Gabungan Tiga Produksi Pamerkan Tarikan Istimewa Di Jepun Menerusi Jalan-Jalan Makan Angin

Jalan-Jalan Makan Angin

Gabungan Tiga Produksi Pamerkan Tarikan Istimewa Di Jepun Menerusi Jalan-Jalan Makan Angin | Hasil pengeluaran bersama tiga produksi hebat antara Hokkaido Cultural Broadcasting Corporation Ltd (UHB), Primeworks Studios dan Kantana Japan telah membolehkan penonton di Malaysia untuk menyaksikan rancangan Jalan-jalan Makan Angin (JJMA) dengan berlatarkan kepulauan indah di Hokkaido, menerusi perjanjian yang diterajui oleh Primeworks Distribution, anak syarikat Primeworks Studios. JJMA merupakan sebuah program travelog yang mempamerkan pilihan penginapan yang unik serta istimewa, destinasi pelancongan menarik dan menyediakan pelbagai maklumat yang perlu diketahui tentang lokasi percutian idaman di seluruh Hokkaido.

Atu Zero dan Akhmal Nazri dalam Jalan-Jalan Makan Angin
Atu Zero dan Akhmal Nazri sebagai hos dalam Jalan-Jalan Makan Angin (JJMA)

Sebuah majlis pengumuman khas telah diadakan di Japan Expo Malaysia, Pavilion Kuala Lumpur pada hari ini bagi meraikan kolaborasi antara tiga syarikat itu. Yang turut hadir untuk majlis tersebut adalah Hideto Nakajima, Penasihat Ekonomi dari Kedutaan Jepun, Jun Oikawa, Pengarah Urusan dan Eksekutif Kanan UHB, Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios dan Hiroaki Takenaka
dari Kantana Japan.

“Kami di UHB sangat gembira dengan hasil kolaborasi bersama dengan Primeworks Studios dan Kantana Japan. Jalan-jalan Makan Angin berjaya menunjukkan keindahan kota Hokkaido dengan gaya penceritaan yang menakjubkan, sesuai ditontoni rakyat Malaysia dan Jepun. Kami berharap program ini dapat memberikan perasaan seolah-seolah penonton berada di Hokkaido walaupun hanya di kaca TV.” Kata Jun Oikawa, Pengarah Urusan dan Eksekutif Kanan, UHB.

Jalan-Jalan Makan Angin - Mr. Hiroaki Takenaka, Executive Producer, Kantana Japan; Mr.Hideto Nakajima, Economic Counsellor, Embassy of Japan; 
Mr. Jun Oikawa, Senior Executive Managing Director of UHB; 
Datuk Ahmad Izham Omar, CEO, Primeworks Studios

Empat episod yang akan ditayangkan bakal menampilkan himpunan bandar-bandar besar di Hokkaido yang terdiri daripada Hokadate, Niseko, Tokachi dan Sapporo, di mana pengacara berpeluang untuk merasakan sendiri kehidupan di negara itu sambil mempelajari pelbagai budaya Jepun, mereka juga turut bertemu dengan beberapa raykat Malaysia yang bermaustatin di Jepun.

“Kolaborasi seperti ini sangat bermakna kepada Primeworks Studios kerana bukan sahaja ianya sebuah perkongsian ilmu antara pihak produksi, tetapi juga mencipta peluang untuk berkongsi gaya penceritaan yang membuatkan kandungan itu menjadi lebih menarik. Kami juga berasa amat berbesar hati dapat menimba ilmu baharu bersama UHB dan Kantana Japan dalam merialisasikan JJMA edisi Hokkaido. Di
masa hadapan, kami berharap untuk melakukan kolaborasi seperti ini lagi.” tambah Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Primeworks Studios.

Jalan-jalan Makan Angin ditayangkan setiap hari Ahad, jam 11.30 pagi di TV3 Malaysia dan juga boleh ditonton semula di www.tonton.com.my . Episod tentang Hokkaido akan mula ditayangkan pada 21 Julai 2019 hingga 11 Ogos 2019.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *