PANDORA Spring Collection 2014 | Koleksi Musim Bunga 2014

 

PANDORA Spring Collection 2014 | Koleksi Musim Bunga 2014 | Keindahan musim bunga kini terasa dengan kelembutan warna-warni bunga-bungaan dan kegembiraan rama-rama berterbangan lalu menginspirasikan koleksi musim bunga 2014 PANDORA.

Keayuan serta kelembutan wanita menjadi lambang kepada koleksi yang exquisite dan barang hiasan mewah mampu milik ini dihalusi dengan penghasilan tangan dari logam berharga dan dihiasi batu permata berkilau.

 

Pada 13 Mac yang lalu bertempat di Taman Mahsuri Courtyard, Hotel The Royale Chulan Kuala Lumpur berlangsung pelancaran PANDORA Spring Collection 2014. Kawasan Taman Warisan dihiasi dengan bunga-bunga putih mengikut konsep musim bunga yang sungguh menarik.

Kisah Tatie - Pandora Spring Collection 2014
Taman Mahsuri dihiasi bunga-bunga putih seperti musim bunga…
[ kredit foto: kisahtatie.blogspot.com ]

Pada majlis perlancaran tersebut diserikan lagi dengan Patricia K menjadi hosnya… sememangnya dia cantik dan pandai mengendalikan majlis.

Patricia K
Patricia K selaku hos pada majlis ini.

 

My Design, My Story

Menurut Datin Zarida Noordin, Pengarah Urusan PANDORA Malaysia, setiap wanita ada cerita mereka tersendiri yang boleh dibanggakan, pelbagai personaliti yang ingin diraikan dan saat-saat manis dalam hidup mereka yang ingin dipaparkan. Dengan itu PANDORA memberikan setiap individu peluang yang unik bagi mengukir cerita mereka melalui kepingan khusus pada barangan kemas. Sinonim dengan cogankata mereka “Unforgetable Moments” dan juga tag line mereka “My Story, My Design”

Datin Zarida Noordin
Datin Zarida Noordin, Pengarah Urusan Pandora Malaysia

 

Sebagai tanda simbolik pelancaran koleksi musim bunga ini, Datin Zarida, Datuk Meer Habib dan Mr. Fiong melengkapkan jambangan bunga dengan meletakkan kuntuman bunga masing-masing.

Pandora Simbolic Launching
Mr. Fiong, Datin Zarida dan Datuk Meer Habib melengkapkan jambangan bunga sebagai tanda simbolik pelancaran Spring Collection 2014…

 

Spring Collection 2014

Acara diteruskan dengan persembahan catwalk dari model-model PANDORA memperagakan Spring Collection 2014.

Pandora Model No 1

Kisah Tatie - Pandora Spring Collection Model
[ kredit foto: kisahtatie.blogspot.com ]

Pandora Model No 2Pandora Model No 4

Deborah Henry - Duta Pandora
Duta Pandora… Deborah Henry
Group Photo with Pandora VIPs
Foto bersama VIP Pandora

 

Majlis diakhiri dengan sesi sidang media bersama Datin Zarida dan Mr. Fiong. Di sidang ini juga, pihak media dapat lihat dengan lebih dekat lagi koleksi musim bunga dari PANDORA.

Sidang Media bersama Datin Zarida dan Mr. Fiong
Melihat koleksi musim bunga 2014 secara dekat…

 

Koleksi-koleksi dari PANDORA ini terdiri dari charms, gelang tangan, cincin, rantai dan pendant. Bagi koleksi musim bunga ini berasaskan Kecantikan Kupu-Kupu (Beautiful Butterflies), Kelembutan Bungaan (Delicate Flowers) dan Kilauan Pastel (Sparkling Pastels). Harga bermula dari RM126 hingga RM295.

PANDORA Unforgettable Moments
sila klik foto ini untuk melihat koleksi ini…
Hasil tangan yang halus dan kemas
Hasil tangan yang halus dan kemas…

Selesai majlis tersebut NaZ dan rakan lain berpeluang beramah mesra dengan Big Boss PANDORA iaitu Datuk Meer Habib. Beliau begitu bersemangat menceritakan tentang koleksi musim bunga ini dan juga koleksi-koleksi yang lain di bawah Habib Jewels. Selain dari itu Datuk Meer Habib juga berkongsi tentang satu JENAMA yang akan diumumkan pada 15 April 2014 nanti. NaZ tahu JENAMA ini tapi anda kena la tunggu April nanti bila diumumkan.

Bersama Datuk Meer Habib

Untuk terus mengikuti perkembangan tentang PANDORA Malaysia, boleh berpaut pada laman media sosial di…

facebook: http://www.facebook.com/PandoraJewelry

youtube: http://www.youtube.com/user/TheOfficialPandora

instagram: http://www.instagram.com/TheOfficialPandora

pinterest: http://www.pinterest.com/OfficialPandora

One thought on “PANDORA Spring Collection 2014 | Koleksi Musim Bunga 2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *