Shopee 12.12 Birthday Sale Pecah Rekod Lebih80 Juta Jualan

Shopee 12.12Logo

Shopee 12.12 Birthday Sale Pecah Rekod Lebih80 Juta Jualan | Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, sekali lagi melakar prestasi yang memecah rekod dengan 80 juta barangan dijual di Shopee 12.12 Birthday Sale. Lebih 80 juta kunjungan telah direkodkan dalam masa 24 jam berikutan pengguna dari seluruh rantau membeli-belah melalui berjuta-juta tawaran pada 12 Disember.

Shopee 12.12 Birthday Sale

Di Malaysia, lebih daripada 600,000 barangan telah dijual dalam sejam pertama. Produk tempatan yang dihasilkan oleh perniagaan mikro tempatan dan usahawan di bawah halaman kempen Beli Barangan Malaysia juga menyaksikan peningkatan pesanan melebihi 70% pada 12 Disember.

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee berkata, “Hasil yang memberangsangkan daripada 12.12 Birthday Sale kami menunjukkan bahawa masyarakat percaya, dan yakin pada Shopee untuk memberikan pengalaman membeli-belah atas talian yang terbaik. Ia juga merupakan petanda bahawa dari segi kepelbagaian produk, perkhidmatan, dan pengalaman pelanggan kami, Shopee melakukannya secara betul. Shopee kini menjadi aplikasi membeli-belah harian pilihan untuk semua penduduk di rantau ini, dan kami komited untuk menjadikan e-dagang mudah dan dapat diakses oleh semua.”

E-dagang pantas menjadi sebahagian daripada aktiviti harian dalam kehidupan pengguna

Shopee pantas menjadi platform membeli-belah atas talian pilihan untuk pengguna di Asia Tenggara dan Taiwan. Menurut laporan e-dagang S3 2019 iPrice, Shopee merupakan laman web e-dagang yang paling banyak dikunjungi di desktop dan web mudah alih di seluruh rantau ini. Ia juga merupakan aplikasi di kedudukan tertinggi dalam kategori Beli-belah mengikut purata pengguna bulanan aktif di seluruh Asia Tenggara.

Pengguna juga semakin bergantung pada Shopee untuk membeli produk harian mereka. Keperluan harian seperti cecair pencuci, pencuci mesin basuh, kotak simpanan kasut dan alat tulis muncul sebagai antara produk paling laris di Malaysia pada 12 Disember.

Shopee 12.12 Birthday Sale Infographics

Di samping itu, pengguna kini menjadi lebih bijak dalam mendapatkan maklumat sebelum membuat pembelian. Sejumlah 180,000 jam direkodkan bagi strim Shopee Live sepanjang tempoh keseluruhan acara, yang menyaksikan pengguna berinteraksi dengan jenama dan penjual kegemaran mereka dalam waktu sebenar untuk mendapatkan maklumat mengenai produk terkini yang hangat di pasaran.

Pada 12 Disember di seluruh rantau:

  • Jumlah lampin yang dijual pada 12 Disember boleh bertahan selama 12,002 tahun untuk seorang bayi
  • Jumlah telefon pintar yang dijual boleh meliputi 3 buah padang bola sepak

Kejayaan Shopee 12.12 Birthday Sale menunjukkan kepercayaan dan penyertaan yang meningkat dalam pembelian atas talian

Kejayaan Shopee 12.12 Birthday Sale juga mempamerkan peningkatan keyakinan dalam membeli-belah atas talian di rantau ini. Pengguna di luar ibu kota juga semakin banyak menggunakan platform atas talian untuk menjual atau membeli produk yang tidak dapat diakses sebelum ini. Bagi acara 12.12 ini, terdapat peningkatan dalam pesanan dari luar bandar utama di rantau ini berbanding tahun lepas. Di Malaysia, pelbagai kawasan dalam negeri Kedah, Pahang, Kelantan, Sabah dan Terengganu mengalami aktiviti membeli-belah yang signifikan. Antara produk paling laris termasuk penapis minyak motosikal, penyegar udara, dan tudung.

Ho mengulas, “Shopee 12.12 Birthday Sale ini menandakan berakhirnya tahun 2019 yang cemerlang. Kami telah merekodkan begitu banyak pencapaian sepanjang tahun ini tetapi apa yang paling menonjol adalah sokongan padu yang kami terima daripada pengguna, penjual, jenama dan rakan kongsi kami. Meninjau ke hadapan bagi tahun 2020, kami akan terus meningkatkan pengalaman membeli-belah di Shopee dan merungkai potensi e-dagang sepenuhnya untuk semua.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *