K Glam e-Kedai Untuk Produk Kecantikan Dari Korea

K Glam logo

K Glam e-Kedai Untuk Produk Kecantikan Dari Korea |  Bila kita sebut Korea, ramai yang akan berkata tentang artis-artis K-Pop mereka. Tak kurang juga dengan pelakon-pelakon drama mereka yang mempunyai paras rupa yang cantik-cantik. Ramai juga yang tercari-cari produk kecantikan negara tersebut untuk digunakan bagi mendapatkan hasil yang sama. Jadi tak perlu pening mencari lagi kerana kini ada boleh mendapatkannya di K Glam, sebuah kedai maya yang menjual produk kecantikan dari Korea ini.

(Dari kiri ke kanan) Encik Li, Encik Yeon, Encik Chong, Encik Park, Encik, Cik Chin,
Encik Lee, Encik Ho, Encik Yun, Cik Lee bersedia untuk pelancaran rasmi.
(Dari kiri ke kanan) Encik Li, Encik Yeon, Encik Chong, Encik Park, Encik, Cik Chin,
Encik Lee, Encik Ho, Encik Yun, Cik Lee bersedia untuk pelancaran rasmi.

Kino Biotech Malaysia hari ini telah mengumumkan pelancaran K Glam, sebuah e-kedai baru yang menjual produk kecantikan Korea yang eksklusif. K-Glam memberikan kemudahan dan keyakinan kepada para pembeli kerana ia hanya menjual produk kecantikan yang asli dan tulen dari Korea.

Produk kecantikan dari 20 jenama Korea yang boleh didapatkan di K Glam.
Produk kecantikan dari 20 jenama Korea yang boleh didapatkan di K Glam.
Busa pembersih mousse Rose dari EveryShine.
Busa pembersih mousse Rose dari EveryShine.
Pelbagai produk kecantikan yang berbeza dari Enesti Energy Skin.
Pelbagai produk kecantikan yang berbeza dari Enesti Energy Skin.

Majlis pelancaran K Glam dihadiri oleh Pengarah Eksekutif Kino Biotech Malaysia, En Marcus Chong, Ketua Pegawai Operasi, Puan Jennifer Chin dan Penolong Pengurus Besar Jualan & Pemasaran, Cik Winnie Pok.  Juga turut serta adalah 2 pengarah dari KOTRA Kuala Lumpur, En Steve Yeon dan En Jusang Lee.

(Dari kiri ke kanan) Cik Sunnie Tan, Cik Aslina Filza, Encik Marcus Chong, Encik Zed Li, Encik Dylan
Michael D'Silva, Cik Jennifer Chin, Cik Winnie Pok semua menghadiri acara dengan senyuman di
wajahnya.
(Dari kiri ke kanan) Cik Sunnie Tan, Cik Aslina Filza, Encik Marcus Chong, Encik Zed Li, Encik Dylan Michael D’Silva, Cik Jennifer Chin, Cik Winnie Pok semua menghadiri acara dengan senyuman di wajahnya.

Sebanyak 20 jenama kecantikan dari Korea boleh didapati di e-kedai ini dan kebanyakannya adalah jenama baru di pasaran Malaysia.  Antara jenama-jenama ini ialah Cosmetea, Rivecowe, Simplistic, Fascy, RenardBlanc dan Homelec.  Kino Biotech Malaysia menggalakkan pengenalan jenama baru dari Korea di Malaysia kerana terdapat banyak produk Korea berkonsep baru yang belum diterokai oleh pasaran tempatan.

K Glam boleh didapati di platform jualan online seperti 11Street, Lazada, Qoo10, Shopee dan Superdeals.com.my, begitu juga di laman web rasmi Kinohimitsu.  Di masa akan datang, beberapa jenama Korea ini juga akan dijual melalui saluran membeli belah di TV seperti Astro Go Shop.

Kempen promosi K Glam akan berlangsung dari 22 Oktober ke 30 November untuk memperkenalkan jenama-jenama baru ini kepada pelanggan dan menggalakkan mereka untuk mencubanya. Pelbagai tawaran menarik boleh didapati di saluran yang dinyatakan di atas.

Carmen Layrynn, Shini Lola, and Amanda Imani semasa bengkel Try & Tested di mana kelembapan kulit mereka diuji.
Carmen Layrynn, Shini Lola, and Amanda Imani semasa bengkel Try & Tested di mana kelembapan kulit mereka diuji.

Kino Biotech Malaysia telah bekerjasama dengan KOTRA Kuala Lumpur (sebuah agensi kerajaan Korea Selatan untuk promosi perdagangan dan pelaburan) dengan tujuan untuk mencari produk kecantikan yang asli dan mempromosikan jenama-jenama Korea di Malaysia.

Kino Biotech Malaysia berazam untuk menjadikan K Glam sebuah e-kedai yang utama untuk produk kecantikan Korea. Apabila pembeli ingin membeli produk kecantikan dari Korea, mereka seharusnya memilih K Glam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *