OSIM uLove2 Dengan Teknologi Urutan 4 Tangan

OSIM Malaysia

OSIM uLove2 Dengan Teknologi Urutan 4 Tangan |  Semalam Naz berpeluang untuk mengikuti pelancaran OSIM uLove2 iaitu kerusi urutan terbaru dari OSIM Malaysia. Tak sangka pula bila tiba terus dapat tiket penerbangan ke destinasi OSIM Paradise! Katanya kami akan di bawa untuk mengalami pengalaman urutan terbaik dengan OSIM uLove2 seperti berada di kelas pertama penerbangan.

Boarding Pass First Class

Sebaik sahaja tiba masa, kami dipanggil untuk memasuki OSIM Premium Lounge sementara menunggu nombor kerusi kami dipanggil. Kemudian Naz memasuki ruang kabin yang samar-samar terang dengan susun atur kerusi urut OSIM uLove2 yang kemas.

OSIM Premium Lounge
Taklimat sebelum dipanggil masuk

Setiap kerusi mempunyai seorang pelayan ala-ala peramugari yang akan menjaga Naz sepanjang berada dalam kabin tersebut. Dan sebaik semua telah duduk, pengalaman urutan pun bermula….

Seperti berada di kelas pertama penerbangan
Sungguh selesa dan menyegarkan urutan kerusi OSIM uLove2

Kerusi OSIM uLove2

Kerusi urut OSIM uLove2 merupakan kerusi urut terbaharu OSIM yang  mempunyai ciri-ciri revolusi Teknologi Urutan 4 Tangan seperti anda berada di Spa. Inovasi kali ini adalah yang paling terbaik di mana teknologi Urutan 4 Tangan ini menyediakan 4 set roller urutan berkuasa yang direka khas untuk mempunyai fungsi selari mengurut dari atas dan bawah badan anda secara serentak. Mekansime ini sebenarnya mirip dengan teknik cengkaman urutan empat tangan yang dilakukan oleh tukang urut professional di kebanyakan negara di Asia Tenggara.

Teknik ini dilengkapi dengan urutan V-Hand™ yang sempurna bagi melancarkan dan memberi lebih fleksibiliti urutan. Ia berfungsi dengan sempurna seperti urutan cengkaman tangan manusia yang memberi lebih rasa mendalam terhadap titik otot penting. Bola roller yang membentuk 720 darjah juga membolehkan ia berputar 360 darjah di kedua-dua arah dan membantu mencapai kontur badan lebih menyeluruh.

“Pengalaman bertahun saya dalam rawatan urutan ini memberikan saya pandangan jauh tentang keperluan pengguna dan pengetahuan untuk merekabentuk program urutan gaya hidup yang berkesan, ia bukan sahaja memenuhi keperluan tersebut tetapi juga memberi keseronokan,” kata Sato Tsuyoshi, Pakar Urut Kiropraktik Jepun dan pencipta kerusi urut uLove 2.

Kerusi OSIM uLove2 ini diperakui oleh pakar-pakar Chiropractic Jepun

Pengalaman Urutan Kelas Pertama

OSIM telah mengkonfigurasi reka bentuk dan ciri-ciri teknikal kerusi urut uLove 2 untuk memberi pengalaman yang memberi kelegaan dan memanjakan badan seperti yang lain. Program urutan kerusi urut uLove 2 ini telah disesuaikan untuk memenuhi pelbagai keperluan- daripada gaya hidup sibuk sehinggalah mereka yang aktif- dan membantu melegakan kesakitan dan ketegangan otot daripada kepala sehingga ke hujung jari kaki.

Pengalaman Urutan Kelas Pertama

Program urutan uLove 2 memaksimumkan penggunaan teknologi terkini dan canggih, bagi V-Hand dan empat tangan yang membantu memberi kelegaan kepada empat titik utama badan: kepala & leher, leher & bahu, bahagian tulang belakang & punggung, dan punggung & peha.

8 program yang direka khas oleh Sato Tsuyoshi
Aplikasi OSIM uLove2

Anda juga boleh memuat turun program urutan baharu melalui aplikasi kerusi urut uLove 2 secara percuma. Aplikasi uLove 2 dipadankan dengan peranti pintar anda yang membolehkan anda dengan mudah memilih program urutan anda dan menentukan pilihan pengalaman kerusi urut yang sesuai dengan anda.

Antara ciri-ciri menarik uLove 2 adalah sistem audio surround 3D yang canggih, fungsi audio-visual bletooth tanpa wayar ini memberi pengalaman tenang dan santai baharu dan pembesar suara kerusi urut uLove 2 yang diposisikan dengan teliti dan dioptimumkan bagi memberi bunyi menarik serta menenangkan pendengar. Anda juga boleh memuat turun lagu original daripada Aplikasi kerusi urut uLove 2 untuk menikmati pengalaman bunyi yang penuh harmoni.

Kesan bunyi sekeliling yang mantap

Untuk membantu meningkatkan pengalaman hiburan anda, anda boleh menonton video pada peranti pintar anda menerusi Entertainment Stand sambil mencajnya melalui port USB uLove 2.

Entertainment stand
Hiburan ketika menikmati urutan di OSIM uLove2

Rekaan Yang Elegan dan Sofistikated

Apabila menyentuh mengenai estetik atau menarik, kerusi urut uLove 2 ini mempamerkan hasil kerja yang luar biasa dengan penggabungan kulit berkualiti tinggi yang didatangkan dalam pelbagai warna.

Teknologi Urutan 4 Tangan

Kerusi urut uLove 2 edisi terhad berwarna biru ini melambangkan biru langit dan dihiasi dengan lukisan tangan bunga peony khususnya dicipta sempena pelancaran ini, serta dilengkapi dengan cetakan mahkota diraja. Sejak zaman purba, lukisan bunga peony telah dikenali sebagai simbol keberuntungan dan keindahan, ia sesuai dipadankan dengan kesempurnaan uLove 2. Kerusi urut edisi terhad ini juga terdapat dalam pilihan warna merah jambu.

Selain itu, terdapat pilihan warna lain antaranya, Bold Green Sophisticated Brown dan Chic Purple. Setiap warna ini dipilih untuk melengkapi reka bentuk degan lukisan tangan bunga Magnolia ia melambangkan kemuliaan dan kesucian – yang menghiasi sisi kerusi. Diilhamkan oleh rekaan hiasan dalaman popular yang menggunakan palet yang memperlihatkan kehalusan ciptaanya, uLove 2 pastinya melengkapi dan menonjolkan setiap ruang kediaman dan sesuai berada di dalam rumah anda.

Harga dan Ketersediaan

Harga kerusi urut uLove2 ini RM20,888 sebuah. Sepanjang promosi ini pembeli akan menerima tawaran potongan harga hebat dari OSIM Malaysia. Dengar kata akan dapat hadiah percuma menarik dari OSIM.

Pemegang kad kredit Maybank, CIMB Bank, Hong Leong dan HSBC boleh membeli kerusi urut ini dengan bayaran berkala (installment) tanpa faedah sehingga 36 bulan, dan bayaran bulanan bermula dari 377 sebulan.

Nak tahu lanjut, boleh ke 1 Utama Shopping Centre, LG Floor Oval dan pameran ini sehingga 14 Oktober (10 pagi – 10 malam) untuk menikmati pengalaman urutan yang sungguh sedap dengan teknologi urutan 4 Tangan yang mantap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *