Galaxy Note9 Padat Dengan Kuasa dan Tenaga | Setelah sebulan lebih dilancarkan, baru lah Naz dapat merasa menggunakan Samsung Galaxy Note9. Naz diberikan Note9 berwarna biru berserta S Pen kuning yang menjadi foto paparan iklan utama bagi Samsung Galaxy Note9. Jom lihat review ringkas Naz tentang peranti terbaru dari Samsung ini.

Spesifikasi Galaxy Note9
| Paparan | 6.4-inci Quad HD+ Super AMOLED, 2960×1440 (516ppi) |
| Kamera |
Belakang: Dwi Kamera
dengan Dwi OIS (Optical Image
Stabilization) – Wide-angle: Super Speed Dual Pixel 12MP AF, F1.5/F2.4, OIS – Telephoto: 12MP AF, F2.4, OIS – 2X optical zoom, up to 10X digital zoom Depan: 8MP AF, F1.7 |
| AP |
10nm 64-bit
Octa-core processor (Max. 2.7 GHz + 1.7 GHz) 10nm 64-bit Octa-core processor (Max. 2.8 GHz + 1.7 GHz) |
| Memori |
6GB RAM (LPDDR4),
128GB + MicroSD slot (sehingga 512GB) 8GB RAM (LPDDR4), 512GB + MicroSD slot (sehingga 512GB) |
| Bateri |
4,000mAh Fast Charging compatible on wired and wireless Wired charging compatible with QC2.0 and AFC Wireless charging compatible with WPC and PMA |
| OS | Android 8.1 (Oreo) |
Mula-mula macam biasa kita unbox dulu telefon Note9 ini. Dalam kotak ini terdapat…
Secara peribadi Naz rasakan Galaxy Note9 ini terlalu berat, mungkin Naz sudah biasa pakai telefon yang lebih ringan kot. Namun telefon ini dimuatkan dengan bateri 4,000 mAh yang mampu untuk bertahan lebih lama.
Ok Naz tak nak sentuh tentang penggunaan peranti ini untuk produktiviti kerana ternyata ia direka untuk tujuan tersebut. Begitu juga dengan kamera yang menghasilkan foto yang menarik. Untuk kali ini Naz muat turun beberapa permainan yang kapasiti besar. Antaranya seperti FreeFire, Asphalt Legends, Sniper 3D dan bermacam lagi.
Dari segi persembahan peranti Note9 ini sangat bagus kerana mempunyai pemproses 10nm canggih dan sokongan untuk kelajuan rangkaian terpantas yang terdapat di pasaran (sehingga 1.2 gigabit sesaat) untuk aliran dan muat turun cepat. Lihat sahaja permainan Sniper 3D Assassin yang mendebarkan. Memang mengasyikkan bila main permainan yang menguji ketangkasan mata dan tangan. Lihat saja grafik yang menarik, walaupun dalam bentuk kartun tetapi seakan-akan kita berada dalam situasi sebenar. Bila tembakan tidak mengena, membuatkan Naz ingin cuba lagi sehingga berjaya.
Satu lagi bila bermain permainan lumba kereta Asphalt Legends. Permainan ini agak melekakan sebab setiap perlumbaan memberikan kita mata dan habuan sehingga membolehkan kita mendapatkan kereta yang lebih bagus lagi. Disebabkan kuasa bateri yang tahan lama, maka permainan ini tak terganggu dan tak perasan Naz mengadap permainan ini sehingga hampir 3 jam.
Ada beberapa lagi permainan yang dimainkan oleh anak lelaki Naz tetapi tak sempat nak rakam. Memang bersahaja anak Naz main permainan yang ada dan ternyata sangat lancar dan tiada lengahan ketika bermain walaupun sudah berjam-jam.
Galaxy Note9 sudah tersedia mulai 24 Ogos 2018 di Malaysia dan ditawarkan dalam warna Midnight Black, Copper Metallic dengan S Pen yang sama warna, dan Ocean Blue dengan S Pen berwarna kuning.
| Memori | Warna | RRP (RM) |
| 128GB |
– Ocean Blue – Midnight Black – Metallic Copper | RM3,699 |
| 512GB | – Midnight Black | RM4,599 |


