Bertahun-tahun Bayar dan Pakai Servis Internet & WiFi Di Rumah Rupanya Tipah Tertipu | WiFi lembab sangat, WiFi tak boleh connect, nak surf YouTube buffer memanjang je, bila buat siding video asyik lag je nie… Inilah situasi Naz rasakan dengan perkhidmatan internet & WiFi di rumah (fiber home broadband services) sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak Mac tahun lalu. Apa puncanya tak tahu tapi dah beberapa kali Naz buat aduan.

Sebelum berlakunya PKP, penggunaan perkhidmatan fiber broadband di rumah Naz hanya untuk sambungan kepada TV (bagi Netflix dan YouTube) dan capaian internet untuk telefon pintar serta komputer riba. Sebelum ini tak pernah pun peduli sangat tentang berapa kelajuan internet yang dibekalkan, asalkan bila sampai di rumah Naz akan sambungkan telefon pintar ke capaian WiFi di rumah. Ada nampak simbol WiFi menyala, kira dah connect la tu.
Tetapi ketika tempoh PKP, semua ahli keluarga Naz ada di rumah dan menggunakan perkhidmatan fiber home broadband ini untuk tujuan pembelajaran dan pekerjaan. Dan ketika inilah baru Naz sedar ada kekurangan dengan prestasi perkhidmatan internet yang dibekalkan. Mana tak, bila kena berhubung melalui sesi sidang video dengan bos aje asyik lambat nak connect atau akan ada lag. Bermula dari sinilah Naz telah menelefon pihak penyedia perkhidmatan ini untuk memeriksa dan memperbaiki prestasi sambungan internet. Beberapa langkah telah dicadangkan oleh mereka, antaranya:
- Membuat port reset dari pihak penyedia perkhidmatan atau but semula (reboot) kepada peranti di rumah Naz;
- Apabila mula terasa internet menjadi perlahan (slow), mereka akan menyuruh Naz reboot modem untuk tujuan refresh semula kelajuan internet;
Inilah yang sering Naz lakukan sehingga lah ada rakan yang menegur tindakan Naz ini. Rakan Naz tersebut telah menasihatkan Naz untuk menelefon Encik Mazlan dari Power Link Transmission Sdn Bhd untuk mendapatkan khidmat nasihat berkenaan perkara ini.
Jadi Naz pun menelefon la beliau dan bertanyakan tentang isu ini. Terus Encik Mazlan membuat tawaran untuk memberikan demo di rumah Naz sendiri. Mula-mula tu risau gak la kan nak terima offer dia, karang tak pasal-pasal kena bayar beratus ringgit untuk demo tu. Sekali En. Mazlan terus sambung bagitau… “jangan risau, demo ni PERCUMA saja” (macam dia boleh baca plak apa yang ada dalam kotak fikiran Naz). Jadi tanpa melengah masa Naz terus buat temu janji dengan beliau.
Ujian capaian kelajuan (Speed Test) Internet tidak menjanjikan prestasi sebenar
Sebelum En. Mazlan tiba, Naz dah buat ujian kelajuan internet yang sedia ada, maklum la nak buat perbandingan sebelum dan selepas. Inilah bacaan yang Naz dapat pada sebelum temu janji tersebut.

Setibanya En. Mazlan, dia memberikan beberapa penerangan tentang demo yang akan dilakukan. Pertama sekali, beliau menasihatkan ujian capaian kelajuan yang dibuat ini hanya sekadar mengetahui berapa kelajuan yang boleh dicapai dibandingkan dengan pakej yang dilanggan.
Ujian 1 – capaian kelajuan terus dari peranti Router tanpa melalui WiFi dari peranti Router yang dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan:
Ujian 2 – capaian kelajuan melalui WiFidari peranti Router yang dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan:
Ujian 3 – capaian kelajuan melalui WiFi dari peranti Access Point (AP) yang dibawa oleh En. Mazlan.

Dari 3 ujian capaian kelajuan dibuat, En. Mazlan memberitahu sepatutnya Naz tiada masalah menggunakan perkhidmatan fiber home broadband ini. Naz senyum besar, tiba-tiba keluar statement ini pulak dari beliau “ujian capaian kelajuan ini tidak memberi makna jika pengalaman penggunaan WiFi nya tidak memuaskan”. Terus jadi confius Naz!
En. Mazlan terus membuka aplikasi YouTube untuk melihat prestasi WiFi menggunakan peranti Router yang dibekalkan oleh penyedia perkhidmatan. Beliau memilih Video 4K dan dengan serta merta video tersebut dipaparkan. Kemudian En. Mazlan terus melangkau ke depan video ini beberapa kali… terdapat sedikit buffering yang tidak begitu ketara dan video terus bersambung. Inilah pengalaman yang ingin ditunjukkan bila menggunakan WiFi, Naz tidak mengalami buffering yang lama (lebih dari 5 saat ke atas) sehingga menjejaskan keasyikkan menonton video kegemaran kita. Baru la faham apa yang dimaksudkan dengan statement di atas tadi.
Terus Naz disuruh cuba log masuk menggunakan peranti Access Point PLT dan cuba merasai pengalaman melayari Instagram dengan penuh kelancaran tanpa sebarang buffering. Siap kena sound takut nak scroll laju-laju…….. tapi ternyata semua posting yang di scroll tersebut terus dimuatnaik serta merta tanpa terhenti-henti. Terus ter impress situ…..
Setiap rumah mungkin ada “Dead Zone”
Kemudian Naz disuruh untuk mencari kawasan yang mendapat capaian WiFi yang paling sedikit atau tiada langsung (dead zone) dan cuba layari YouTube. Kawasan yang dikenal pasti ada di bahagian belakang rumah iaitu kawasan tambahan rumah yang dijadikan sebagai laundry area. Di sini capaian WiFi dari Router sedia ada memang agak lemah dan bila layari YouTube (video 4K) ternyata hampa. Ini disebabkan oleh halangan yang ada dalam jarak 10-meter lebih samada dinding, gangguan eletromagnetik lain seperti microwave atau peti sejuk, dan mungkin juga jenis cat dinding yang digunakan menyebabkan penurunan atau halangan terus kepada capaian WiFi tersebut. Ini satu ilmu baru buat Naz sebagai pengguna untuk teknologi WiFi ini.
Langkah seterusnya, menggunakan capaian WiFi dari Ruckus Access Point. Kita masih di laundry area, dan sama juga kita layari YouTube (video 4K) untuk lihat prestasinya. Memang terbaik video 4K distrim dengan lancar dan apabila dianjakkan ke hadapan beberapa kali masih terus lancar.
En. Mazlan turut menerangkan bagaimana hendak mengoptimumkan capaian WiFi dengan merancang posisi router supaya berada di tempat yang paling strategik untuk memberikan liputan yang lebih menyeluruh dan mengurangkan dead zone. Seperti kes Naz, fiber cable masuk di hadapan rumah dan di pasang di ruang tamu. Maka kedudukan router di hadapan menyebabkan berlakunya capaian yang lemah untuk bahagian rumah paling belakang sekali. En. Mazlan turut menunjukkan di mana posisi yang paling ideal dalam rumah Naz untuk mendapatkan liputan yang menyeluruh…… even jiran pun boleh kiri kanan pun boleh turut gunakan WiFi ini.
Mitos yang selalu diomok-omokkan
Yang paling best adalah alasan yang diberikan apabila internet menjadi slow di waktu puncak (biasanya jam 8 malam ke atas) dan kita tidak dapat melayari YouTube, strim Netflix atau main game online seperti PUBG, MLBB dan sebagainya dengan lancar. Tahu apa alasannya…. “sebab dah ramai orang menggunakan internet pada ketika / waktu itu di kawasan anda menyebabkan sesak (congestion). Rupanya alas an ni MITOS semata-mata.
Ini berlaku sebenarnya disebabkan penggunaan orang yang berada di dalam rumah anda sendiri yang ramai dan/atau peranti router yang tidak efficient menyebabkan berlakunya perkara sebegini. Itu pentingnya mendapatkan peranti yang bagus seperti Ruckus Access Point yang dicadangkan oleh En. Mazlan. Ia merupakan gred Enterprise yang digunakan oleh badan korporat kerana keupayaan dan kualitinya yang tinggi. Dan semestinya produk ini harus dipasang mengikut standard yang ditetapkan bagi menjamin prestasi yang maksimum seperti dijanjikan.
Solusi yang padu dan #FutureProof
Memang En. Mazlan ni agak berani untuk memperkenalkan solusi sebegini ke peringkat pengguna individu di rumah. Ini semua disebabkan perubahan yang kita alami dari kesan pandemik Covid-19 yang memerlukan solusi sebegini di rumah untuk kelangsungan dalam menjalankan tugasan sebagai pekerja (Work from Home) dan juga anak-anak kita sebagai pelajar dalam menjalani pembelajaran secara dalam talian yang sungguh mencabar ini.
Bayangkan demo yang sepatutnya cuma mengambil masa dalam kurang dari 30 minit bertukar menjadi sehingga hampir 2 jam disebabkan Naz ingin tahu lebih lanjut tentang perkhidmatan internet & WiFi ini. En. Mazlan tidak kedekut untuk berkongsi ilmu, malah siap suruh Naz cuba untuk mendapatkan servis demo seperti yang ditawarkannya (secara PERCUMA) ini dari kedai-kedai IT di luar sana untuk solusi di rumah Naz. Silap-silap Naz hanya disuruh beli dan pasang sendiri tanpa jaminan masalah yang dihadapi boleh selesai.
Kalau nak cerita memang panjang lagi tapi boleh rujuk kepada video yang Naz dah buat ini untuk panduan anda yang mungkin mengalami masalah yang serupa dengan Naz atau lebih teruk lagi.
Demo percuma tiada paksaan
Sebagai rangkuman, jika anda ada sebarang masalah berkaitan dengan perkhidmatan fiber broadband di rumah anda, Naz syorkan anda hubungi En. Mazlan untuk mendapatkan Demo Percuma dan khidmat nasihat beliau tentang masalah anda. Jangan risau, tiada paksaan untuk anda beli peranti yang digunakan melainkan anda rasa perlu bagi menyelesaikan permasalahan yang anda hadapai.
Nota Penting: En. Mazlan buat masa ni hanya memberikan DEMO PERCUMA di kawasan Lembah Klang saja. Bagi yang di luar kawasan jika ada masalah boleh juga mendapatkan perkhidmatan En. Mazlan, melalui syarikatnya Power Link Transmission Sdn Bhd dengan menghubungi beliau di talian +6 019 2307867.
Jangan jadi Tipah Tertipu
Bayar servis perkhidmatan internet & WiFi tiap-tiap bulan yang tinggi tapi tak dapat menggunakan servis dengan baik atau semaksimum mungkin. Tak ke itu kira Tipah Tertipu kan…
Semoga perkongsian Naz ini dapat memberikan pemahaman yang baik kepada anda tentang servis internet & WiFi untuk pengguna di rumah.

Oh ya, anda boleh hubungi En. Mazlan di talian:
- +6 019 2307867
- +6 019 2307867
- +6 019 2307867
Atau jika anda malu nak bercakap, boleh juga WhatsApp beliau di pautan berikut:
- http://www.wasap.my/+60192307867/tolong+la+datang+demo+free
- http://www.wasap.my/+60192307867/tolong+la+datang+demo+free
- http://www.wasap.my/+60192307867/tolong+la+datang+demo+free
Untuk maklumat lanjut, anda boleh juga:
- Layari Web: http://www.plt.com.my
- Hantar Email: sales@plt.com.my
- Follow Instagram: https://www.instagram.com/powerlinktransmissionmsb/
- Follow Facebook: https://www.facebook.com/fiberpowerlinktransmission
Tentang Power Link Transmission Sdn Bhd Kami memperkasakan pautan Telekomunikasi anda dengan solusi penyelesaian untuk Penghantaran Berkualiti Tinggi. Kami telah mengambil inisiatif untuk menyediakan dan menawarkan kemudahan utama ini yang memainkan peranan penting dalam membina rangkaian Fiber Optic, FTTH / x, Copper, Wireless dan WLAN yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai. Kami merupakan pengedar sah COMMSCOPE.