‘NAURA SHARES’ kembali dengan Edisi Haji di Astro NAURA

Astro Naura

‘NAURA SHARES’ kembali dengan Edisi Haji di Astro NAURA | Saluran gaya hidup Muslim kontemporari, ‘NAURA’ dengan berbesar hati mengumumkan sesi ‘NAURA SHARES’ bagi bulan Julai yang bertemakan ‘Haji’ bersempena dengan Aidiladha yang bakal menemui kita lebih kurang sebulan sahaja lagi!

NAURA SHARES banner

‘NAURA SHARES’ merupakan sebuah program perkongsian dari hati yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh intimasi bersama penonton, dan dipersembahkan oleh individu-individu ‘luar biasa’ yang terdiri dari barisan selebriti tanah air dan figura berpengaruh dari pelbagai latar belakang. Menerusi sesi ini, mereka akan berkongsi kisah-kisah penuh inspirasi dan pengalaman bermakna dalam hidup masing-masing.

Barisan panelis NAURA SHARE Edisi Haji

Pertama kali dianjurkan pada bulan Oktober tahun lalu, ‘NAURA SHARES’ kali ini merupakan edisi yang ke-lapan, dan istimewa bersempena dengan kehadiran Aidiladha, sesi kali ini akan diserikan dengan kehadiran barisan selebriti terkemuka tanah air, Neelofa, Adam Corrie dan Atu Zero. Mereka akan turut ditemani pasangan hebat yang pernah mencatatkan rekod berbasikal ke Makkah, Ahmad dan Adilah, di mana pasangan ini akan berkongsi tentang pengalaman melengkapkan ekspedisi ‘Kembara Memburu Hikmah’.

Atu Zero, Neelofa dan Adam Corrie panel NAURA SHARES

Barisan Panelis NAURA SHARES – Edisi Haji

  1. Neelofa, seorang pelakon, pengacara dan usahawan yang berjaya ke senarai ‘Forbes 30 Under 30’ merupakan selebriti yang tidak pernah gagal melawat tanah suci Makkah setiap tahun, bersama-sama keluarganya atau bersama rakan-rakan serta pekerjanya. Dalam sesi ini, Neelofa akan berkongsi tentang pengalaman beliau ke sana, dengan harapan memberi inspirasi kepada anak-anak muda yang lain.
  2. Atu Zero atau nama sebenarnya Sharif Kunal Doli Sharif adalah seorang pelawak, pelakon dan pengacara, yang terkenal dengan penggunaan dialeknya yang sering menjadi hiburan atau ‘punchline’ bagi kumpulan lawaknya, Zero (bersama Sharif dan Syaiful, abang-abangnya). Sebagai pelawak yang sentiasa menghiburkan penonton, dalam sesi ini pula, audiens akan melihat sisi lain Atu, iaitu seorang anak yang amat mencintai keluarga dan agamanya. Beliau akan berkongsi tentang pengalaman pertamanya ke Makkah bersama ibunya, dan hasrat tidak tercapainya untuk membawa ayahnya ke situ. Ayah Atu meninggal pada tahun 2012.
  3. Adam Corrie adalah selebriti yang dikenali sebagai pelakon yang sering membawa watak antagonis. Koreografer profesional yang berada dalam industri perfileman selama 30 tahun ini pernah dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah pada tahun 2017. Sebagai seorang Muallaf, mungkin terdapat banyak perkara yang perlu dipelajari dan gaya hidup yang perlu diubah. Pada sesi ini, Adam bersedia untuk berkongsi pengalamannya dalam mengerjakan Umrah dan ziarahnya dari perspektif seorang ‘saudara baru’.
  4. Ahmad Mohd Isa & Noradilah Mohd Sapie adalah pasangan suami isteri yang terkenal dengan ‘Kembara Memburu Hikmah’ di mana mereka tekad berbasikal ke Tanah Suci Makkah yang bermula dari angan-angan yang beralih kepada pengalaman berbulan madu. Dalam sesi ini, mereka akan berkongsi kisah mereka tentang keajaiban, berkat, niat, dan doa sepanjang perjalanan berbasikal ke Makkah.
Neelofa berkongsi

‘NAURA SHARES’ merupakan suatu inisiatif yang memberikan platform bagi individu-individu ‘luar biasa’ untuk berkongsi cerita mereka yang diharapkan dapat menaikkan semangat dan memberi inspirasi positif kepada audiens dalam perkongsian secara santai dan bersahaja. Antara tokoh dan selebriti ternama yang pernah menerajui NAURA SHARES termasuklah Datuk Prof Dr Che Muhaya, Lisa Surihani, Hanis Zalikha, Aizat Amdan, Fikry Ibrahim, Tya Ariffin, Dr. Mukhlis, Farah Fauzana, Datuk Khairul Anwar Salleh, Caprice, Altimet, Daphne Iking, Shuib Sepahtu, Heliza Helmi, Ardell Aryana, Aliza Kim, Mizz Nina, dan ramai lagi.

Bagi Edisi Haji ini, ‘NAURA SHARES’ akan bersiaran di Astro NAURA (saluran 125) mengikut ketetapan berikut:

ARTIS SIARAN
Neelofa 9 Ogos 2019, 9.00 malam
Atu Zero 16 Ogos 2019, 9.00 malam
Adam Corrie 23 Ogos 2019, 9.00 malam
Ahmad & Adilah 30 Ogos 2019, 9.00 malam

Mengenai Astro NAURA

Astro NAURA (saluran 125) merupakan sebuah saluran gaya hidup Muslim kontemporari dengan tawaran kandungan program Islamik dari dalam dan luar negara. Seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi program yang memaparkan gaya hidup masyarakat Muslim masa kini, dokumentari, program bual bicara santai dan ceramah daripada tokoh ilmuwan terkemuka dari dalam dan luar negara, serta kandungan ringkas lagi padat yang menjawab persoalan asas mengenai Islam. Menariknya mengenai tawaran seleksi program di NAURA, setiap kandungan yang disajikan berpaksikan pada tiga elemen utama iaitu inspirasi, informatif dan hiburan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *