Bandar Baru Setia Awan Perdana Sediakan Rumah Mampu Milik di Bandar Moden Terancang | Memiliki rumah sendiri merupakan impian semua orang, baik yang bujang mahupun berkeluarga. Namun untuk membeli rumah ketika ini bukan lagi murah bahkan banyak urusan yang perlu dilakukan. Menyedari permasalahan ini Taraf Nusantara Sdn Bhd telah melancarkan projek Bandar Baru Setia Awan Perdana (BBSAP), yang menjanjikan rumah mampu milik di bandar moden yang lengkap dengan pelbagai kemudahan infrastruktur dan komersial.
Bandar yang memiliki 5 fasa pembangunan dengan segala kemudahan moden lengkap ini terletak di Manjung/Sitiawan, Perak. Dibangunkan di kawasan berkeluasan 1,012 ekar menawarkan beberapa jenis rumah seperti Teres 1 tingkat, Semi-D dan Banglo. Jumlah keseluruhan unit rumah yang ditawarkan sebanyak 10,500 unit rumah lot yang disiapkan berperingkat-peringkat.


Fasa 1 dan Fasa2 telah habis dijual dengan harga bermula dari RM135,000 untuk rumah Teres manakala RM188,000 untuk unit rumah Semi-D.




Jangan risau Fasa 3, 4 dan 5 masih ada lagi bagi yang inginkan mendapatkan unit rumah di BBSAP. Dengan unit campuran rumah Teres, Semi-D Cluster dan Banglo menanti anda.

Kenapa Perlu Beli BBSAP?
Selain menawarkan harga rumah mampu milik ini, pihak Taraf Nusantara menyediakan beberapa kemudahan pemilikan seperti tiada bayaran pendahuluan, pinjaman bank 100% (tertakluk kepada terma), tiada yuran guaman dan beberapa lagi kemudahan bagi memiliki rumah di BBSAP. Kini impian memiliki rumah sendiri semakin mudah… nak tahu lebih lanjut memiliki rumah BBSAP ini, boleh hubungi hotline tertera di bawah.
Selain dari itu, kemudahan infrasturktur dan komersial yang disediakan bertaraf 5 bintang dan terancang yang bakal memberikan gaya hidup yang lengkap tanpa perlu keluar dari kawasan Sitiawan ini. Tak perlu untuk keluar dari BBSAP kerana semuanya ada di sini. Antaranya adalah seperti berikut:
Kemudahan Infrastruktur dan Komersial:
- Masjid dan surau di setiap fasa perumahan
- Sekolah
- Bangunan Majlis Perbandaran
- Balai Bomba
- Stesen minyak
- Bangunan lot-lot komersial

Kemudahan Rekreasi:


- Rumah Kelab BBSAP yang eksklusif (yang boleh digunakan oleh penduduk BBSAP)
- Kolam renang bersaiz Olimpik
- Lapangan pukulan Golf (driving range)
- Dewan Badminton
- Gim dalaman dan luaran
- Tapak permainan kanak-kanak
- Dewan serbaguna
- Trek berbasikal
- Trek larian
- Gelanggang Bola Keranjang
- Gelanggang Tenis
- Taman Maze
- Taman Eko Pertanian
Naz dan rakan media turut membuat lawatan ke tapak projek perumahan ini bagi meninjau dengan lebih dekat lagi fasa pembangunan yang terkini. Fasa 1 sudah siap dan sudah mula diduduki oleh para pembeli.

Kami juga telah ke rumah lagenda sukan tanahair, iaitu Datuk Haji Misbun Sidek yang membeli rumah teres fasa 1 ini, yang betul-betul berhadapan dengan clubhouse BBSAP ini.

Ruang Tamu dan Makan 
Bilik Tidur Utama 
Bilik Air 
Bilik Tidur Ke-2 
Bilik Tidur Ke-3 
Ruang Dapur 
Bestkan dapat ruang makan yang selasa macam ini
Fasa 2 juga telah siap pembinaannya dan kini menunggu untuk mendapatkan Certificate of Completion and Compliance (CCC) sebelum membuat penyerahan kunci kepada pemilik.
Pelaburan yang menguntungkan?
Bagi yang ingin membuat pelaburan, memiliki rumah ke-2 di BBSAP bakal memberikan potensi pulangan yang baik. Dalam 5 tahun akan datang apabila ke semua fasa BBSAP telah siap, ia bakal menjadi tumpuan sebagai sebuah bandar yang maju di Sitiawan, Perak. Tambahan pula dengan hubungan Lebuhraya Pantai Barat (West Coast Expressway (WCE)) yang dijangka siap pada 2021, akan memendekkan perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sitiawan hanya dalam 90 minit sahaja berbanding 3 jam sekarang.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi tentang projek perumahan mampu milik Bandar Baru Setia Awan Perdana bolehlah menghubungi mana-mana saluran di bawah ini:
Setia Awan Gallery
No. 131, Persiaran PM2/1, Pusat Bandar Seri Manjung Seksyen 2, 32040 Seri Manjung, Perak, Malaysia.
Opening Hours
Monday to Friday: 9am – 8pm
Saturday: 9am – 4pm
Sunday: 10am – 5pm
Public Holidays: 10am – 2pm
Hotline
+605-6882222
+605-6888882
+6012-6492722
Laman Web:
Naz ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Taraf Nusantara Sdn. Bhd., wakil BBSAP (Mr. Arthur, En. Farid, En. Hafiz dan lain-lain) serta Intelectasia Consultancy atas peluang menyertai lawatan media ke BBSAP.

Mediatrip #BBSAP #BBSAPMedia #RumahMampuMilik #ProjekPerumahan #SemiD #Teres #Manjung #Sitiawan #TarafNusantara #WCE #lifestyles #modernleaving #nazlannasirdotcom
Tentang Taraf Nusantara Sdn Bhd

Taraf Nusantara Sdn. Bhd. merupakan satu-satunya syarikat pemaju di Perak yang mengkhususkan dalam pembinaan rumah mampu milik. Dengan lebih 5 tahun pengalaman dalam pembinaan projek perumahan mampu milik, Bandar Baru Setia Awan Perdana dan LAGENDA Teluk Intan telah berjaya memenuhi keperluan rakyat Malaysia terhadap rumah mampu milik.
Dua projek perumahan tersebut merupakan bukti komitmen Taraf Nusantara dalam membina rumah mampu milik yang berkualiti untuk masyarakat umum dengan kemudahan infrastruktur moden yang menaikkan taraf kehidupan.
Taraf Nusantara berhasrat untuk mengungguli industri pembinaan projek perumahan mampu milik yang akan memanfaatkan golongan B40 hingga M40 dalam memiliki rumah sendiri di Malaysia. Dalam masa terdekat, Taraf Nusantara akan meluaskan pembinaan projek perumahan mampu milik di lokasi lain di Semenanjung Malaysia untuk memenuhi permintaan masyarakat umum.





