Citarasa Kampungku Persembahan Restoran Utara Ramadan Ini

Citarasa Kampungku banner

Citarasa Kampungku Persembahan Restoran Utara Ramadan Ini | Ramadhan ini, Restoran Utara Hotel Armada Petaling Jaya mengilhamkan makanan selera ‘kampung’ masakan Melayu dan menjemput anda untuk menikmati hidangan kegemaran klasik Melayu untuk santapan berbuka puasa. Naz dan rakan blogger dan media dijemput untuk menikmati hidangan yang disediakan untuk Ramadan tahun ini.

Citarasa Kampungku - Bufet Ramadan Utara 2020

Bufet Ramadan tahun ini bertemakan “Citarasa Kampungku” akan mempersembahkan kira-kira 100 hidangan yang disediakan khas oleh Chef Eksekutif, Chew Teik Chye dan Sous Chef, Alifah binti Kandar juga dikenali sebagai Chef Mommy. Yang pastinya pelbagai hidangan ini akan menampilkan campuran hidangan istimewa tempatan, Jepun dan Barat yang pasti akan memuaskan selera anda selepas sehari berpuasa.

Chef Eksekutif, Chew Teik Chye

Apa yang anda boleh nantikan adalah jenis-jenis hidangan kegemaran kampung yang semestinya mengembalikan ingatan kepada masakan kegemaran anda di kampung. Antara yang akan dihidangkan sebagai hidangan permulaan seperti Kerabu, Cincalok, Lemang, Pasembor dan Aneka Jeruk. Tak lupa juga pelbagai jenis sambal klasik seperti sambal belacan, tempoyak, budu dan lain pastinya menambah selera makan anda.

aneka jeruk
Sambal kampung

Bagi peminat Kerabu, pastinya rasa seperti dimanjakan dengan seleksi yang mengiurkan seperti Kerabu Mangga, Kerabu Nenas, Kerabu Kaki Ayam, dan Kerabu Udang.

kerabu

Bagi hidangan utama pula anda akan dapat merasakan hidangan klasik Hotel Armada’s setiap Ramadhan seperti Laksa Thai, Bubur Lambuk, Sambal Udang Petai, Ketam Masak Gulai Siam, Ayam Berempah, Ikan Pari Masak Asam Pedas (Kawah), Daging Masak Hitam, Paru-paru Goreng Berlada, Rendang Itik, Sup Tulang Rusuk, Ikan Sembilang Panggang, Pucku Paku Goreng Belacan dan kegemaran sepanjang masa Siput Sedut Masak Cili Padi.

Thai Laksa
Citarasa Kampungku - Sambal Udang
Masak lemak cili api ketam
Paru Masak Berlada
Daging Masak Hitam
Ayam Goreng Berempah
Sup Tulang Rusuk
Masak lemak rebung
Ikan Pari Asam Pedas Kawah

Para penggunjung juga boleh menikmati kegemaran yang disediakan secara depan mata seperti Apam Balik, Daging Panggang, Assorted Satay, Roti Durian dan banyak lagi di gerai-gerai yang dibina di sekitar kawasan Bakar-Bakar.

Tak lengkap la hidangan jika tidak di tutup dengan hidangan pencuci mulut yang terdiri dari kuih Melayu tradisional, pastri Perancis dan hidangan manisan istimewa seperti Pengat Nangka dengan Sago, Ais Cendol dengan Pulut, Bubur Gandum dan Bubur Kacang Hijau.

Ais Cendol
Pengat Nangka
Dessert
Pencuci mulut
Geng kanak-kanak riang yang dah kenyang…

Harga Bufet Ramadan dan Tempahan

Dewasa: RM75 per pax (promosi early bird untuk tempahan awal antara 1 Mac sehingga 19 April 2020)

Sahur: RM20 per pax (dari jam 3.00 pagi sehingga 5.00 pagi)

Citarasa Kampungku - early bird
foto kredit: IG hotelarmadapj

Dewasa: RM90 per pax, Kanak-kanak: RM45 per pax (6-12 tahun) – dari 24 April – 22 May 2020

Citarasa Kampungku - Ramadan Buffet
foto kredit: IG hotelarmadapj

Untuk tempahan, sila hubungi (03) 7954 6888 ext. 4557 Restoran Utara (disahkan Halal) atau 018 222 0824.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *