Mydin Mart @ Market Hall Pudu Kini Di Buka | Mydin Mart merupakan pasaraya terbaru di kawasan Pasar Pudu dan terletak di aras 3 dan 4 Bangunan Market Hall. Pasaraya tersebut telah dirasmikan pada 7 Mac yang lalu oleh Tuan Ahimmat Mydin (Pengarah Eksekutif) dan ini merupakan cawangan Mydin Mart yang ke-6 dibuka.

Bangunan Market Hall yang dibangunkan oleh Nihon Properties Sdn Bhd, terletak di tengah-tengah kawasan perdagangan yang rancak di Pasar Pudu. Ia merupakan pusat membeli-belah terbaru di kawasan Pasar Pudu dan memilih Mydin Mart sebagai penyewa utama (anchor tenant) di situ. Mydin Mohamed Holdings Berhad telah melabur sebanyak RM6 juta bagi Mydin Mart ini yang mempunyai keluasan 19,000 kaki persegi.
Mydin Mart ini, seperti juga rangkaian Mydin yang lain, menawarkan barangan keperluan harian pada harga yang murah. Menurut Tuan Murad Ali Mydin (Pengarah Eksekutif), barangan di Mydin lebih murah jika dibanding dengan pasaraya yang lain. Jika anda membeli barang keperluan bulanan, jumlah keseluruhan yang anda bayar boleh mencapai antara 15% – 20% lebih murah berbanding jika belanja di pasaraya yang lain. Seperti Silence Blog kata boleh beli dengan harga borong.

Terdahulu Tuan Ahimmat telah melancarkan cawangan ini dengan memotong riben sebagai tanda kedai telah dibuka dan menjadi pelanggan pertama membeli-belah di situ.



Jenama Sendiri
Selain memasarkan barangan dari jenama lain, MYDIN turut mengeluarkan barangan jenama mereka sendiri. Ia lebih murah tetapi mempunyai kualiti setanding dengan jenama-jenama besar yang lain.

Program Ganjaran Meriah MYDIN
Kad Meriah ini merupakan tanda terima kasih pihak MYDIN kepada pelanggan yang setia bersama mereka. Setiap kali pelanggan berbelanja di MYDIN mereka akan diberikan mata ganjaran yang boleh dikumpul dan ditebus dalam bentuk Baucar MYDIN atau barangan di kaunter khidmat pelanggan MYDIN. Yang menariknya mereka boleh mengumpul mata ini jika berbelanja di mana-mana MYDIN Hypermarket dan Emporium.

Setiap ringgit yang pelanggan berbelanja di MYDIN, mereka akan mendapat mata ganjaran; RM1 = 1 Meriah point. Tinggikan mata ganjaran yang diberikan. Kad ini hanya RM5 setahun dan boleh diperbaharui setiap tahun. Untuk maklumat lanjut tentang Kad Meriah ini adalah boleh rujik di SINI.
Selesai majlis NaZ dan rakan blogger lain mengambil kesempatan untuk bergambar bersama Tuan Ahimmat Mydin yang begitu sporting melayan kerenah kami.

Untuk sebarang informasi, promosi dan pertanyaan mengenai MYDIN boleh merujuk kepada Jabatan Pemasaran dan Komunikasi atau layari media sosial MYDIN Malaysia seperti berikut:
No. Telefon: 03 – 8073 6000 Laman Web: www.mydin.com.my Facebook: www.facebook.com/MydinMalaysia Twitter: www.twitter.com/MydinMalaysia Instagram: www.instagram.com/MydinMalaysia
Bestnya bro pi review besaq2. hihihi