan kedutaan asing untuk menjayakan projek ini.

Untuk Pesta Festival Filem Vietnam ini, ia dianjurkan dan dihoskan oleh Golden Screen Cinemas Group of Companies, usaha ini adalah komitmen GSC dalam mempromosikan budaya di seluruh negara melalui filem, dan ini tidak akan berhasil jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama dari Galaxy Studio di Vietnam.

Festival Filem Vietnam ini akan berlangsung dari 23 – 29 Ogos 2018 dan akan menyiarkan 5 filem terbaik Vietnam di pawagam terpilih iaitu GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama, GSC Mid Valley Megamall, GSC Paradigm Mall JB (di Johor Bahru), dan GSC Gurney Plaza (di Pulau Pinang)

Filem Vietnam Sempena Festival Filem Vietnam

5 filem terbaik yang akan ditayangkan sempena Festival Filem Vietnam ini adalah:

  • Yellow Flowers on the Green Grass (Tôi Thấy Hoa Vàng Trên Cỏ Xanh)
  • 100 Days of Sunshine (100 Ngày Bên Em)
  • Hello Vietnam ! (Da Co Hoai Lang)
  • My Girlfriend is the Boss (Bạn Gái Tôi Là Sếp)
  • 798TEN (798mười)
Festival Filem Vietnam - Yellow Flowers on the Green Grass
Festival Filem Vietnam - 100 Days of Sunshine
Festival Filem Vietnam - Hello Vietnam !
Festival Filem Vietnam - My Girlfriend is the Boss
Festival Filem Vietnam - 798TEN

Tiket-tiket untuk menyaksikan filem-filem ini bakal dijual bermula 16 Ogos ini dan pada harga promosi RM10 jika menyaksikan filem ini.

Peraduan Festival Filem Vietnam

Berita baik bagi yang akan menonton filem-filem Vietnam ini akan berpeluang memenangi hadiah menarik antaranya percutian di Vietnam. Macam mana nak sertai, senang aje…

  • Dengan setiap pembelian tiket Festival Filem Vietnam ini, anda berpeluang untuk menyertai pertandingan ini.
  • Anda perlu menjawab 2 soalan dan cipta slogan yang paling kreatif.
  • Pada penghujung kempen ini, pemenang akan dipilih secara rawak berdasarkan jawapan yang betul dan slogan yang paling kreatif sekali.
  • Lagi banyak anda membeli tiket, lebih tinggi peluang anda untuk memenangi peraduan ini. Tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dan mengenali hasil karya filem dari negara Vietnam sempenan Festival Filem Vietnam 2018 di pawagam GSC terpilih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *