Lenovo EduStore Tawarkan Produk Premium Untuk Pelajar dan Pendidik | Lenovo, pengeluar PC terkemuka di dunia telah secara rasmi melancarkan EduStore, sebuah platform e-dagang yang dicipta khusus untuk pelajar universiti, guru dan kakitangan yang berpengkalan di Malaysia untuk membeli produk dan aksesori premium Lenovo dengan harga yang berpatutan.

Platform ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan Lenovo ke arah mesra pelanggan, yang bertujuan untuk membolehkan pelajar dan pendidik memiliki pembelajaran yang lancar dan kreatif dan pengalaman mengajar dengan bantuan alat yang hebat. Lenovo telah memilih produk-produk khusus yang ditawarkan di EduStore untuk memenuhi keperluan pelajar dan pendidik moden yang memerlukan peranti yang mudah alih, membolehkan mereka membuat kod atau mereka bentuk atau mengedit tugasan video mereka.
Memandangkan keperluan pelanggan sentiasa menjadi keutamaan utama Lenovo, penyesuaian produk Lenovo boleh dilakukan dengan lancar mengikut setiap pilihan dan setiap orang. Sama ada untuk kegunaan kerja penyuntingan video atau tugasan yang mudah, para pengguna bebas memilih sendiri spesifikasi yang sesuai untuk bebanan kerja mereka serta pelan belanjawan mereka. Lenovo juga menawarkan penghantaran seawal lima hari perniagaan apabila spesifikasi standard dibeli, menampung gaya hidup pesat pelanggan.
Bagi pelajar dan pendidik yang ingin mendaftar sebagai ahli Lenovo EduStore, sila lawati https://www.lenovo.com/my/en/myedu/ dan mendaftar dengan langkah-langkah berikut:
- Klik https://www.lenovo.com/my/en/myedu/;
- Buka akaun dengan emel pelajar atau e-mel pekerjaan anda;
- Setelah membuka akaun, log masuk menggunakan alamat e-mel pelajar atau pekerjaan anda;
- Layari dan membeli-belah untuk produk premium Lenovo dengan tawaran diskaun khas!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi nombor bebas tol Lenovo Malaysia, 1800-88-5266.