Pesta Halloween di GSC Sepanjang Oktober

Kempen Screen of Terror

Pesta Halloween di GSC Sepanjang Oktober |  Bersempena dengan keseronokan dan kegembiraan Halloween, pawagam terkemuka di Malaysia, Golden Screen Cinemas akan membawakan pelbagai tawaran yang menakutkan, yang boleh didapati sepanjang bulan Oktober. Dari pemberian gula-gula sehingga kepada penampilan spooktacular dari beberapa raksasa yang paling menakutkan di dunia pawagam, GSC memastikan semua orang menjerit keriangan semasa kempen Screens of Terror.

Sepanjang kempen ini, pelanggan yang menonton mana-mana filem di pawagam terpilih boleh menebus gula-gula semasa memasuki pawagam, hanya dengan menunjukkan keratan tiket mereka kepada kakitangan yang memakai topi sihir dan membawa labu. Digelar Weekend Witching Hour, pemberian gula-gula ini berlaku setiap hari Khamis hingga Sabtu dari 8 malam ke atas di lokasi pawagam terpilih!

Pesta Halloween - Pemberian gula-gula
Weekend Witching Hour

Lebih dari itu, penggemar filem seram juga menunjukkan reaksi ketakutan dan mengambil gambar dengan watak-watak ikonik dari filem seram klasik seperti Freddy Krueger yang terkenal dari Elm Street dan vampire kegemaran semua orang, Count Dracula. Untuk menambah keseronokan, penonton filem juga boleh menyertai Peraduan Instagram Spookiest, di mana penonton filem yang mengambil foto yang paling kreatif berpeluang untuk memenangi beberapa hadiah yang menakjubkan.

Selain itu, terdapat juga aktiviti dan pameran bergerak sepanjang kempen untuk merayakan Halloween dengan cara besar-besaran. Di pawagam-pawagam terpilih dari 13 Oktober dan seterusnya, pelanggan juga boleh mencuba nasib mereka di Trick O’ Treat Pumpkin Booth, di mana mereka boleh membawa balik beberapa hidangan manis dan hadiah yang lazat atau menerima trik menakutkan, sementara stok masih ada. Malah kanak-kanak juga akan dikejutkan dari 19 Oktober dan seterusnya, apabila mereka boleh mengambil bahagian dalam permainan berdasarkan filem, Goosebumps Haunted Halloween, dan memenangi hadiah menarik.

Bulan Oktober akan dipertonton pelbagai filem seram yang dimainkan sepanjang bulan termasuk:

Kempen Screen of Terror GSC berakhir 4 November 2018. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila layari laman web GSC www.gsc.com.my atau halaman Facebook GSC www.facebook.com/GSCinemas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *