Tashoora Artis Paparan Terbaru Spotify bagi Early Noise 2019

early-noise-tashoora

Tashoora Artis Paparan Terbaru Spotify bagi Early Noise 2019 | Spotify hari ini melancarkan sebuah video istimewa bagi memperkenalkan artis paparan Early Noise 2019 terbaru mereka – kumpulan Indie yang terdiri daripada 5 ahli dari Indonesia, Tashoora. Memaparkan keasyikan single pertama mereka ‘Hitam’, ahli-ahli Tashoora – Danang Joedodarmo, Dita Permatas, Gusti Arirang, Sasi Kirono, dan Mahesa Santoso – menceritakan latar belakang Tashoora serta motivasi mereka untuk menghasilkan muzik.

“Kami ingin bercerita tentang hidup mati hati nurani.” – Tashoora

Menerusi lirik yang membawa maksud mendalam serta memberi impak, Tashoora memaparkan pandangan mereka dalam isu-isu sosial, yang seringkali diambil mudah atau dilupakan. EP ‘live’ mereka berjudul ‘Ruang’ yang dilancarkan pada Disember 2018 mengetengahkan pilihan sukar yang bukan sahaja mencerminkan keperibadian seseorang, malah akan memberi kesan terhadap hidup mereka. Bagi ‘Hitam’ pula, single debut mereka menceritakan tentang isu hukuman mati.

Tashoora Early Noise 2019

Nantikan lebih banyak lagi kandungan mengenai Tashoora di laman Facebook dan Twitter Spotify Indonesia. Sementara itu, mainkan playlist Early Noise 2019: Tashoora di Spotify dan nikmati pilihan lagu yang dipilih khas oleh Tashoora dan kenali mereka dengan lebih mendalam menerusi wawancara audio istimewa di mana mereka berkongsi mengenai muzik, lagu-lagu kegemaran dari Yogyakarta serta matlamat mereka sebagai kumpulan.

Mengenai Early Noise 2019:

Sebagai sebuah platform penemuan muzik baru, Spotify menampilkan muzik tempatan dari setiap genre, rantau, dan generasi berserta muzik dari seluruh dunia. Playlist Early Noise 2019 serta usaha di sebalik inisiatif Asia ini menunjukkan komitmen Spotify dalam usaha mencungkil bakat-bakat baru dan menghubungkan muzik mereka dengan para peminat di seluruh dunia.

Senarai artis Early Noise disusun hasil kombinasi usaha oleh pasukan Spotify yang terdiri daripada pakar-pakar muzik dalaman. Berdasarkan kefahaman yang mendalam pasukan tersebut berkaitan dengan trend industri muzik dan analisis ke atas berjuta-juta data penstriman muzik, kami berupaya mengenal pasti individu-individu berbakat berkenaan untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif Early Noise.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *