ARISSTO Coffee Tawarkan Espresso dan Teapresso Premium Terbaik | Sejak kebelakangan ini Naz selalu nampak iklan dan dengar cerita tentang ARISSTO Coffee dengan tawaran sewaan RM1 sahaja untuk mesin kopinya. Mula-mula macam tak percaya… tapi apabila Naz ke Malaysia Coffee Fest 2019 di One Utama Shopping Centre baru-baru ini barulah percaya! Memang betul ARISSTO Coffee menawarkan sewaan RM1 sebulan untuk mesin kopi mereka itu yang sangat mudah dan praktikal untuk digunakan di rumah mahupun di pejabat.

ARISSTO Jenama Inovasi Disruptive
ARISSTO adalah anak syarikat 100% dari Kumpulan NEP yang merupakan syarikat induk jenama air penapis DIAMOND. Selain memperkenalkan kopi kapsul revolusi dari Itali, ia juga telah melancarkan pelan sewaan mesin kopi RM1 sebulan yang telah mengejutkan pasaran kopi di Malaysia. ARISSTO Coffee dan mesin kopi adalah salah satu jenama terkemuka di pasaran, yang diterima dengan hampir satu juta pengguna.

ARISSTO telah melancarkan pelan sewaan mesin kopi hanya RM1 sebulan bagi membolehkan rakyat Malaysia menikmati espresson (kopi) atau teapresso (teh) setiap hari dengan mudah. Memang sungguh mudah di mana pemegang kad kredit dan kad debit menikmati mesin kapsul Itali yang inovatif dengan bayaran bulanan sebanyak RM1. Yuran ini merangkumi semua yuran perkhidmatan dan penyelenggaraan untuk mesin kopi, jadi sekarang anda boleh menikmati kopi kapsul terbaik dengan tenang setiap hari.


Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan untuk langganan iaitu Member, VIP dan Gold. Secara asasnya pelanggan hanya perlu melanggan 20 kapsul sebulan (RM2.16 x 20 = RM43.20) dan campur dengan sewaan RM1 untuk mesin kopi, anda perlu membayar hanya RM44.20 sebulan. Nak lagi murah anda boleh pilih pakej VIP atau Gold. Terdapat juga pakej untuk korporat dan boleh lah anda pujuk boss anda untuk sediakan kemudahan ini…. happy staff increase productivity!

Nak langgan mesin kopi ARISSTO ini atau nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi pihak ARISSTO di link ini
ARISSTO Espresso
Kapsul ARISSTO adalah 100% dihasilkan di Itali, yang direka oleh pakar kopi Itali yang menggabungkan teknologi kapsul inovatif dengan biji kopi berkualiti untuk mencipta minuman kopi yang sempurna setiap kali.

Dengan kapsul ARSSTO dan mesin kopi, kopi pilihan anda tersedia dalam masa 30 – 60 saat. Hanya masukkan kapsul ke mesin kopi, tutup dan tekan mula, tunggu sehingga kopi siap…. sangat mudah!



Terdapat 8 kapsul ARISSTO Coffee yang ditawarkan seperti:

Dan dari kapsul ini boleh dicampurkan bagi menyediakan minuman kopi seperti berikut:
- Espresso dari kapsul LUNA
- Cappuccino dari campuran kapsul AMICO dengan COFFEEMILK
- Latte dari campuran kapsul SUNRISE dan COFFEEMILK
- Milk Chocolate dari campuran kapsul CHOCO dan COFFEEMILK
- Mocha dari campuran kapsul PASSION, CHOCO dan COFFEEMILK
- Iced Coffee dari kapsul AMICO dan COFFEEMILK + Ais batu
- Affagato dari kapsul LONELY dan Vanilla Aiskrim
- Untuk cadangan menu minuman kopi boleh rujuk sini
ARISSTO Teapresso
Kini ARISSTO memperkenalkan Teapresso, yang diilhami oleh teknologi stim tinggi yang ditemui dalam pembuatan espressos dan menggabungkan penggunaan teknologi kapsul untuk membuat TeaPresso ini. Ia secara bijak memudahkan dan menggabungkan seni rumit membuat teh supaya semua orang boleh ‘brew‘ teh yang paling sedap pada bila-bila masa, di mana sahaja.

Naz dah cuba teapresso The Queen dan sememangnya sedap diminum terus tanpa gula. Memberikan rasa teh berperisa buah markisa (passion fruit) yang menyegarkan serta menghilangkan dahaga. Bayangkan diolah dengan campuran air batu dan daun pudina pastinya memberikan lebih kenikmatan.

Jadi pengemar kopi mahupun teh, sekarang anda boleh dapatkan minuman kegemaran harian anda di rumah mahupun pejabat dengan mudah dengan mesin kopi ARISSTO dan pelan RM1 sebulan. Tak perlu lagi beratur panjang ataupun membuat pesanan luar. Hanya masuk, tutup, tekan dan minum!
Untuk maklumat lanjut dan berita terkini mengenai promosi ARISSTO Coffee, anda boleh ikuti mereka di…
Lawan Web: https://arissto.com/my
Instagram: https://www.instagram.com/arissto.my
Facebook: https://www.facebook.com/arisstoofficial